.:Hand to give:.

Showing posts with label Stories. Show all posts
Showing posts with label Stories. Show all posts

11.4.13

.: 1 bulan :.

Salam alaik
+ Masih kurus..Hehe+

Dah amat sangat lama saya tak menulis.
Maklumlah sejak balik Malaysia ni, busy-busy day sepanjang masa.
Awal balik Malaysia dulu, mengemas barang yang setimbun dari Indonesia. 
Dah siap mengemas, masa untuk mengemaskini tidur dan waktu rehat yang tak cukup dulu. 
Maka, terbalaslah dengan naiknya berat badan bagai di pam-pam.

Kalau nak tahu ( walaupun ramai tak mau tahu), berat badan saya naik hampir 10 kilo dari awal balik sampai mula kerja di Malaysia. Wah, memang bahagia betul balik Malaysia ni kan. Mana tak kurus kalau setiap hari hidup saya ni santai bagai di pantai. Hehe.

Mana tak best kalau:
1. Tak ada nak kena bangun seawal 4 pagi.
2. Tak kena bersiap seawal 5 pagi nak pergi tempat kerja.
3. Tak payah nak berkejar naik angkut dan public transport
4. Tak payah susah-susah nak curi masa g sarapan pagi
5. Tak payah pening nak fikir lunch and dinner
6. Tak ada assignment nak kena buat
7. Tak ada buku gemok kena baca.
8. Dan seangkatan dengannya.

Kalau saya tulis dan list satu-satu, memang tak cukup satu entry ni. Senang cerita, balik Malaysia jadi Raja Kapoor. Semua ada, semuanya dah sedia. Dan yang paling best, otak tak sarat sangat nak berfikir. Maka, terberkaratlah otak dengan jayanya sehinggalah....

7.9.12

6-9: Miracle

Assalamualaikum wbt..
Selamat berhari Jumaat, penghulu segala hari..
Moga ALLAH berkati perjalanan hidup kita dari pagi hingga malam nanti.



Tangkuban Perahu, 2006..

How time flies & today i'm officially 6 years and 10 days been in Indonesia
Then, why entry tittle is 6-9?
Coz i think those two number is reverse of each other
So that is unique to remeber..
And after all, that not the real reason

Actually, i plan to write this entry yesterday..
But tiredness & lazyness with not so busy life make that dream not come true
Hehehe

Alhamdulillah,
I'm survive through this 6 tough years,
With sour and sweet memories
With cry and smile faces
With sad and happy feelings
And sure with all my great friends
I pass this long path and journey

It's bless to been here
I learn a lot of things and sure experience will be my best teacher

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Yesterday, i'm done checking & signing my degree certificate
I will receive that paper after these 6 years survival years
And i'll officially Rubiatun Aduwiyah binti Ibrahim, dr very very soon

Today will be my last day in Obgyn rotation at Soreang Distict Hospital
And next month we will work at Pediatrics Department at the same hospital
Then, our journey here will end
We will back home for good 
Alhamdulillah

And what can i simply say:
 6-9 is miracle 
~senyum sampai telinga~

24.8.12

.: Ralat Raya:.

Assalamualaikum wbt...
Salam Aidilfitri 1433Hijrah

+ Episod raya di Embassy dengan geng balik bandar+

Hari ni 5 Syawal 1433H. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua. Alhamdulillah, tahun ni saya agak tabah beraya di rantau orang. Buat pertama kalinya, saya beraya di Embassy Malaysia Jakarta. Suasana raya di sana bolehlah tahan happeningnya. Makanan best & geng2 raya sama semuanya best belaka.

Cuma dalam rasa bestnya raya tu, ada satu perasaan tak best yang menganggu hari raya saya. Secara jujur, tulus dan ikhlasnya, tahun ni saya menyambut 1 Syawal dengan rasa 3S yang secara panjangnya adalah:

 Syahdu, Sayu & Sedih. 

Kenapa? 
Oh kenapa?

Kalau nak mencari sebab memang banyak sebabnya. 
Jom kita intai satu persatu sebab musabab raya 3S saya ni.

14.8.12

.: 4 1/2 Hari Berkasih Sayang:.

Assalamualaikum wbt..

+6  years and there is changes..Hehe+

Alhamdulillah, mencuri sedikit kesempatan yang ada untuk menulis dan berkongsi cerita. Sekarang dah 26 Ramadan 1433H.  Tak sedar kan masa cepat berlalu. Rasanya baru je kita bertatih berpuasa hari demi hari. Melewati 10 hari pertama beradaptasi, 10 hari kedua dengan membentuk sikap peribadi dan 10 hari terakhir dengan muhasabah diri.

Tahun ini, saya berpuasa di perantauan seperti biasa. Dah tahun ke-6 berpuasa di bumi orang. Jadi kata orang dulu-dulu:

Alah bisa tegal biasa

Cuma sebagai insan biasa, alahan juga dengan rasa rindu yang tak tertanggung pada keluarga. Maklumlah bukannya senang nak hilangkan rasa bestnya tekak dapat makanan kasih sayang di rumah. Bukannya senang nak dapatkan ubat cuci mata macam-macam makanan di bazar Ramadan di Malaysia. 

FYI: Tak ada bazar Ramadan di Indonesia & tak best!Huhu

Disebabkan rasa alah & tak tertanggung rindu u, maka saya pun pulanglah ke Malaysia selama hanya 4 1/2 hari bertarikh 28.7-1.8.2012. Fuh, memang semput, sesak dan penat nafas balik sebentar sekejap tu. 

Untuk pengetahuan semua, sebab utama saya balik bukanlah sesuka hati gembira. Cuti sekejap tu adalah untuk menguruskan dokumen dua negara. Amboi, bunyi macam diplomat kan? Hehe..Diplomat ke tidak, saya balik tu untuk settlekan pasport, visa sambil melepas rindu. Okeylah kan, walaupun sekejap boleh jumpa pengarang jantung; mak abah saya.

Inilah kisah perjalanan penuh dugaan saya tu!

8.8.12

.: Hero:.

Assamualaikum wbt semua..
May ALLAH bless us always & we get His barakah, rahmah & magfirah all Ramadan long
Insya-ALLAH

It' a day I'll  share with all of you about hero.
He is Malaysia hero & sure we love and proud of him

Dato' Lee Chong Wei,
This entry is special for you for glory you created in badminton world champion
Thanks for all hardship, effort you did
(",)

Here his speech after he won silver for Olympic2012 during Badminton championship last Sunday
Credit to Utusan Malaysia for the post
Personally he's real hero for not give up and redha after such torture, repeatedly and HEROIC

19.7.12

.: Bunda:.

Assalamualaikum wbt..

Amat sangat lama blog saya ni tak ada khabar berita...
2 bulan di Subang langsung takde sepatah entry pun..
Maklum ajelah, saya sibuk dan buat-buat sibuk..

Alhamdulillah, dalam sibuk tu ada berita baik nak kongsikan dekat sini...
Apa dia?

Jeng..Jeng..Jeng..
Inilah berita gembiranya..

22.5.12

.:Nomad:.

Assalamualaikum wbt!
22.5.2012, genap sebulan saya dan groupmates jadi orang nomad.
Hari ini dah hari kedua di tempat baru, Subang Jawa Barat..
Jom layan gambar-gambar orang nomad sebulan ni di Sumedang Jawa Barat
(",)

+ IKM de Puskesmas Situ+

Alhamdulilllah, Rabu minggu lepas kami selesai rotasi IKM di Puskesmas Situ. Kami buat analisis dan laporan di sini. Setiap hari, kerja menaip dan menaip dan terus menaip laporan hinggalah selesai. Boleh tahan bosan nak siapkan laporan. 
Maklumlah rutin sehari-hari sama je....

26.4.12

.: Jubli Perak:.

Assalamualaikum wbt!

Saya sudah tua, dah berjubli Perak pun dua hari yang lalu...
Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Segala puji hanya pada ALLAH atas nikmat usia ini...

+ Suprise birthday cake by cik Yah & cik Fatin+

Terima kasih juga pada semua atas ucapan dan doanya. Saya amat hargai even a short word HBD, GBD and so on..Hanya ALLAH yang dapat membalas kebaikan kalian. 

+ Mastermind of the day: cik Yah & cik Fatin+

Terima kasih tak terhingga cik Asiah & cik Fatin for suprise birthday cake. Untuk pengetahuan, kek di atas Cik Yah belikan masa perpisahan sebelum magang. Kata cik Yah, makan-makan kali terakhir sobs2. Saya yang memang lama tak bertogether-gather dengan dia pun setuju ajelah nak makan-makan. Maklumlah dah lama tak berkumpul membulatkan perut sama-sama...

+ Happy belated birthday Nas, becoming birthday for me+

Macam selalu, kami (cik Yah & Nas+ me) memang suka sangat makan dekat De Cost. Dah namanya De Cost, harganya pun boleh tahan. Part paling best, makanan dia murah dan banyak. Es teh manis pun murah je, Rp 500 (20 sen) segelas. Selalunya setiap seorang akan order 2 gelas teh manis dan menu2 wajib kami: Udang Telur Asin, Kangkung Balacan, Kerang Bambu Sos Padang, Cumi Sos Padang & Ikan Bakar Pedas. Makanan punya banyak, tapi orang yang makannya sikit je.!

Berbalik pada kisah birthday...
Kami keluar makan (semua nama + Ikram) keluar makan terakhir sobs2 malam Sabtu. Bila sampai De Cost, cik Yah dengan Fatin tak sampai lagi. Dok peliklah mana hilangnya dia orang berdua ni. Tak lama sangat tunggu, dia orang sampai dan terus order makanan.

Bila makanan dah sampai, dengan lahapnya makan. Makanan dah habis tapi tiba-tiba ada waiter hantar piring kecil. Kami semua dok tertanya-tanyalah nak buat apa piring tu. Macam aneh kalau guna piring nak makan tom yam. Iyalah, kami tak order tom yam pun...
Dalam tertanya-tanya tu, tiba-tiba.................

23.4.12

.: Situ Sini:.

Assalamualaikum wbt!

Hari ini adalah hari pertama kami (Kelompok 5) di Puskesmas Situ.
Hari saya nak bercerita dengan foto Sumedang edisi I.

Jom intai2 gambar di bawah jom...(",)

+ Glass for 6+

Gelas di atas adalah harta perkongsian bersama. Actually, sehari sebelum ke Sumedang saya pergi shopping barang-barang keperluan. Niat utama nak beli tumbler sebab tumbler yang lama ghaib entah kemana. Dalam dok jejak kasih tumbler baru dekat Hypermart BIP, terjumpa dengan tumbler yang ada gelas kat atas. Ada 6 gelas, cukuplah untuk kami berenam.. Tengok, berkenan dan terus sambar. Saya punya tumbler yang kaler purple....(",)hehe!

9.4.12

.: Bukan Senang..:.

Assalamualaikum wbt...

Dah seminggu menyepi tanpa khabar berita. Kiranya dah hampir seminggu jugalah saya berjuang dengan exam remedial. Dan sudah hampir seminggu jugalah saya melafazkan rasa syukur tidak henti atas kejayaan yang ALLAH kurniakan pada saya..

Seperti yang saya maklumkan pada entry sebelumnya, saya failed kedua paper exam.Dan perjuangan untuk lulus kali ni memang berat. Bila saya khabarkan kepada mak tentang kisah saya ni, saya yang terkejut dengan respon mak.

Katanya:
" Tak apelah. Hari tu kan tak belajar. Sekarang ni belajar sungguh-sungguh."

Terkedu saya dengan respon mak yang amat sangat tenang. Maklumlah mak kenal sangat perangai saya yang sengal tak sudah ni. 

Iyelah, balik Malaysia penuh satu beg dengan buku. 
Sebeg buku jugalah tak berusik sampai balik ke Bandung semula..
Sabar jelahkan dengan perangai saya yang suam-suam kuku rajin nikan?

23.3.12

.:S.P.M:.

Assalamualaikum wbt.

+ Rindu marha..Agaknya dia rindu tak kat Bunda dia ni?+

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Hari ni hari cuti di Indonesia sebab hari ni adalah Hari Nyepi, satu perayaan orang Hindu. Untuk pengetahuan semua, di Indonesia memang akan cuti untuk perayaan agama. Maka, bertambah lagilah hari untuk merehatkan diri dan bersuka ria untuk saya yang dah habis koas ni...(",)

Cuti pun cuti juga, kerja saya masih melambung-lambung. Salah satu kerja yang tak habis-habis sejak lama dulu ialah menulis novel. Sedar tak sedar dah 2 tahun saya cuba siapkan novel saya untuk jadi versi cetak tapi malangnya sampai sekarang tak siap-siap juga. Maklumlah, setiap hari adalah busy-busy day dan hari di hospital. Baru sekarang ada masa berehat dan untuk diri sendiri. Mudah-mudahan, cuti ni dapat saya manfaatkan sebaliknya dan novel saya akan siap sebelum saya jadi doktor tahun ni. Insya-ALLAH.

Oh ya, bila cerita pasal nak jadi doktor, mestilah ada step by stepnya. And sebelum jadi doktor, sekali lagi saya kena berdepan dengan exam. Exam, exam dan exam. Alhamdulillah, Rabu lepas saya dah habis exam OSCE yang sangat menguji kesabaran...Huhu..Sekarang, tinggal menunggu result sama ada lulus atau pun tidak. Kalau lulus, Alhamdulillah selamat sudah jadi doktor. Kalau belum lulus, sila ambil exam semula.=( Apa-apa pun, saya berharap dapat rezeki terbaik dan bermanfaat untuk saya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH

Hari Rabu lepas juga adalah hari dapat result SPM di Malaysia. Saya teringat zaman-zaman SPM saya dulu-dulu. Sedar tak sedar, dah lebih dari 7 tahun zaman tu berlalu. Dan sekarang, tinggal selangkah dan setapak lagi mencapai cita-cita saya nak jadi doktor. Dan detik perjalanan nak sampai ke tahap ni bukanlah semudah yang orang nampak. Banyak getir dan ujiannya.

Dari SPM hinggalah sekarang, ALLAH uji tanda sayangNYA.

19.3.12

.:Final:.

Assalamualaikum wbt...

Saya dah selamat kembali ke Bandung seminggu lepas. Balik-balik esoknya (12-3-2012)terus ada Judicium a.k.a pengumuman result koas @intern. Alhamdulillah, tak ada masalah dan saya boleh ambil exam final MDE ( Multidisclinary exam) & OSCE (Oral Clinical Examination). Exam ni adalah exam final, sefinal dan finalnya sebelum jadi doktor. Lepas ni dah takde exam dah, cuma kerja tidak bergaji je 6 bulan mendatang di rumah sakit di Jawa Barat ni. Insya-ALLAH.

Bila bercerita pasal final ni, memang banyak hal yang kurang best. Maklumlah, sebelum exam final ni saya bercuti dan balik Malaysia. Dah balik tu, faham-faham jelah. Rajin makan, tidur dan bersantai-santai je. Lupa dan kurang rajin membuka buku dan membaca. Entah apa kena, memang kurang ada mood nak study di rumah. Mungkin sebab lama tak cuti, jadinya bila ada cuti tak ingat dunia jadinya. Mungkin juga sebab rasa masa banyak lagi, jadi berfoya-foya dengan masalah jawabnya. Sedar-sedar, masa tu berlalu sangatlah cepat. 11.3.2012 dah kena balik Malaysia. Dan dengan bangganya, saya maklumlah saya baru habis  buat soalan satu department je sampai habis cuti.

Bila balik Bandung, mulalah terkejar-kejar nak belajar. Memang berlari pecutlah saya menghabiskan past year question dan marathon membaca notes. Maklumlah ada 15 department lagi kena study. Alhamdulillah, kol 6 pagi hari Sabtu (pagi exam MDE) saya selesai membaca semua notes dan menjeling soalan. Dah namanya study last minute, maka walaupun dah baca sangatlah mudah lupa. Sampaikan bila jawab soalan exam, confius mana satu yang betul. Padan muka sendiri dan yang baca , sila amil iktibar ye. Apa-apa pun, exam MDE tu dah selesai dan tinggal menunggu keputusan ye. Mudah-mudahan, luluslah hendaknya..

Satu exam dah settle, satu exam lagi menanti. Rabu ni, saya exam OSCE. Exam OSCE ni menguji dan menilai kemampuan kami untuk handle patient. Memang cuak tingkat tinggi nak exam ni memandangkan exam ni wajib lulus. Kalau tak lulus, tak jadi doktorlah jawabnya. Dan disebabkan kami dah lama sangat-sangat tak pernah exam OSCE ni, memang kena usaha lebih banyaklah. Kena review buku-buku zaman Sked (teori) dulu yang dah lama terperam dalam kotak. Bila tengok buku tu, tersenyum sorang-soranglah saya. Maklumlah, tu kenangan dan tulisan zaman muda remaja. Banyak dugaan, ujian dan seangkatan dengannya yang harus dilalui sebelum sampai ke final year ni..Syukur pada ALLAH sebab dipermudahkan urusan saya hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, hari ni dah adalah hari wajib belajar. Sepatutnya wajib belajar setiap hari tapi faham-faham jelah ye. Dok layan movie, tertengok tV dan tertidur sokmo time nak study, maka jadi sunat belajar jelah sebelumnya. Bila exam dah makin dekat ni, kena berusaha lebih banyaklah. Nak-nak saya ni memang pengamal skim study last minute sejak dulu-dulu. Maka, mulalah episod jadi Zombie & Burung Hantu hari nii. Moga urusan ni dipermudahkan. Insya-ALLAH.

Dan kata-kata dibawah ni jadi azimat & penguat semangat saya untuk menghadapi bulan-bulan terakhir sebagai student ni.

" Kalau 6 tahun boleh bertahan dan berusaha bersungguh-sungguh, kenapa 6 bulan tak boleh?."

Yuk, semangat dan terus berusaha...(",). Kepada semua kawan-kawan batch 2006, ALL THE BEST & GOOD LUCK.

P/S:
1. Claim insurans saya tak dapat lagi..Ayoyo.
2. Handphone saya dah start meragam, macam tau je duit dah nak masuk..Adoi.
3. Kak Tasha dah selamat nikah, congrates..
4. My sis, Nana will getting married end of this month. Harap sangat boleh balik, tapi apakan dayaku..Huhu.

Wallahu'alam
Wassalam


8.2.12

.: Calories:.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulilllah, akhirnya saya ngeblog kembali. Hilang sikit sawang-sawang di blog. Sebelum kita clean up blog ni, jom layan gambar cake lazat berkrim di bawah...
+ Makan tapi jangan sampai mudharat+

Untuk pengetahuan semua (walaupun dah tahu), saya sekarang di J-town, rotasi Family Medicine ( Fammed). Dah masuk minggu ketiga sekarang dan tinggal dua minggu lebih lagi berjuang sebelum ujian akhir Kedokteran. Moga ALLAH permudahkan semunya.

Di J-town, memang happy dan bahagia tingkat tingkat. Maklum sahajalah hidup di sini lebih tenang dan tidaklah serumit hidup di IKM 3 minggu lepas. Alhamdulillah, setelah tidur tak lena, makan sesuka hati gembira, ALLAH berikan ketenangan di bumi J-town.

Saya bertugas di Klinik Padjadjaran ( KLIPAD) 6 hari seminggu. Cuti hanyalah pada hari Ahad. Memang penat walaupun tidaklah sepenat di IKM dulu. Penat berulang alik dari Bandung ke J-town setiap pagi dan petang, penat juga menanti patient datang. Sekarang ni, patient kurang ramai. Maka, kami menunggulah dengan sabar hari demi hari. 

Walaupun tak ramai patient, jadual agak padat setiap hari. Petangnya ada discussion dengan doktor di sini. Preseptor kami dr.DJ sangatlah baik dan membimbing. Terima kasih dr atas ilmu yang diberikan. Satu hal yang menarik di Fammed adalah refleksi diri sendiri. Dalam kata yang mudah, untuk memastikan orang lain sihat doktornya haruslah sihat terlebih dahulu...

Maka, inilah hasil refleksi diri saya di minggu pertama Fammed kelmarin:

24.1.12

Sejarah....

Assalamualaikum wbt.
+ Setiap kesulitan pasti ada kemudahan+

Hari, minggu, bulan dan tahun yang berlalu adalah sejarah dalam hidup kita. Sama dengan detik waktu yang telah berlalu dalam hidup saya. Saya hidup dalam sejarah sepanjang bulan Januari yang lalu. Kalau sebelumnya, saya pernah tulis tentang Trauma, n3 kali ni akan merungkai trauma demi trauma yang dalam hidup saya. Dalam kata singkat, trauma bersejarah kot.(",)

Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM)@ Public Health dalam bahasa omputihnya adalah department kedua terakhir yang saya lalui sebelum lulus jadi doktor. Sebelum saya masuk bahagian ni, semua orang dok kata IKM tu santai bagai di pantai. Saya happy tingkat tinggi dengar statement tu walaupun kurang yakin dengan kata orang ni...Saya mulakan langkah dengan Bismillah, bermulalah hidup saya sebagai doktor muda di IKM 27 Disember 2011 yang lalu.

Minggu pertama, trauma ringan
Minggu kedua, trauma ringan-sedang
Minggu ketiga dan empat, trauma berat

Hidup semuanya bagai tak kena. Pergi ke Puskesmas di pagi hari, pulang ke rumah@kosan bila dah malam. Matahari dah takde, malam dah gelap gelita. Memang ala-ala zaman Sejarah dibuatnya. Manakan tak jadi sejarah bila:

26.12.11

.:Mengidam:.

Assalamualaikum wbt.
 Bila sebut pasal mengidam, semua orang akan bertanya dan berkata begini:

Siapa yang mengandung?
Dah berapa bulan mengandung?
Oh mengandung ke? Patutlah mengidam...

Kisah mengidam ni memang amat sangat sinonim dengan perihal ibu mengandung. Sampaikan wujudlah pesan @ kata-kata orang-orang tua@veteran yang berbunyi begini:

" Jangan biarkan perempuan mengandung tu tak dapat apa yang dia mengidam, nanti anak yang lahir menetes air liur dibuatnya."

Itu antara pesanan dan pendapat orang tua-tua yang dah tegar dalam kepala. Pesanan ni juga antara yang melekat kuat dalam kepala saya bila tahu kakak saya, Anah mengandung dua tahun lepas. ( Mak saya tak pernah sampaikan secara spesifik ayat di atas ye....(",)

18.12.11

.: Simbiosis:.

Assalamualaikum wbt.
+ Pengalaman hidup adalah pengajaran+

Dah lama terlintas di kepala nak menulis pasal ni. Dah lama juga mengumpul ayat yang tepat dan bernas nak membahas isu simbiosis ni. Cuma, lama juga nak menghilangkan penat dan lelah sehari-hari. Dan seperti biasa, kalau lepas oncall saya akan menghilangkan rasa lemau dan penat dengan mengayat dekat blog ni. Mungkin sebagai penguat semangat, mungkin juga media tempat meluah perasaan..Apa-apa pun, layan jelah ya!

Untuk pengetahuan semua, oncall semalam seharus dan sepatutnya jadi oncall@jaga saya yang ke-9, yang terakhir di ANAK. Terakhir juga sebagai seorang dik koas di RS Hasan Sadikin memandangkan lepas ni saya di Ilmu Kesehatan Masyarkat (IKM). Tapi malang tak malang, katanya kami kena tambah@prolong jaga di minggu terakhir di department ni. Stresso dan geram jugalah sebenarnya kalau betul-betul jadi. Dan sampai saat ini, saya berharap khabar-khabar berangin tu tak jadi...Kalau tak jadi, bolehlah lepas ni saya menulis alkisah ranking oncall@jaga sebagai dik koas untuk tatapan semua. (P/S: Yang baca, tolong doa sekali ye..hehe)

Itu alkisah yang belum pasti, sekarang ni nak cerita kisah yang pasti pulak. Kembali ke tajuk hari ni yaitu simbiosis. Rasanya semua dah tahu dan faham maksud simbiosis ni. Hubungan antara dua pihak yang saling menguntungkan antara satu sama lain. Dalam kata lain, WIN-WIN situation..(",) Kalau ingat, zaman sekolah menengah dulu kita pernah belajar dalam mata pelajaran SAINS..Salah satu contohnya, rama-rama dan bunga di atas. Mekanismenya carilah sendiri ye..(Ayat cover sebab saya pun dah lupe...hehe)

9.12.11

Novel Berjalan

Assalamualaikum wbt.
+ Ocean: Miracle created by ALLAH S.W.T+

Saya memulakan entri kali ni dengan senyuman lebar tak sampai ke telinga. Kenapa senyum lebar? Sebab kisah novel berjalan ni antara keajaiban tersendiri yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kenapa tak sampai telinga? Sebab mood nak bercerita yang berkobar-kobar ni dah makin menyusut mengenang saya kena masuk hospital esok. Untuk pengetahuan semua, sekarang saya stase@bertugas di rumah sakit jejaring di Ujung Berung @ UBER. Senang cerita dan dalam bahasa glamournya, saya outstation minggu ni..Hehe (",)

Berbalik ke kisah novel berjalan...Cerita hari ni ada kaitan sikit dengan OMBAK RINDU yang dah pun ditayangkan di Malaysia sekarang ni. Dan ombak rindu sendiri antara novel yang masuk list novel berjalan di zaman muda remaja dulu. Sekarang ni, still awet muda dan berjiwa remaja okay..=) Itu tak penting, yang penting hari ni novel boleh berjalan..Apaaa?

Saya memang pembaca novel Melayu yang tegar dan boleh dikatakan agak hantu novel. Dari pandai membaca hinggalah sekarang..Sebab apa? Sebab masa kecil dulu, cikgu selalu cakap dan nasihatkan saya:

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU!

3.12.11

DIA lebih Tahu


Assalamualaikum wbt.
+ Sunset in the eye+

Hari Sabtu, hari untuk diri sendiri. Alhamdulillah, baru selesai tugas mengurus rumah tak bertangga ala orang bujang. Dah selesai mengemas, mendobi dan memasak sesuka hati. Dan sekarang, berblog & berkongsi cerita dengan semua. Hari ni nak cerita pasal Sunset Eye bukan sunset in the eye macam gambar di atas....Apa ceritanya?

Hari Isnin kelmarin, saya jaga@oncall mendadak di Ruang A1, Bagian Kesehatan Anak RSHS. Untuk pengetahuan semua, oncall mendadak ni terjadi gara-gara kawan saya pancit post oncall & saya sendiri memang nak tukar jaga. Alang-alang ada orang offer,saya pun setuju jelah. Walaupun baru sehari post oncall & masih pancit, saya tetap gagahkan diri menjaga anak-anak yang sakit. Alhamdulillah, bunda doktornya ni sihat dari awal hinggalah selesai jaga...(",)

Jika dua kali oncall sebelumnya saya bertugas di Perinatology, kelmarin saya di ruangan Infeksi. Ruangan Infeksi ni tempat anak-anak dengan segala jenis penyakit yang ada kaitan dengan jangkitan kuman@bakteria, virus dan seangkatan dengannya. Dari cerita dan pengalaman kawan-kawan saya sebelumnya, jaga di Infeksi tidaklah seberat jaga di Perinatology yang lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang.

28.11.11

.:Heroes & Muharram :.

Assalamualaikum w.b.t
+ Heroes yang suka tidur +
Alhamdulillah, masih di 1 Muharram 1433Hijrah. Agak lambat menulis blog kali ni. Manakan tidak, banyak baby yang nak di jaga dan diurus. Ceh, macam anak sendiri je kan. Apa-apa pun, belum terlambat rasanya untuk saya dan anak-anak saya yang comel montel di atas  mengucapkan selamat menyambut tahun baru  Salam Maal Hijrah 1433 buat semua  yang beragama Islam (",).

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 1433 Hijrah.Tahun baru, mestilah ada azam dan cerita baru kan. Apa cerita dan azam baru saya ye? Cerita paling terbaru, saya post oncall di Perinatology.Ini kali kedua saya menyambut tahun baru sebagai seorang intern dan kali pertama berhujung tahun lama, berawal tahun baru di hospital@rumah sakit. Dan seperti sinonimnya oncall perinatology, kami menjaga baby-baby yang sihat hinggalah sakit.

Sebelum oncall, sempat saya terfikir nak namakan semua baby yang baru lahir malam semalam dengan nama Muharram kalau lelaki, kalau perempuan saya nak namakan ISLAH. Alhamdulillah, 12 jam oncall ada 5 hero yang lahir. Sesuai dengan janji saya, saya panggil semuanya dengan nama Muharram.

21.11.11

.:Ranking:.

Bismilharrahmanirrahim
+ Logo Sukan Sea 2011+

Semangat kesukanan melanda diri.
 Hilang suara, sakit tekak dan makin berlari-lari hidung menonton final bola sepak Malaysia v/s Indonesia. And after 120 minutes waiting, we are the champion and gold medals is ours.

" Setiap kesulitan pasti ada kemudahan."
Tahniah, harimau Malaya!

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.