.:Hand to give:.

26.4.12

.: Jubli Perak:.

Assalamualaikum wbt!

Saya sudah tua, dah berjubli Perak pun dua hari yang lalu...
Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
Segala puji hanya pada ALLAH atas nikmat usia ini...

+ Suprise birthday cake by cik Yah & cik Fatin+

Terima kasih juga pada semua atas ucapan dan doanya. Saya amat hargai even a short word HBD, GBD and so on..Hanya ALLAH yang dapat membalas kebaikan kalian. 

+ Mastermind of the day: cik Yah & cik Fatin+

Terima kasih tak terhingga cik Asiah & cik Fatin for suprise birthday cake. Untuk pengetahuan, kek di atas Cik Yah belikan masa perpisahan sebelum magang. Kata cik Yah, makan-makan kali terakhir sobs2. Saya yang memang lama tak bertogether-gather dengan dia pun setuju ajelah nak makan-makan. Maklumlah dah lama tak berkumpul membulatkan perut sama-sama...

+ Happy belated birthday Nas, becoming birthday for me+

Macam selalu, kami (cik Yah & Nas+ me) memang suka sangat makan dekat De Cost. Dah namanya De Cost, harganya pun boleh tahan. Part paling best, makanan dia murah dan banyak. Es teh manis pun murah je, Rp 500 (20 sen) segelas. Selalunya setiap seorang akan order 2 gelas teh manis dan menu2 wajib kami: Udang Telur Asin, Kangkung Balacan, Kerang Bambu Sos Padang, Cumi Sos Padang & Ikan Bakar Pedas. Makanan punya banyak, tapi orang yang makannya sikit je.!

Berbalik pada kisah birthday...
Kami keluar makan (semua nama + Ikram) keluar makan terakhir sobs2 malam Sabtu. Bila sampai De Cost, cik Yah dengan Fatin tak sampai lagi. Dok peliklah mana hilangnya dia orang berdua ni. Tak lama sangat tunggu, dia orang sampai dan terus order makanan.

Bila makanan dah sampai, dengan lahapnya makan. Makanan dah habis tapi tiba-tiba ada waiter hantar piring kecil. Kami semua dok tertanya-tanyalah nak buat apa piring tu. Macam aneh kalau guna piring nak makan tom yam. Iyalah, kami tak order tom yam pun...
Dalam tertanya-tanya tu, tiba-tiba.................

 
+ 2nd cake: Thanks Nad+

Jeng-jeng: kata Cik Yah sambil keluarkan kotak kek dari Bread Talks. Cik Yah yang kononnya dok suspens ada piring tu belikan kek untuk saya dengan Nas..Seriously, terharu. 
Mujur tak menitik airmata saya dibuatnya..Huhu...

Saya dengan Nas pun potong kek. 
Bagi sikit seorang dan majlis bersurai....
Dah namanya perpisahan sobs, sedih jugalah berpisah dengan semua....

Saya dan Ikram bermagang di Sumedang
Cik Yah di Garut
Cik Fatin di Sukabumi
Cik Nas di Soreang...
Tapi apa-apa pun, hidup mesti diteruskan.
+ Geng Puskemas Situ + RSUD Sumedang+

Saya teruskan hidup di Sumedang yang summer day ni di hari Jubli Perak saya. Nothing special but always special sebab ada kawan-kawan kat sini dan ada ucapan serta doa dari semua..Thanks geng Sumedang for birthday celebration.(",)

Bila umur dah bertambah,
Wajiblah berusaha menambah iman dan taqwa dalam diri..
Wajib jadi manusia yang baik dari sebelumnya dan berusaha jadi yang terbaik...
Saya sedang berusaha ke arah itu dan mungkin lebih bersungguh-sungguh lepas ni...

Yang penting,
Saya nak jadi baik
Saya nak beri yang terbaik
Saya mahukan yang terbaik..
Insya-ALLAH

P/S:
1. Saya nak cuba jadi pendiam dan lebih sabar lepas ni.

2. Alhamdulillah, dapat khatam Quran di hari lahir saya..Sekarang mulakan baca Quran dari awal lagi..Dengan izin ALLAH, saya niat nak khatam setiap 30 hari...Moga ALLAH permudahkan..

3. Puasa nazar tinggal 4 hari..(",)
4. Hari ni hari sensitif sedunia..Ya ALLAH, kuatkan saya!

Moga bermanfaat
Wallahu'alam
Wassalam

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.