.:Hand to give:.

9.4.12

.: Bukan Senang..:.

Assalamualaikum wbt...

Dah seminggu menyepi tanpa khabar berita. Kiranya dah hampir seminggu jugalah saya berjuang dengan exam remedial. Dan sudah hampir seminggu jugalah saya melafazkan rasa syukur tidak henti atas kejayaan yang ALLAH kurniakan pada saya..

Seperti yang saya maklumkan pada entry sebelumnya, saya failed kedua paper exam.Dan perjuangan untuk lulus kali ni memang berat. Bila saya khabarkan kepada mak tentang kisah saya ni, saya yang terkejut dengan respon mak.

Katanya:
" Tak apelah. Hari tu kan tak belajar. Sekarang ni belajar sungguh-sungguh."

Terkedu saya dengan respon mak yang amat sangat tenang. Maklumlah mak kenal sangat perangai saya yang sengal tak sudah ni. 

Iyelah, balik Malaysia penuh satu beg dengan buku. 
Sebeg buku jugalah tak berusik sampai balik ke Bandung semula..
Sabar jelahkan dengan perangai saya yang suam-suam kuku rajin nikan?

Saya sedar usaha saya yang tak seberapa tu...Tapi bagi saya, komen mak sangat menusuk kalbu. Agak keterlaluan dan sentap mak kau! Maka, saya menjawab, saya betulkan tanggapan mak pada saya. 

" Mak, saya belajarlah after balik sini..Cuma tak berapa banyak je."

Ceh, niat nak bela diri tak habis sampai di situ. 
Mak ketawa je dengar saya mengomen macam-macam. 

" Ramai mak yang fail. Dari 264 orang yang exam, 106 orang je lulus." 

" Tahun ni dia naikkan kriteria lulus mak. Tahun lepas 62 dah lulus. Tahun ni kena dapat B, 68. Tak adil betul dia orang ni...Pastu yang klinikal pun dia naikkan standard lulus. Sabar jelah dengan dia orang ni."

Penuh semangat saya bercerita pada mak. Mak seperti selalu, pendengar yang setia cerita dan komen saya. Lama saya bercerita, sampai panaslah telinga lekat handphone. Akhirnya mak memberi respon. 

" Rezeki ni ALLAH dah tentukan. Jangan malu menangis, meratap dan merayu pada ALLAH. Jangan segan minta pada DIA kejayaan yang belum dapat tu. Usaha sungguh-sungguh, doa banyak-banyak."

Saya terdiam. Betul kata mak. Rezeki saya masih ditunda, masih di tangan ALLAH S.W.T.
Berbekal kata-kata mak yang sungguh menusuk kalbu di atas, saya memulakan study untuk remedial. 

Saya sematkan kata semangat pada diri saya..
" Bukan senang nak senang. Usaha dulu, barulah tenang."

Saya ambil kata seorang teman sebagai pembakar semangat:
" Perjuangan itu pahit, kejayaan itu manis."

Saya ambil iktibar dari pengalaman sebelumnya. Semua buku soalan saya buat, bukan intai dan jeling jawapan semata-mata. Semua soalan saya analisis dan cari jawapan yang tepat. Walaupun penat dan tak larat dengan soalan yang beribu2, saya kuatkan hati. Saya gigihkan diri..

Dengan teman2 senasib, kami memulakan study group. Walaupun semuanya lemau dan down, kami saling menguatkan antara satu sama lain. Dalam sedih mengenang nasib, ada ketawa yang muncul. Dan yang penting, kenangan perjuangan tu saya akan ingat bila-bila. Insya-ALLAH, ilmu yang kami kongsikan bersama akan kekal di ingatan dan mendapat rahmat dari ALLAH. ( P/S: Nanti saya kongsikan kenangan2 tu di n3 lain ya..)

1. REMEDIAL MDE 31 Maret 2012..
Soalannya mantap benar. Susah tapi entah kenapa saya sangat tenang jawab exam... Mungkin berkat doa dan solat hajat yang saya, mak, abah dan keluarga yang lain..
Sungguh, memang itulah doa saya...
ALLAH hidayahkan ketenangan dan jawapan yang tepat..

Masa jawab exam, ALLAH hadirkan ketenangan tu. Saya ada masa nak recheck jawapan saya, ada masa nak analyze every question.. Dan syukur, ALLAH beri daya ingatan yang kuat untuk ingat soalan exam saya...Balik rumah, saya tulis semua keyword soalan dan cek jawapan saya..Syukur, masih melepasi batas lulus...

Namun, doa pada ALLAH masih belum terhenti...
Saya masih ada satu exam lagi yang menanti...

2. REMEDIAL OSCE: 3 April 2012.
Saya dapat turn petang...Paginya saya call mak..Beritahu saya exam tengaharinya. Biasanya mak akan bacakan surah-surah tertentu masa saya exam...Saya tak tahu apa yang mak buat masa saya exam kali ni. Yang pasti, mak dan abah tak henti doakan yang terbaik untuk saya. Terima kasih mak & abah untuk semuanya..

Saya janji pada diri sendiri: I'll do the same thing when i'm a mom soon.. 

Exam OSCE memang penat. Maklum sahajalah ada 12 station kena exam..Setiap satunya ada macam-macam kena settlekan. Dari anamnesis, pemeriksaan fisik, pengobatan dan kaunseling..Alhamdulillah, syukur pada-NYA saya dapat buat yang terbaik kali ni..Cuma satu station yang kureng sikit gara2 terkejut tengok penguji.. So far so good, balik tenang rasanya hati.. Ringan sikit bahu bila dah habis exam...

RESULT: 4 April 2012
Dah exam, mestilah dapat resultnya..Bila tunggu result ni debaran di hati ALLAH sahaja yang tahu..Malamnya saya tak boleh tidur. Saya call mak, abah nak minta kata semangat...

" Yang dah lepas tak usah di kenang. 
Dari dok risau memanjang, lebih baik banyakkan zikir pada ALLAH. 
Minta ALLAH berikan rezeki terbaik, yang bermanfaat dunia dan akhirat."

Saya senyum sorang-sorang dengar kata tu..Sepanjang malam, saya tak henti zikir YA FATTAH, YA FATTAH. Bila terbangun je, laju tangan hitung zikir-zikir pada ALLAH. Tenang rasanya.

Hari dapat result, kami golongan special ni dipanggil lebih awal dari orang lain...Doktor bacakan satu persatu nama yang lulus mengikut abjad. Dah nama saya berpangkalkan huruf R, rasa macam nak gugur jantung menunggu dipanggil. Syukur, OSCE saya lulus.

Untuk MDE, ramai yang menanti dengan debaran. Nama yang dipanggil juga berdasarkan abjad. Syukur, nama saya salah satu yang dipanggil. Bila dimaklumkan lulus, hanya ALLAH yang tahu betapa bahagianya rasa, betapa bersyukurnya atas kejayaan ini..

"Ya ALLAH, jadikan kejayaan ini makin membuatkan aku bersyukur pada-MU, makin membuatkan aku dekat pada-MU, makin membuatkan aku sayang & cinta pada-MU dan makin membuatkan aku bersungguh-sungguh dalam berbakti ikhlas hanya kerana-MU".

Sungguh, perjuangan itu pahit dan kejayaan itu manis..
Bukan senang nak jadi senang...
Apa-apa pun, dah mampu tersenyum saat ni...
Moga ALLAH permudahkan urusan kedepan.
Insya-ALLAH..

P/S:
1. Saya tengah cuti-cuti Indonesia..Insya-ALLAH, nak siapkan novel.
2. Kepada kawan2 yg belum lulus, semangat ya..Saya doakan korang semua.
3. Dah boleh fikir misi SPM dah lulus ni..Cuaks..

Moga bermanfaat buat semua..
Wallahu'alam
Wassalam.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.