Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, dah 4 hari kita di bulan Ramadan.
Bulan yang sungguh istimewa, bulan penuh berkah, rahmat dan magfirah dari ALLAH S.W.T. Istimewanya bulan ini kerana di dalamnya terkandung malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Dan kita adalah insan-insan istimewa kerana diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan tahun ini.
Tahun ini saya berpuasa sebagai seorang doktor muda@ medical intern. Tidak banyak persamaan, tidak sedikit perbezaan dengan pengalaman sebagai mahasiswa tanpa kot putih tersarung di badan.
Yang sama?
Yang paling terasa, saya masih berpuasa di negara orang.
Berpuasa di Bandung tak sama dengan di J-Town sebelumnya, berbeza jauh dengan puasa di Malaysia semestinya. Bab makanan paling terasa. Di sini tak ada bazar Ramadan untuk membeli makanan berbagai rasa. Jadi, bersabar jelah menghitung hari balik ke Msia. 23 hari lagi,Insya-ALLAH.
Yang beza?
Berpuasa sebagai seorang doktor walaupun bukan doktor betul-betul, bukan doktor kurang betul. Aduh, ayat terbelit-belit yek?Hehe.
Alhamdulillah, hari pertama puasa saya bersahur di hospital. Seronok rasanya pagi tersebut menjalankan tugas. Manakan tidak, tidak perlu susah-susah membangunkan patient untuk follow up pagi memandangkan kebanyakan patient sudah bangun untuk bersahur. Tidaklah rasa bersalah sangat seperti di bulan sebelumnya. Patient best-best tidur, harus dibangunkan. Alhamdulillah, selesai kisah bersahur sebagai seorang doktor.
Memandangkan jadual dan hidup saya yang kurang menentu, sebelum puasa saya dah masak makanan buka puasa untuk seminggu. Sambal ikan bilis dalam rangka menghabiskan stok ikan bilis, kari ikan dan acar goreng. Tapi ingat, kisah masa stok seminggu ni hanya sesuai untuk perempuan bujang-bujang je. Kalau dah berkeluarga, silalah masak dan variasi masakan anda ye. =)
Tahun ini, saya kembali dengan tugas publikasi untuk bulan Ramadan. Awalnya cuak dan risau juga memandangkan dah lama saya meninggalkan kerja-kerja MENCAPUB ni..Hehe. Kali terakhir ketika saya menjadi setiausaha KUBI 2 tahun lalu. Tapi isinya berbeza benar dengan buletin-buletin berunsur peringatan dan tazkirah sekarang.
Dah lama,4 tahun saya tinggalkan kerja begini. Terakhir ketika saya di J-Town,tahun ke-2 sebagai penulis In-SOFT keluaran IMAN. Dan come back ini membuatkan saya gembira. Walaupun penat dan pening memikirkan idea-idea penulisan,bila dah selesai tersenyum lebar saya dibuatnya.Saya selitkan antara isi buletin program IHYA RAMADHAN (IHRAM) yang sudah diedarkan semalam untuk peringatan dan tatapan semua. Insya-ALLAH.
Di mana pun kita berada dan siapa pun kita, sama-samalah kita serikan Ramadan tahun ini dengan ibadah kepada-NYA. Moga kita beroleh keampuan dan keredhaan-NYA sebagaimana hadis yang bermaksud:
P/S:
1. Hari ini ke Imigrasi untuk urusan KITAS. Doakan KITAS siap cepat, tak sabar dah nak balik Malaysia ni (",).
2. Minggu depan, minggu terakhir di IPD dan ujian SOCCA hari Isnin. Moga dipermudahkan.
3. 28-8-4.9 cuti hari raya di Malaysia. Happy dan dah tak sabar nak balik ni.
Oh ya, sama-sama kita renungkan puasa kita selama 4 hari ni. Bagaimana kita mengisi hari-harinya? Bagaimana niat kita. Moga hari-hari mendatang lebih baik dari sebelumnya. Dan ingat, niatkan puasa kita semata-mata ibadah kepada-NYA kerana hanya redha-ALLAH kita harapkan dalam hidup kita.
" Sesungguhnya segala perbuatan itu berlandaskan niat, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan apa yang dia niatkan..............."(HR Bukhari)
Semoga bermanfaat. Wallahu'alam.
3 comments:
ada..awat kejap sgt cuti..huhu..ermm..sempat tak nk jmpe eh??
p/s : jgn lupe bwk ole2 tau.. =p
ada..awat kejap sgt cuti..huhu..ermm..sempat tak nk jmpe eh??
p/s : jgn lupe bwk ole2 tau.. =p
apa boleh wat effa, saya hanyalah menurut perintah..tu pun mujur dapat cuti effa...kalo x, menangis la beraya kat sini..huhu..Insya-ALLAH, kalau ada rezeki boleh jumpa.
Post a Comment