Salam alaik.
+ Reminder:Long case on Wednesday..Stop play around!(",)+
Ujian Long Case menanti hari Rabu ni. Tapi saya tak cukup preparation lagi. Pening dah risau serta takut tambah cuak nak ujian ni. Dalam cuak-cuak tu, sempat lagi menjeling-menjeling dan bertentang mata dengan movie Nur Kasih The Movie. Sabo jek la dengan diri sendiri ..huhu.
Hari ni saya tak rajin nak bercerita pasal ujian. Tapi kurang malas juga nak berceloteh pasal kehidupan di IPD sekarang ni. Apa yang boleh saya kata, so far s good. Sekarang dah habis minggu ke 5. Sebahagian koas dah settle long case dan sebahagian lagi exam next week. Dan antara koas yang bertuah exam minggu depan tu saya. Saya yang tengah mengayat di blog tak sedar nak exam ni..hehe.
Kalau tengok di gambar di atas, ade stetoskop berjenama SPIRIT yang dah hampir setahun berjasa pada saya. Insya-ALLAH, saya akan terus ber"SPIRIT" menghadapi ujian mendatang. Dan minta didoakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya nanti. Insya-ALLAH.
Sebut pasal SPIRIT@ SEMANGAT ni, memang banyak kisahnya. Manakan tidak, semangat nak belajar turun naik. Dan untuk mengekalkan semangat yang dah naik dan meningkatkan semangat yang agak menurun, kita akan cari jalan penyelesaiannya. Kalau saya? Saya akan telefon rumah, cakap pada emak dan abah saya nak exam. Dan dah jadi kebiasaan saya, saya akan berikan jadual exam pada mereka. Selalunya, saya kembali semangat untuk belajar lepas tu. Melambung dan menggunung semula semangat yang dah merudum. Alhamdulillah, syukur kerana ALLAH kurniakan saya mak dan abah.
Okey, sekarang ni nak menyimpang sikit dari kisah saya. Saya nak bercerita kisah bukan saya pulak!Hohoho. Cerita pasal spirit juga tapi bukanlah sehorror kisah burn injury pakai SPIRIT. Kisah semangat seorang wanita menjalani alam rumahtangganya. Walaupun hanya di movie, tetap meruntun hati saya. Cewah.
Mesti dah ramai tengok, dah ramai tahu kan movie apa? Nur Kasih The Movie! Sebelum apa-apa, layan dulu lagu ni:
TANPAMU
Tanpamu nafasku terhenti~Keranamu ku ada disini
Tetap bersama ku selalu disampingku~Untuk selamanya
Tetap bersama ku selalu disampingku~Untuk selamanya
Tanpamu aku akan tersesat~Tanpamu tiada lagi hasrat~ Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini~Dan tak akan pernah berubah selamanya~ Aku terlahir hanyalah untuk kamu~ Jadi pelindung dirimu
Kasih yakinlah kepada dirimu~ Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu~ Dan takkan berubah untuk selamanya~ Cintaku padamu
Kasih yakinlah kepada dirimu~ Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu~ Dan takkan berubah untuk selamanya~Cintaku padamu~Cintaku padamu~
Cintaku padamu
Cintaku padamu
Sedih tak sedih, siapa yang belum tengok silalah tengok dulu. Bagi saya, ceritanya bagus cuma di akhir-akhir saya frust sikit. Manakan tidak, dah elok-elok cantik molek kisah Nur dan Adam di zaman sekarang, tiba-tiba muncul Bunda Afida Es dan Dato' Rahim Razali.
Rasanya kurang sesuai kalau pengarah dan penulis skrip masukkan kehidupan akan datang mereka memandangkan kisah masa muda Nur, Adam dan Aidil adalah zaman sekarang. Kalau zaman dulu, tak ada lagi Blackberry, laptop canggih manggih dan kehidupan millenium. Kurang puas sikitlah part tu. Rasanya cukuplah kalau sampai Nur dan Adam dapat anak dan mereka bahagia bersama. Fuh, tercalar sikitlah feeling saya sebenarnya.
Tapi so far, ceritanya memang mantap dan bagus. Bagus untuk insan yang bakal menjadi suami dan isteri sebagai panduan berumah tangga. Harus bersikap saling setia dan saling memotivasi antara satu sama lain untuk mencari redha-nya. Insya-ALLAH, pasangan yang setia akan jadi pemberi semangat dan motivator terbaik dalam hidup.
Habis pasal Nur dan Adam, saya kembali menjadi saya yang masih kurang SPIRIT nak exam. Harus menggandakan usaha dan semangat untuk exam mendatang. Moga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita. Insya-ALLAH. (",)
0 comments:
Post a Comment