Assalamualaikum wbt.
+ Pengalaman hidup adalah pengajaran+
Dah lama terlintas di kepala nak menulis pasal ni. Dah lama juga mengumpul ayat yang tepat dan bernas nak membahas isu simbiosis ni. Cuma, lama juga nak menghilangkan penat dan lelah sehari-hari. Dan seperti biasa, kalau lepas oncall saya akan menghilangkan rasa lemau dan penat dengan mengayat dekat blog ni. Mungkin sebagai penguat semangat, mungkin juga media tempat meluah perasaan..Apa-apa pun, layan jelah ya!
Untuk pengetahuan semua, oncall semalam seharus dan sepatutnya jadi oncall@jaga saya yang ke-9, yang terakhir di ANAK. Terakhir juga sebagai seorang dik koas di RS Hasan Sadikin memandangkan lepas ni saya di Ilmu Kesehatan Masyarkat (IKM). Tapi malang tak malang, katanya kami kena tambah@prolong jaga di minggu terakhir di department ni. Stresso dan geram jugalah sebenarnya kalau betul-betul jadi. Dan sampai saat ini, saya berharap khabar-khabar berangin tu tak jadi...Kalau tak jadi, bolehlah lepas ni saya menulis alkisah ranking oncall@jaga sebagai dik koas untuk tatapan semua. (P/S: Yang baca, tolong doa sekali ye..hehe)
Itu alkisah yang belum pasti, sekarang ni nak cerita kisah yang pasti pulak. Kembali ke tajuk hari ni yaitu simbiosis. Rasanya semua dah tahu dan faham maksud simbiosis ni. Hubungan antara dua pihak yang saling menguntungkan antara satu sama lain. Dalam kata lain, WIN-WIN situation..(",) Kalau ingat, zaman sekolah menengah dulu kita pernah belajar dalam mata pelajaran SAINS..Salah satu contohnya, rama-rama dan bunga di atas. Mekanismenya carilah sendiri ye..(Ayat cover sebab saya pun dah lupe...hehe)
Kisah simbiosis kali ni lain sikit dengan kisah simbiosis zaman muda remaja dulu. Kisahnya ada kaitan dengan saya sebagai dik koas dan patient ketika saya oncall minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, saya oncall RABU lepas di EMERGENSI (EMG). Dah namanya EMERGENSI, mestilah kes dan patient yang masuk agak-agak gawat dan darurat semuanya. Maka, terjadilah satu peristiwa yang saya tak akan lupa sampai bila-bila. Insya-ALLAH, akan jadi pengalaman yang berharga untuk masa akan datang. Chewah!
Di kala Magrib menjelang, EMG Anak tegang dan banjir dengan patient. Banjir, sebanjir, banjirnya sampai kami selaku dik koas berkejar-kejaran dengan masa yang tersisa untuk Solat Magrib. Saat tu juga, ada patient umur +9 tahun dirujuk dari rumah sakit lain disebabkan tak ada perbaikan walaupun dah dirawat di RS tu beberapa hari. Adik ni chief complain dia muntah dan berak darah ( Medical Term: Hematemesis Melena) dan suspek adanya pendarahan saluran cerna@ gastrointestinal bleeding. Dan RSHS selaku rumah sakit provinsi dan tempat menangani kes-kes complicated pun terimalah kes tu.
Awal adik ni datang, ada feel yang kureng dalam hati. Tak tahulah kenapa, hati ni weng-weng bila doktor residen suruh handle dia. Maklum sahajalah dia ni agak manja dan rewel jugalah anaknya. Tapi selaku koas yang hanya menurut perintah, kami pun buatlah kerja yang sepatutnya. Cek vital sign, timbang berat badan, ukur tinggi dan plot di growth chart. Dan syukur Alhamdulillah, dalam rewelnya tu cukup co-operative dengan kami para koas.
Selesai satu kerja, ada satu kerja lagi. Residen minta tolong kami pasang nasogastric tube (NGT) pada anak ni untuk monitoring muntah dia, untuk compression juga..NGT adalah selang@tiub plastik yang dipasang melalui hidung ke perut. Kami pun apa lagi, pucuk dicita ulam pegagalah, siap sedialah buat kerja. Kawan saya ke depo farmasi ambil NGT dan saya inform consent pada ayah dia.
" Harus dipasang lagi dok? Kalau tahu, gak usah dilepas yang dipasang yang lama."
Muka ayah dia agak kurang berpuas hatilah sebab kena pasang sekali lagi NGT tu. Tapi dia setujulah dengan prosedur tu tanpa banyak soal. Saat tu juga, si adik tadi mula merengek tak mahu dipasang NGT. Dia merengek dalam bahasa Sunda pada ayah dia. Saya masa tu buat-buat faham dan tahu jelah isi rengekan dia tu. Ayah dia pun dengan sabarnya pujuk dia supaya setuju nak dipasang NGT. Salah satu sebab dia tak mahu pasang NGT sebab sakit katanya...Saya akui agak sakit dan kurang selesai walaupun tak pernah ada pengalaman pun. Iyalah, tak selesa kot ada sesuatu masuk dalam perut, ada sesuatu yang mengganjal di lubang hidung..Tapi apa boleh buat, kena setuju juga.
" Adik, gak sakit kot. Ini ada jelnya, dingin aja pas dimasukin..Bentar aja kok. Bisakan sayang?."
Kali ni giliran kami pula memujuk si adik. Adik tu tetap berkeras tak mahu. Pening dan menggeleng kepala jugalah kami melayannya. Mungkin ayahnya dah kurang sabar dengan perangai si anak, akhirnya ayah dia ugut nak tinggalkan anak dia kalau tetap berdegil. Ugutan tu pun dalam bahasa Sunda yang saya dapat tangkap maksudnya..Disebabkan takut punya pasal, anaknya bersetuju. Saya yang memposisikan kepala di adik sementara Bendi masukkan NGT. Sementara si ayah memujuk dan memegang anaknya supaya tak bergerak. Alhamdulillah, NGT masuk dan disambungkan pada plastik untuk monitoring muntah adik tadi...Selesai kerja dan kami beralih pada patient lain.
Patient datang silih berganti, penatnya ALLAH sahaja yang tahu. Malam tu memang hectic dan heboh dengan macam-macam kes yang pelik tapi benar. Elok-elok tenang, tiba-tiba ada patient adik beradik datang berdukung, ada tumpukan baby ala kacang goreng, ada ibu yang meraung tak tentu arah..ALLAH, dugaan!..Insya-ALLAH, kisah lain ni saya share next time..Dan kami pun tak menang tangan jugalah membantu residen.
Pukul 10 malam, kami menyelinap sekejap di tempat koas di belakang almari. Maklum jelah, dari pukul 4 petang tak duduk dan kaki rasa macam dah takde...Baru sekejap kami berdiri dengan malasnya (memang tak duduk pun sebab kerusi keluarga patient duduk), tiba-tiba ternampak adik tadi dimiringkan ke arah kanan. Awalnya kami ingatkan dia tak selesa di pasang NGT dan merengek dengan ayah dia nak dilepaskan NGT tu, jadi kami biarkan sahajalah..
Tapi kenyataannya bukan gitu..Kakek@datuk dia yang kebetulan ada dekat situ pun nampak macam tegang semacam..Sah, something happen. Kami pun berkejarlah ke arah adik tadi. Saat tu, memang residen dan kami sendiri tak perasan yang adik tadi dah muntah dan berak darah..This patient is indicated for wash out..Wash out ni adalah teknik membersihkan darah di saluran percernaan dengan memasukkan cairan dingin ke melalui NGT yang terpasang tadi.
Sebelum apa-apa, muntah dan berak darahnya haruslah dibersihkan dulu. Kami pun bertanyalah pada ayah adik tadi, ada pampers ke tidak? Dan tak semena-mena, sedebik kena marah...Alahai, kecut perut dibuatnya..Muka kami pun berubahlah, merah padam jadinya bila dia kata.
" Iya, ini harus dibersihin dululah. Suster, anak saya mau diapain lagi?"
Part suster dengan nada mengejek tu memang buat kami meradang. Padahal awal-awal masa saya pasang NGT tadi, dia tahu kot kami ni doktor muda..Actually saya tak kisah sangat dia panggil sus, cuma panggillah dengan tenang. Erm...Tapi sabarkan hati, tenangkan jiwa, jernihkan akal..Bukan kami je kena marah, residen pun sama. Rupa-rupanya, ayah dan semua ahli keluarga dia berpendapat yang adik tu tadi muntah disebabkan NGT yang kami pasang tadi. Patutlah meradang semacam...Alahai! Residen yang kebetulan ada dekat situ jelaskan sebenarnya apa yang berlaku..Alhamdulillah, reda sikit keadaan tu.
Dia memang dah reda, kami dik koas belum lagi. Residen minta tolong wash out@bilas lambung anak ni. Masa tu, saya dan Dinda yang setuju nak tolong doktor. Elok-elok saya start nak masukkan cairan NaCl dingin tru NGT, residen lain panggil Dinda pula. Maka, terkontang kantinglah saya dengan ayah dia yang tengah baran semacam tu.
Awal sebelum masukkan cairan, residen pesan masukkan 210 ml cairan dengan hitungan 10 ml/kgBB.( Adik ni berat badannya 21 kg) Saya ingat dan hafal pun pesanan residen tu. Bila Dinda tinggalkan saya seorang diri dekat situ, terbang ketenangan saya. Nak pula assistant saya tu ayah si patient. Tengah saya buat kerja, macam-macam hal dia tanya dalam keadaan marah...
Dan parahnya, berbolak baliklah rasa tenang saya...Hilang terbang kiraan berapa cairan yang saya dah masukkan...Ingat tak ingat, saya buat-buat ingatlah jelah...Habislah 210 ml NaCl..Habis buat kerja, saya terus angkat kaki tinggalkan patient tu..Sampai sudah, saya tak pergi pun dekat dia. Walaupun kena follow up setiap 30 menit, Dinda dan Bendi sahajalah yang pergi menjenguk dia. Saya masih fobia dengan keluarganya...Alahai!
Sungguh, insiden tu memang membuatkan rasa sabar menipis..Marah sebab tidak adanya kesefahaman dengan keluarga patient, marah juga atas tuduhan melulu patient. Kesal dan hilang rasa ikhlas dengan insiden tu..Jujur saya katakan, kalau berterusan ada kes begitu, banyak salah dan silap doktor setiap kali memberi tindakan..Silap-silap haribulan, hospital sunyi tak berdoktor dan kalau sakit, berobatlah sendiri...Huhu.
Dan pengalaman tu mengingatkan saya dengan kata dr.N di forensik dulu. Katanya:
" Koas adalah sumber dan tempat melepaskan kemarahan residen dan konsulen."
It's so true. Dah hari tu, saya tambah satu lagi individu yang melepaskan kemarahan pada koas yaitu PASIEN & KELUARGA PASIEN. Dan bagi saya, kemarahan patient pastilah ada asasnya. Dari pemerhatian saya, marahnya keluarga patient bila tak adanya simbiosis antara dia dan tenaga kesihatan yang ada.
Mereka harapkan penjelasan yang terbaik tapi doktor jelaskan sambil lewa sahaja...
Mereka harapkan penanganan yang terbaik tapi doktor endah tak endah sahaja...
Dalam kes tadi, kami dah jelaskan, dah tangani sesuai dengan kompetensi kami. Dan andai benar ada salah kami, andai benar ada penjelasan kami yang kurang dimengerti, andai ada penanganan yang kami berikan tidak memuaskan hati, saya rasa mereka harus membuka mata besar-besar. Mereka harus melihat sekeliling mereka yang penuh dengan pesakit lain yang turut memerlukan pelayanan dan penanganan...
Dan sebagai doktor, kami bertindak sesuai yang dianjurkan, sesuai dengan ilmu yang kami ada. Bukan sesuka hati, bukan sewenang-wenangnya dan bukan juga untuk mencederakan mereka. Kami cuba berikan yang terbaik, yang paling baik dan semampu kami.
Dan patient harap mengertilah, kami diam bukan sebab tak peduli. Kami diam kerana memikirkan tindakan terbaik untuk mereka. Diam kami bukan diam tidak peduli, diam kami diam berisi dan mencari penyelesaian terbaik. Dan koas, walaupun koas diam, otak koas tetap berfikir bilalah UGD nak kosong, bilalah nak hantar patient masuk ward dapat berehat sekejap..( Selaingan: Rehat yang cukup penting untuk kesihatan..hehe)
Mengertilah, kami tidak melihat anda tiap saat bukan kerana kami tak mahu tahu. Kami tinggalkan anda seketika kerana ada orang lain yang lebih perlu, ada orang lain yang lebih kurang bernasib baik dari kamu..
Ini bukan rayuan, bukan juga mengharap nilai belas kasihan. Kami harapkan pengertian. Mengertilah, tanggungjawab kami bukan sekilas mata memandang, bukan sejenak bahu memikul, bukan sekilas hati berdetik, bukan juga sepintas akal terfikir. Tapi tugas kami himpunan dari semua itu..Kami sedaya upaya mengerti setiap pesakit yang datang dan kami harap juga mereka cuba mengerti beban tugas kami memberi yang terbaik buat mereka.
What you give, you get back.
Bersimbiosislah...Dua pihak dapat keuntungan yang sama, doktor memberi yang terbaik dan patient dapat yang terbaik...(",) Kalau pun tegang, cubalah bertenang. Kami akan berusaha semampu kami untuk anda semua...Insya-ALLAH. The most important is they have to recognize and know we are the doctors, not nurses or someone else. Panggilan suster dan yang tidak selayaknya membuatkan doktor esp doktor muda@koas rasa kurang dihargai dan lemau nak melayan patient..Dan berdasarkan pengalaman sendiri, panggilan dan penghargaan dari patient membuatkan kami sedar kami ni doktor rupanya dan bersemangat nak terus berbakti buat semua orang..(",)
Apa-apa pun pengalaman itu guru terbaik sahaja untuk masa depan. Sedikit sebanyak menyedarkan saya masa depan saya banyak cabaran dan pengalaman ini sebagai pengajaran...Wallahu'alam.
P/S:
1. Saya exam MDE Anak esok..Doakan ye..
2. Dua tiga hari ni kosan alone..Rindu la pulak dekat Ikram..
3. Duit elaun MARA dah masuk..TERKEZUT dibuatnya..
Wassalam
0 comments:
Post a Comment