.:Hand to give:.

9.12.11

Novel Berjalan

Assalamualaikum wbt.
+ Ocean: Miracle created by ALLAH S.W.T+

Saya memulakan entri kali ni dengan senyuman lebar tak sampai ke telinga. Kenapa senyum lebar? Sebab kisah novel berjalan ni antara keajaiban tersendiri yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kenapa tak sampai telinga? Sebab mood nak bercerita yang berkobar-kobar ni dah makin menyusut mengenang saya kena masuk hospital esok. Untuk pengetahuan semua, sekarang saya stase@bertugas di rumah sakit jejaring di Ujung Berung @ UBER. Senang cerita dan dalam bahasa glamournya, saya outstation minggu ni..Hehe (",)

Berbalik ke kisah novel berjalan...Cerita hari ni ada kaitan sikit dengan OMBAK RINDU yang dah pun ditayangkan di Malaysia sekarang ni. Dan ombak rindu sendiri antara novel yang masuk list novel berjalan di zaman muda remaja dulu. Sekarang ni, still awet muda dan berjiwa remaja okay..=) Itu tak penting, yang penting hari ni novel boleh berjalan..Apaaa?

Saya memang pembaca novel Melayu yang tegar dan boleh dikatakan agak hantu novel. Dari pandai membaca hinggalah sekarang..Sebab apa? Sebab masa kecil dulu, cikgu selalu cakap dan nasihatkan saya:

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU!

Kalau nak banyak ilmu, kenalah rajin membaca. Dan sebagai anak murid yang taat, saya pun ikutlah nasihat tu. Dari sekolah rendah, memang saya suka membaca novel. Nak pulak masa sekolah rendah saya jadi pengawas perpustakaan yang memang setiap waktu rehatnya di perpustakaan, maka bertimbun-timbunlah cerita yang saya baca. Paling saya suka masa kemetot tu, novel dewan bahasa dan pustaka....Done kisah zaman kanak-kanak ribena.

Masuk sekolah menengah, masa ni taraf dia naik sikit. Dah mula jadi gila novel. Almaklumlah dan masuk dunia remaja, jiwa pun lebih tertarik pada novel berbunga cinta..Chewah, tak mudah lagi bahasa!Hehe. Sebenarnya dari sekolah rendah lagi saya dah mula baca novel-novel berbunga cinta ni. Cuma, agak terkawal sikitlah sebab mak saya memang mengawal gerak geri anaknya. Novel cinta yang boleh saya baca hanyalah selepas ditapis oleh mak saya. Bukan apa, ada sesetengah isi kandungan novel yang kurang sesuai dengan umur saya masa tu. Kalau dah lepas saringan, barulah saya boleh baca..(P/S: Terima kasih mak)

Zaman remaja ni, kakak-kakak saya pun dah besar dan memang agak hantu novel juga. Maka, bertimbun-timbunlah novel di rumah. Yang paling selalu beli novel, Kak Huda saya dan yang paling selalu baca novel adik-adiknya yang seramai 4 orang ( Andak, Wawa, Nana, saya) ni. Anah ( kakak saya yang ke-2) tak berminat sangat dengan novel dan adik saya masa tu kecil lagi..Jadinya tak masuk genglah! Abang-abang saya memang tak pandang sebelah mata pun bab novel-novel ni..Ye ke?

Memandangkan tukang belinya hanya seorang dan yang nak baca ramai, maka kami adik-beradik akan ambil nombor untuk baca novel yang baru ada tu. Seronok rasanya menunggu turn masing-masing. Kadang-kadang sanggup bersengkang mata menghabiskan sebiji novel dalam waktu semalaman..Aneh tapi itulah ajaibnya kisah novel berjalan saya ni. Ada juga sampai sanggup membaca berdua sebab tak sabar nak tahu ending novel tu, sanggup juga tahan mata sebab takut ada yang nak potong queque baca. Sampai bergaduh jugalah disebabkan sebiji novel! Ada juga yang sanggup sorok novel tu sebab tak mahu ada yang curi-curi baca..Tempat favorit menyorok novel: Spin mesin basuh..Alahai!

Kalau ada novel baru, mulalah semuanya berat badan nak bergerak. Satu kerja tak jalan. Hebat betul penangan novel nih! Habis semua anak perempuan Ayah Long Berahim jadi kurang rajin & bermasam muka..Alahai! Antara novel yang masuk senarai novel penantian masa tu adalah novel Assyida, Jendela Hati, Ombak Rindu, Gemersik Kalbu dan novel ALAF 21 yang lainnya. Paling tak tahan bila ada jugalah antara kami yang bengkak-bengkak mata kena penangan kisah sedih novel..Alahai kali ketiga!

Itu kisah novel berjalan dari satu orang ke satu orang di rumah. Lain pulak ceritanya di sekolah. Saya bersekolah menengah di asrama. Sebagaimana yang sudah sedia maklum, novel adalah antara barang larangan dan diharamkan dibawa ke sana. Tapi jiwa nakal nak membaca novel ni tak kisah dengan semua tu...Maka bermulalah kisah novel berjalan di asrama pula...Jeng..jeng..jeng!

Form 1 & Form 2, saya masih belum terlalu nakal. Jadinya tak adalah novel yang saya bawa ke asrama masa tu. Cuma kesempatan balik rumah hujung bulan je membaca novel. Balik asrama, saya akan ceritakan novel-novel yang saya baru baca ke kawan-kawan saya. Antara peminat setia & pendengar cerita saya adalah Najwa@ Ju. ( P/s: saya je panggil Najwa ni dengan nama Ju..hehe). Selalunya saya jadi penglipur lara ni sementara menunggu azan nak berbuka puasa sunat Isnin & Khamis. Macam takde keje lain je kan?Hehe..

Form 3, mula menakal tapi taklah nakal sangat rasanya. Bermulalah kisah membawa novel ke asrama di akhir tahun. Biasanya akhir tahun ni agak bosan di asrama memandangkan dah tak belajar dan dah tak ada prep. Di kala tak ada prep ni, macam-macam benda haram dan makhluk asing masuk asrama. Dari sekuno-kuno novel sampailah semaju-maju walkman. Masa tu, si ipod belum ada lagi. Kiranya lelaki berjalanlah yang paling top kalau kantoi masa spot check.Alahai!

Dan saya? Saya adalah antara pembekal novel yang berjaya masa tu. Maklum sahajalah, sebelumnya cuma jadi penglipur lara sahaja. Tiba-tiba apa yang dilipur larakan tu ada depan mata, memang jadi pisang goreng panaslah. Berjalanlah novel saya ke sana kemari. Selaku  kanak-kanak yang kononnya nakal, saya ingatkan kepada peminjam-peminjam :

" Bacalah sesuka hati tapi jangan sampai kantoi."

Senang kata, nak pinjam, pinjamlah. Nak baca, bacalah. Jangan sampai warden yang baca, sudahlah. Dan paling  penting, novel kesayangan saya tu dilarang ketat dari sampai ke sekolah. Hanya boleh beredar di asrama dengan jaminan keselamatannya terjaga. Dan tempat sorok novel paling glamour masa tu adalah di dalam baldi mandi dan di dalam jubah yang bergantungan..Aha, kantoi dah mana saya sorok novel saya..Alhamdulillah, tak pernah kantoi hinggalah suatu hari!

Pagi tu setelah assembly pagi (saya tak pasti form 4 @form 3..rasanya f3), ada spot check mengejut. Saya tenang dan tenteram jelah sebab saya yakin tak ada satu pun novel saya yang lepas ke sekolah..Tapi kenyataannya......

Dalam tenang tu, tiba-tiba ada junior saya yang agak pucat lesi datang dekat saya. Katanya:

" Kak Ada, novel akak kena rampas..Tapi saya dah balut dengan kertas putih dah dekat luar."

Terkezut saya dibuatnya. Dalam rasa marah tu, saya tanya dia semula. Apa yang dia tulis di kertas putih pembalut novel tu..Aha, jawapannya adalah:

" Saya tulis Kamus Bahasa Arab..."

Alahai untuk kesekian kalinya. Marah nak marah tapi lawak pun ada. Alamatnya lebamlah kena marah dek ustaz kerana mencemarkan nama kamus BA dengan ayat-ayat jiwangs di dalamnya. Tawakkal jelah kata saya..Padahal masa tu dah kecut perut dah. Saya katakan pada adik junior saya tu, dia kena tuntut dari ustaz. Saya tak mahu tahu macammana yang penting novel saya tu balik ke tangan saya dengan aman damainya..Titik!

Saya pun cubalah menyiasat nasib novel-novel saya tu. Kebetulan masa tu, baru dilantik jadi Ketua Pelajar@pengawas sekolah. Agak sering jugalah saya ke bilik guru sebab dipanggil cikgu. Dan tepat pada masanya, ustaz tengah belek semua novel-novel yang ada. Terjenguk-jenguk jugalah saya mengintai nasib novel saya.

" Adawiyah, tengok apa yang adik-adik awak baca ni..Depan tulis Kamus Bahasa Arab, dekat dalam isinya lain..Tak tahulah apa nak jadi."

Pap, pedih dan panas muka dibuatnya. Tepat mengena batang hidung sendiri. Ustaz tu tengah mereview novel Bahasa Arab saya rupanya. Saya yang nak cover malu pun ikutlah geleng-geleng kepala. Dan saya ingat benar yang di muka pertama novel tu ada nama dan tandatangan kakak saya dan alamat rumah saya..Mak aih, bertimpa-timpa masalah.

" NHIA,64."

Saya menanti dalam debar ustaz sebut tulisan tu. Dia sebut mungkin tapi saya tak dengar dan rasanya dia pun tak tahu apa simbolik singkatan nama tu. Kalau tidak, pap sekali lagi kat muka. Nasiblah badan..Dan yang part paling tak best, Ustaz yang baca review novel BA saya tu pangkat adik ipar ayah sedara saya. Senang kata, pangkat ayah saudara berbau bacang jugalah...Kalau dia tahu, tak senang duduk saya.

Banyak kemungkinan yang boleh jadi. Dia report dekat Ayah De saya--> mak saya--> kena marahlah saya. Namun, hal tu tak terjadi. Syukur Alhamdulillah. Syukur juga sebab dua tiga hari sebelum cuti sekolah, semua novel-novel tu boleh dituntut oleh tuannya. Dan saya selaku tuan, tidaklah patik nak g tuntut.Tercalar muka kalau pergi..hehe..Senang cerita, novel saya tu kembali ke tangan saya dengan amannya..Syukur!

Selesai kisah novel berjalan hari ni. Bila bercerita soal novel ni, saya paling ingat ayat mak saya yang agak pedas tapi cukup menginsafkan anak-anaknya si kaki novel..Kata mak saya:

" Novel tu dalam sehari boleh habis dari muka depan sampai belakang. Kalaulah baca Al-Quran macam tu,kan lebih baik..".

Pap, sekali lagi tampar muka sendiri. Ada benarnya dan kenyataannya itulah kita. Jom muhasabah diri kita..Jom nilai kisah novel berjalan yang kita dah ada.

Kita boleh baca novel atau teks book besar gedabak tanpa jemu setiap hari tapi nak buka Al-Quran liatnya bukan main.

Kita boleh mengalir airmata, sebak tak tentu hala baca novel cinta tapi susah benar nak menitis air mata bila baca peringatan dari ALLAH untuk kita.

Tepuk dada, tanyalah iman kita. Sekarang ni dah banyak teknologi. Al-Quran digital pun dah ada, jadinya tak ada alasan lagi untuk tak sempat membaca Al-Quran ..Bila pun, di mana pun, jadikan Al-Quran menghibur jiwa, pengubat lara kita...Insya-ALLAH

Sekadar renungan buat semua:
“Maka apabila kamu telah selesai shalat, ingatlah Allah di waktu berdiri,duduk dan di kala berbaring.”
[An-Nisa:103]

P/S:
1. Saya adalah novelist cabuk...Gara-gara gila novel, tertulis novel dengan niat berdakwah dengan cara tu..Doakan saya istiqamah dalam penulisan saya.
2. Saya post oncall hari kedua tapi penatnya still terasa..Oncall kedua terakhir yang banyak kisah suka duka!
3. Esok bermulanya Bandung Games tapi saya kena masuk UBER..Sabar jelah kan?
4. Saya exam minggu depan...Malam ni-Ahad malam adalah pulun time.
5. Saya rindu mak saya...(",)ada lagi kisah mak & novel, nanti saya cerita okay.
6.Baru dapat berita cikgu BM saya di SMKATAHAP dulu meninggal..Al-Fatihah untuk Cikgu Nawi.Moga ditempatkan di kalangan orang beriman.

 Moga kisah ni menjadi iktibar dan bermanfaat buat semua.
Wallahu'alam. Wassalam

2 comments:

JiHa said...

bila nak publish novel jadi filem plk???hehehe...

adaibrahim said...

Kena tunggu ang dapat 2nd baby kot.hehe..satu novel pun x siap2, ade hati nak buat filem..marah dek reader aku nanti!hehe

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.