.:Hand to give:.

26.12.11

.:Mengidam:.

Assalamualaikum wbt.
 Bila sebut pasal mengidam, semua orang akan bertanya dan berkata begini:

Siapa yang mengandung?
Dah berapa bulan mengandung?
Oh mengandung ke? Patutlah mengidam...

Kisah mengidam ni memang amat sangat sinonim dengan perihal ibu mengandung. Sampaikan wujudlah pesan @ kata-kata orang-orang tua@veteran yang berbunyi begini:

" Jangan biarkan perempuan mengandung tu tak dapat apa yang dia mengidam, nanti anak yang lahir menetes air liur dibuatnya."

Itu antara pesanan dan pendapat orang tua-tua yang dah tegar dalam kepala. Pesanan ni juga antara yang melekat kuat dalam kepala saya bila tahu kakak saya, Anah mengandung dua tahun lepas. ( Mak saya tak pernah sampaikan secara spesifik ayat di atas ye....(",)

Sebaik sahaja tahu Anah mengandung, sayalah yang terlebih semangat. Saya dah tanya macam-macam apa yang dia nak makan sepanjang dia pregnant...Anah tak kata apa-apa pun di awal kehamilan dia memandangkan saya ni jauh di rantau orang, bukan di Kg Rantau Panjang, Lanchang, Pahang, Malaysia. Tambahan pula anah mengalami morning sickness yang agak teruk sehinggalah second trimester..

+ Tak dapat telan makanan, jom telan budak nih..Hehe+

Bila dah masuk 6 bulan, barulah boleh telan macam-macam Si Anah saya ni...Kebetulan juga masa tu saya balik cuti di Malaysia sekejap..Maka bermulalah sesi survey kebajikan masyarakat oleh Cik Ruby..Nak makan nasi lemak tak? Nak donut tak? Kalau pun Anah tak mahu, saya rajin-rajin masuk dapur dan masak..Iyalah, saya yang tak mengandung pun nak makan juga kan?Hehe..

Balik bulan Ramadan, menjelang hari Raya barulah ada list makanan Puan Fatonah mengidam..Dari sesimple makanan bernama Paru/Limpa Goreng Kicap hinggalah secomplicated nasi bukhari..Sebelum saya balik Malaysia lagi, dia dah maklumkan pada saya. Bila dia tanya pada saya, boleh buat ke tidak, saya kata boleh...Iyalah, boleh diusahakan walaupun saya tak pernah masak paru dan nasi tomato ( Anah request nasi tomato juga) dekat sini. Habis semua resepi saya cari dari Encik Google..Combine, hafal dan balik Malaysia..

Paru/limpa goreng kicap sedap kata Anah..Kembang semangkuk saya dibuatnya. Tinggal nasi tomato untuk anak sedara kesayangan..Anah punya semangat, dia dah siapkan buku resepi untuk saya baca sebelum memasak tu. Buku tu mak mertua dia punya...Mantaps betul ibu mengandung ni. Saya pun bacalah dengan jayanya sebelum memasak.

1 cuci beras
2 Tumis rempah 
3 Masukkan beras
4 Aduk beras dan rempah rata
5 Siap dimakan dan dihidang untuk berbuka.

Hasilnya, teeeeet. Nasi tomoto sesuka hati saya tu lembik sikit disebabkan terlebih air. Tapi disebabkan chef import dari luar negara, makan jelah nasi tomoto tu..Saya ambil iktibar dari nasi tomato lembik tu..Jadi tips dan trick untuk saya bila memasak guna santan@ susu cair di masa akan datang termasuklah baru--baru ni.

TIPS:
Kalau masak nasi guna santan/susu cair, jumlah air sama dengan jumlah beras. Tak perlu lebihkan satu cawan air macam biasa sebab santan/susu cair tu akan lembutkan nasi kita semakin lama dipanaskan..Ingat ye: satu cawan beras=satu cawan air.

Walaupun tak berapa bahagia makan nasi tomato agak lembek, lepas jugalah hajat Anah tu. Dan dua tiga hari sebelum raya, Mok De Rohaya masakkan Nasi Bukhari special untuk Anah seorang. Bakal ibu suadara yang tak mengandung ni, sengeh jek la sambil telan air liur.Huhu.

Dan lahirlah Nur Rauqah Marha lepas raya puasa tu, 2.10.09..Marha ni memang kuat makan, bagilah apa je semuanya dia bawak masuk mulut.Spekulasi mak saya: Dulu dia tak puas makan masa dalam perut. Kata kakak saya: Iyalah tu!


Si kecik ni kasi rambutan, di makan dengan kulit-kulit dia sekali. Sempat jugalah gurau dengan akak, dia makan rambutan, rambut dia cepat sikit panjang..Menjeling geram Anah dekat saya. Maklumlah Marha ni rambut dia sikit je masa kecik-kecil dulu..Hehe, ampun Anah!

Marha ni sangat cepat belajar. Awalnya dia makan dengan kulit-kulit sebab tak tahu macammana nak buka kulit. Lepas abah ajar dia cara buka, terus boleh buka sendiri lepas dua kali percubaan. Itulah gambar si bulat makan rambutan hasil tangan sendiri..Layan jelah ye.

Bukan hanya rambutan yang manis, epal hijau yang masam ni pun dia makan juga..Disebabkan epal tu agak besar dan tangan dia kecil, sanggup cari akal nak makan. Dia letak epal atas bantal supaya stabil, baru dia gigit..Alahai, pandainya! Anak saudara siapalah ni?

Ha, yang ni paling tak tahan. Handphone pun dia suka masuk mulut juga. Kalau yang ni memang tak boleh kata apalah. Takkan disebabkan tak dapat makan handphone dalam perut, keluar-keluar suka makan handphone kan? Hehe...Cik Marha kita ni memang suka mamam handphone. Dah berkulat handphone umi dia, handphone bunda (sayalah tu) yang jadi mangsa..Anak siapalah ni?

Itu kisah marha dahulu kala. Sekarang dah dua tahun dan nak beradik dah. So far, so good, Anah tak mengidam yang aneh-aneh lagi. Alhamdulillah, morning sickness pun tak berapa nak ada. Kuat dah Anah pregnant kali ni. Bab kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Itu kisah orang Malaysia yang mengidam. Kalo orang Malaysia yang di Indonesia yang mengidam, lain ceritanya. Di sini, bahan basah banyak, cuma kena masak sendirilah. Bukannya tak ada makanan agak berunsur Malaysia, cuma rasanya  lain, seleranya lain..Dan hasil seorang ibu mengandung yang mengidam, hari ni saya menyelesaikan misi memasak nasi kerabu dengan jayanya...

+ Nasi kerabu yang agak kelabu..+

Alhamdulillah, lepas juga hajat saya nak makan nasi kerabu sekenyang-kenyangnya. Kalau Mimi ibu mengandung perut makin ke depan disebabkan baby makin besar, saya pun PJK@ Perut Jalan Kedepan gara-gara kekenyangan. Siapa yang mengandung, siapa yang terover mengidam ni? Sendiri jawablah ye...

Apa-apa pun kisah ibu mengandung yang mengidam, ada satu pengorbanan yang besar dalam kamus hidupnya...Kehamilan tu ujian tersendiri dan hanya difahami getirnya melalui 9 bulan tu kalau dah ada pengalamannya.Saya sendiri tak berani nak kata apa sebab tak ada pengalaman lagi. Saya doakan semua bakal ibu yang sedang mengandung diberi kekuatan oleh ALLAH dalam menjalani fase itu...Insya-ALLAH.

P/S:
1. Badan pegal dan sengal post hiking semalam
2. Esok mula stase baru di IKM...Lepas ni hospital free days..
3. Siapa-siapa ibu mengandung warga Malaysia yang di Bandung terasa mengidam nak makan apa-apa bolehlah rodger saya, Insya-ALLAH saya boleh masakkan. Tapi kenalah mematuhi syarat wajibnya yaitu mengandung baby, bukan mengandung angin, air atau cacing dalam perut..Hehe

Semoga kisah ni bermanfaat buat semua.
Wallahu'alam
Wassalam

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.