.:Hand to give:.

8.2.12

.: Calories:.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulilllah, akhirnya saya ngeblog kembali. Hilang sikit sawang-sawang di blog. Sebelum kita clean up blog ni, jom layan gambar cake lazat berkrim di bawah...
+ Makan tapi jangan sampai mudharat+

Untuk pengetahuan semua (walaupun dah tahu), saya sekarang di J-town, rotasi Family Medicine ( Fammed). Dah masuk minggu ketiga sekarang dan tinggal dua minggu lebih lagi berjuang sebelum ujian akhir Kedokteran. Moga ALLAH permudahkan semunya.

Di J-town, memang happy dan bahagia tingkat tingkat. Maklum sahajalah hidup di sini lebih tenang dan tidaklah serumit hidup di IKM 3 minggu lepas. Alhamdulillah, setelah tidur tak lena, makan sesuka hati gembira, ALLAH berikan ketenangan di bumi J-town.

Saya bertugas di Klinik Padjadjaran ( KLIPAD) 6 hari seminggu. Cuti hanyalah pada hari Ahad. Memang penat walaupun tidaklah sepenat di IKM dulu. Penat berulang alik dari Bandung ke J-town setiap pagi dan petang, penat juga menanti patient datang. Sekarang ni, patient kurang ramai. Maka, kami menunggulah dengan sabar hari demi hari. 

Walaupun tak ramai patient, jadual agak padat setiap hari. Petangnya ada discussion dengan doktor di sini. Preseptor kami dr.DJ sangatlah baik dan membimbing. Terima kasih dr atas ilmu yang diberikan. Satu hal yang menarik di Fammed adalah refleksi diri sendiri. Dalam kata yang mudah, untuk memastikan orang lain sihat doktornya haruslah sihat terlebih dahulu...

Maka, inilah hasil refleksi diri saya di minggu pertama Fammed kelmarin:
Minggu pertama di Fammed, kami belajar tentang pengukuran antropometri & status gizi masing-masing. Hasilnya sungguh memeranjatkan...Berat badan saya naik bagai dipam-pam. Terkezut beruk saya dibuatnya. Seumur-umur belum pernah berat badan saya sampai ke angka 55. Ini kali pertama kot. And the worst thing is my nutritional status categorized under overweight based on Asian Pasific BMI Classification.

Insaft & malu dengan diri sendiri. Patutlah dua tiga menjak ni rasa badan tidak sebest biasa. Rupa-rupanya lemak semuanya dah diternak dengan jayanya je. Padanlah badan berat semacam. Saya pun mulalah muhasabah diri dua tiga menjak kebelakangan ini. Rupa-rupanya inilah hasil di IKM yang seribu tekanan.

Makan tak menentu. Semua yang sedap, ngap masuk mulut. Dah boleh dikatakan, nak tidur malam pun makan dengan bahagianya. Mungkin disebabkan terlalu stress, perut asik lapar je. Mulut aktif bercakap, aktif mengunyah makanan. Nasiblah badan, siapa suruh makan banyak sangat.

Walaupun dalam tekanan nak menurunkan berat badan jadi seperti sedia kala, saya tetap happy sebab di IKMlah saya makan dengan sesungguhnya. Boleh dikatakan di IKMlah, setiap hari kami berwisata kuliner. Bolehlah layan gambar di bawah ni ya:

+ Sagoo, PVJ+
Inilah makan malam kami Tahun Baru 2012 yang lalu. Setelah seharian tak makan, buka mulut dan ngap sahajalah semuanya. Saya makan Mee Jawa Goreng. Sedap dan okey. Tak tahulah sebab saya lapar atau memang sedap. Apa-apa pun, this place is recommended for Indonesian cuisine...(",)And there goes my calories.

+ Pasar Tong-Tong, Ciwalk+
Kami ke Pasar Tong-Tong sebelum bimbingan dr.E esoknya. Super duper banyak kerja  dan super duper stress mengenang bimbingan yang tak tahu untung nasibnya. Whatever is, Pasar Tong-tong is one of my favourite place to eat. Kalau ke Ciwalk, selalulah makan di sini. Banyak pilihan dan sedap-sedap semuanya. Makanan di atas ni namanya Nasi Ayam Tong-Tong dan Es Campur. Es Campur lebih kurang ABC di Malaysia cuma ada buah-buahan. Super sedap dan makin bertambah lemak-lemak di badan...Huwaaaaaaa!

+Giggle Box, Ciwalk & Jalan Progo+
Ini makanan penutup IKM, after penyuluhan dan pamit di Puskesmas Kopo. Tenang dan senang hidup sebab semuanya dah settle. Makan segembiranya dan sepuasnya. I ate Chicken Vietnam & Nasi Ayam Combo. Puas hati masa tu...Gumbira, segumbira, gumbiranya walaupun sekarang dah start pening, sepening, peningnya...How to lose my body weight now? Aigoooooooooo!


+ HDL Seafood, Jalan Cilaki+
Seafood sepuasnya sebelum masuk Klinik minggu lepas. Seafood okeylah walaupun saya kurang puas sebenarnya. Seafoodnya kurang segar dan masaknya ala kadar sahaja. Tapi bila datang bil, semuanya terkejut beruk. Agaknya beruk pun tak terkejut gini. Boleh tahan mahallah harganya. Paling tak boleh tahan dan tak caya, harga kerapu bakarnya sampai mencecah Rp100,00 ( RM 40). Harganya tidak sepadan dengan rasanya. Ikannya liat semacam dan tidak sedap. Jujur kata. Tapi makanan dah pesan dan dah ada depan mata. Mahu tak mahu, makan jelah. Mujurlah semua orang bawak duit yang cukup nak bayar. Kalau tidak, dah jadi tukang basuh pinggan tak bertauliah dah. And there goes my calories....Huhu.

Makan, makan dan makan. Kalori, kalori dan kalori. Gemok, gemok dan gemok. Makan banyak, kalori banyak dan gemok banyak. Alahai, tak sedap betul mengata diri sendiri rupanya. Memandangkan kami di Family Medicine kena menganjurkan hidup sihat kepada klien, kami pun sama-samalah harus menyihatkan diri. All those interventions not only for them, most essential to health profesional. So, here i am.

Berat badan dah lebih, maka kenalah turunkan berat badan sesegara dan seefektif mungkin. Harus bermula dari sekarang sebab kalau tidak, tidak sihatlah saya. Maklum sahajalah, umur dah nak masuk 25 ni kalau tak start health & good lifestyle, makin bam-bamlah saya...Alhamdulillah, diberi kesempatan di Fammed.

Senang dan singkat kata, Family Medicine is all about family planning. And part of family that risky is me. So, i learn how to manage my lifesytle and my health ownself. I need to lose 8 kg to achive my ideal body weight. Bukan mudah, bukan payah. Semuanya kena ada tekad dan usaha dari sendiri. 

Sekarang ni dah start to burn my fat, start to reduce calories intake. Mudah-mudahan, berjalan lancarlah niat dan hajat nak menguruskan badan untuk hidup sihat ni. Bila dah tahu foods calories, dah jadi lebih aware, lebih berhati-hati pilih makanan. Bila dah tahu pentingnya exercise untuk burn calories, sekarang ni dah mula berjinak-jinak dengan dunia senaman. Aisyceh, macam menarik je kan. 

Apa-apa pun, hidup sihat tu wajib untuk semua. Bukan patient sahaja, doktornya pun wajib sihat juga. Maka, marilah kita memulakan hidup sihat dari sekarang. Insya-ALLAH, next time saya update fact about foods & exercise to you all. And let start health lifesytle right away. Moga ALLAH permudahkan urusan ini. Insya-ALLAH.

P/S:
1. 3 minggu lagi cuti sem, tapi saya tak balik pun. Saya balik habis final exam nanti.
2. Minggu depan Pak Teh, Pok De and family datang. Nak kirim laksa & Milo Malaysia.
3. Life in J-town is very good and lovely. I keep eating and eating. Makin gemok la jadinya..Huhu.

Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Wallahu'alam
Wassalam

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.