.:Hand to give:.

26.11.11

.:Selamat@Tahniah:.

Assalamualaikum w.b.t.
Tidak kata yang paling tepat untuk memulakan entry kali ni melainkan seribu ucapan tahniah, sejuta rasa bangga dan gembira atas kejayaan senior-senior saya yang dah pun selamat menjadi doktor hari Khamis kelmarin. 

Congratulations for all of them especially ( based on chronology):
1. Aida Azlan~Kak Zura & Kak Biha.
Senior MARA G to G Batch 2005. Mereka adalah orang Malaysia pertama yang saya jumpa sebaik sahaja sampai di bumi Jatinangor @ J-town dulu..I still remember that moment and u can read about that by click the link...Alhamdulillah, she will go home for good as doctor soon. Selamat ya bu dr!
Kak Zura & Kak Biha
Both of them is Aida's best and close friend. Dua-duanya sangatlah nice and sweet. Sampai sekarang pun still sweet juga. Congratulations doctors. And for Kak Zura, happy mommy to be to (",). Jaga baby elok-elok ya.

2. My old housemate
Untuk kak Wani & Kak Aimi, tak sangka dah lima tahun kenangan duduk di Ciseke tu berlalu. I'm really happy and proud to know both of you. Selamat balik Msia, selamat jadi dr yang baik dan jangan lupa pada adikmu yang manja ni ok!

3. JPA student 2005 
 Senior JPA 2005. Saya kenal dia orang ni coz Kak Wani dan Kak Aimi student JPA. So, sebagai tempias sebagai ahli rumah dia orang, saya pun terkenallah dengan mereka di atas. Tahniah ya semua.

4. Zura: jiran sebelah bilik terlama dan tersayang
+ Alpina Anggun: Zura yang baju coklat tu+
Zura, tak sangka ang dah jadi dr..Congarts weh. Cuma agak sedih tak dapat jumpa before balik. Jangan lupa updates ya lepas ni. Kalau kahwin, jangan lupa jemput...(",)

5. Orang-orang di zaman busy-busy day.
Ahli Biro Agama Islam PKPMI 2006/2007: saya ucapkan MABRUK buat Kak Tasha, Kak Haliada, Kak Kem, Kak Aimi, Encik Mohsein dan Encik Fathy...Teruskan perjuangan di bumi Malaysia ya.

AMT Kelab Umno Bandung 2007/2009: Feendi dan Kak Wani, tahniah..tahniah dan tahniah. Untuk Feendi: selamat hari lahir juga, moga diberkati ALLAH selalu.

6. Senior zaman koas@ intern di RSHS!
OBGIN GROUP: Teh Dian~Teh Riza~Teh Betha~Kang Dion~Kang Aldi..Selamat ya!
Semua senior 2005 yang segroup rotasi. Ramai dan saya tak ingat satu satu...Maaf tak ingat tapi congarts again!

Kelmarin giliran mereka jadi doktor. 
Insya-ALLAH, tahun depan giliran saya dan kawan-kawan pulak. 
Dan sungguh, tak sedar masa yang rasanya lambat tu cepat berlalu sebenarnya. Enam tahun di bumi orang, sekarang mereka semua akan terbang dan pulang ke tahahair memegang amanah untuk berbakti pada tanahair tercinta. Mereka kurang percaya, saya pun tak percaya..Tapi itulah kenyataannya..(",)
Selamat balik Malaysia sebagai doktor!

P/S:
1. N3 ni antara yang terlama nak ditulis..Pening menyusun ayat.
2. Ada kisah kurang best jadi semalam...Tapi dalam setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
3. Semalam saya kencan dengan Ikram...Seriously hidup as intern ni aneh coz saya tak jumpa dia seminggu eventhough kerja satu hospital, duduk satu rumah.
4. Saya kurang sihat tapi kurang rajin nak pergi jumpa doktor..Kalau konsul dengan doktor yang baru jadi doktor ni boleh tak?..Hehe
5. I'm oncall at Perinatology tonight...Mahu tak mahu i have to seek for treatment coz tak mahu little babies infected by me...

Sekali lagi, sekalung tahniah buat semua. Moga jadi doktor yang baik dan berbakti ikhlas hanya kerana-Nya. Moga ALLAH permudahkan urusan kita semua. Dan moga kejayaan yang diberikan ini bermanfaat di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH.

Wallahu'alam..Wassalam.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.