.:Hand to give:.

5.11.11

T.U.M.B.A.N.G

Assalamualaikum....
Mood saya minggu ini: TUMBANG. Sebelum apa-apa, layan gambar si bulat gebu di bawah ni.

+ Kata si bulat, doktor adalah ibu terbaik..Kata saya: terbaiklah kalau ada si bulat gebu ni..(",)+

Mungkin disebabkan jadual minggu kedua yang agak padat. Mungkin juga faktor bertugas di Poliklinik Tumbuh Kembang (TUMBANG)  yang ketat. Dan jujur mood saya kurang BEST minggu ni. Yang tak BEST tu biarlah saya simpan sendiri ye. Yang cantik, menarik dan tertarik Insya-ALLAH saya kongsikan di sini walaupun saya sudah hampir tumbang di pagi Sabtu ni. Oh ya, saya post oncall di Emergency Pediatric malam tadi. Maka, berlangsunglah fase kehidupan tumbang, setumbang, tumbangnya minggu ini! (",)

Poli TUMBANG memang agak menumbangkan kami dengan jadualnya. Manakan tidak, seawal jam 7 sudah harus tandatangan pagi di POLIKLINIK dan sebelum pulang petangnya, wajib tandatangan sekali lagi. Paling tak boleh tahan bila kami wajib menurunkan tandatangan di depan residen. Alahai, macam latihan tentera dibuatnya. Sabar jelah. TUMBANG rasa sabar dan tenang di hati tau! Huhu. Ops, terlepas pulak rasa tak BEST kan sini. Hehehe.

So, apa yang best tentang TUMBANG, SETUMBANG, TUMBANGNYA?
1. Tambah skills dan pengetahuan masa depan ..
+ Ibu Tia (tudung hitam) & bakal-bakal ibu doktor & benaran+

Anak-anak yang datang ke POLI TUMBANG kebanyakannya ada gangguan perkembangan dan pertumbuhan ( growth & developmental problem). Dan kami sebagai intern, hari demi hari dapat bimbingan tentang perkembangan dan pertumbuhan anak-anak yang benar. So far, itulah yang akan kami ajar, beritahu dan kongsikan dengan ibubapa bila dah kerja nanti. Namun di sisi lain, sebagai nilai tambah kepada kami sebagai persiapan jadi ibu juga nanti. Insya-ALLAH, bergunalah sedikit demi sedikit untuk masa depan..Hehe

2. Tak ada kerja, cari kerja
Patient di POLI tidaklah terlalu banyak sebenarnya. Kalau pun ada patient, bukan semua orang akan cek patient. Maklumlah baby ni sensitif sikit dengan orang luar. Jadi kami yang tak dapat turn mencari kerja yang bermanfaat untuk orang lain. Maka, terciptalah fesyen ala kadar doktor takde kerja di bawah:
+ Ni fesyen dari seurat benang...Sesuai untuk yang kecil je..Yang dah baligh, tutup semua ok+

3. Kasih ibu kasih abadi
Saya melihat kisah kasih abadi saban hari di sini. Seorang ibu yang tabah menguruskan anak yang istimewa berbanding insan lainnya. Kelmarin, ada bayi dengan hydocephalus ( cairan di dalam otak) dan cleft palate ( langit-langit sumbingg) datang dibawa ibunya. Ibu tersebut masih tersenyum, masih bisa tertawa dan bercanda bila ditanya tentang anaknya. Namun, dapat suka pasti ada seribu ketabahan yang tersemat di jiwanya. 

"Capek memang capek mengurus dia. Tapi inilah hadiah dari ALLAH buat kami. Ibu redha."

Saya terkesima mendengar ceritanya. Jauh-jauh dari Bekasi ke Bandung demi anak tercinta. Masih berharap dan terus berdoa agar anaknya diberi kesembuhan biarpun secara alamiah, tingkat sembuhnya rendah. Namun itulah seorang ibu, dia paksi kekuatan, di hatinya ketabahan dan kasih sayangnya tidak akan ada galang gantinya. 

" YA ALLAH, kurniakan ketabahan dan pahalamu pada  semua insan bergelar ibu."

4. Ibu adalah doktor terbaik
Seperti kata di bulat gebu di atas: Best doctor is mother. Ibulah doktor segala penyakit. Dia mengubat dengan kasih sayang, perhatian dan cinta. Kerana itulah, ALLAH janjikan hal yang terbaik pada semua ibu yang kasih pada anaknya. 
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Maka, beruntunglah semua insan yang telah menjadi ibu dan akan menyusul. Kalau ibu doktor, aci x? Hehe.
+ Sayalah ibu doktor itu..(",)

Aci kat kedai? Hehe...Takdelah, gurau je. Whatever it is, i'm already being a mom and doctor @ ibu doktor  for a tiny miny little baby during oncall last night. Cute baby girl, born 33 weeks of pregnancy with 1.2kg body weight. Kenapa boleh jadi gitu? Jeng-jeng, nanti saya story panjang lebar dekat n3 lain ya. Tunggu.................

Disebabkan badan yang dah lama tak oncall medical di malam hari, tahap tumbang, setumbang, tumbangnya sekarang memang berat. Penat betul rasanya oncall walaupun patient hanyalah enam orang malam tadi. So, kenalah memanjakan diri untuk beradu dulu ya. Jujur, hanya tangan dan kepala yang berjalan, badan sudah TUMBANG. Bukan tumbuh dan kembang ye...(",) Kalau tumbuh meninggi saya nak, kalau kembang melebar tak nak!

P/S:
1. Esok raya...Takde mood raya walaupun saya dapat cuti raya saya....TUMBANG MODE lebih mendominasi..

2. Insya-ALLAH, esok ada potluck BATCH 2006....Saya buat karipap je..

3. Kepada yang berpuasa sunat 9 Zulhijah, Selamat menunaikan ibadah puasa..Moga ibadah diterima ALLAH S.W.T.

4. Selamat hari raya Aidiladha...Apa pengertian korban tahun ni pada anda? 
TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.

Wallahu'alam. Wassalam.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.