.:Hand to give:.

15.11.11

.:2 dalam 1:.

Assalamualaikum wbt......
Nikmatilah karipap dan kuih siput ini sebagai pembuka selera membaca blog saya ni.
.:Doh + Inti =Karipap:.
Untuk pengetahuan semua, saya post oncall semalam. Saya oncall di RA1, masih menjaga tiny miny little babies di perinatology. Penatnya seperti selalu. Kalau tak penat, bukan oncall namanya ya. Dan mungkin disebabkan terlalu penat, saya hanya teringatkan bantal je. Tak peduli dah dengan benda lain, tidur tu lebih penting. Makan pun sesuka hati gembira sahaja. Semalam, seharian saya tak makan nasi. Hanyalah mengisi perut dengan beberapa biji karipap masakan sendiri. Syukur, makan jugak kan?Alhamdulillah...

Sebenarnya karipap ni saya buat sebelum oncall sempena lawatan penuh cerita dengan seorang kakak kesayangan. Banyak cerita, banyak ketawa dan banyak juga nasihat berguna untuk saya. Terima kasih akakku, kerana mendengar celoteh saya yang kepoh ni..(",)Kepoh atau tak kepoh, hari ni nak bercerita kisah beranalogikan karipap. Kalau kisah karipap, saya tulis di blog lama saya. Boleh la baca di sana ya..(",)Rindu pula dengan kenangan tu.

Untuk membuat karipap @curry puff kata omputih, ada dua hal penting yang harus ada. Harus ada bancuhan doh dari tepung dan inti.. Intinya bervariasi. Kalau saya, saya dah tetapkan resepinya. Inti ayam dengan keledek@sinkong dalam b.Indonesia dan inti sardin dengan kentang. Kalau orang lain, ikut suka merekalah ya...Cuma berdasarkan pengalaman, kombinasi tu yang sedap & mantaps..Boleh la cuba kalau suka...=)Nanti saya kongsikan resepinya dan step by step membuat karipap ye...(P/S: Ingatkan kalau saya lupa)

Tidaklah kisah bagaimana kita uli tepung, bagaimana cara kita memasak inti, hasilnya pasti akan jadi karipap juga. Tinggal di kelim luarnya, di goreng dan disantapi sesuka hati. Hasil akhirnya sama ada nikmat atau tidak..Dan pastinya, masakan dengan resepi ikhlas dan kasih sayang rasanya sedap berkrim di sukai ramai...Ne..no..ne..no( apa yang saya mengarut nih?..)

Itu kisah makanan. Kalau kisah kehidupan? 
Kisah kehidupan juga ada dua elemen penting, ada kewajiban@tanggungjawab dan ada pilihan@sunnah dalam kehidupan sehari-hari. Itu yang saya rasakan, itu juga yang akan jadi panduan serta perkongsian pengalaman di blog yang makin hilang sawang ni..Hehe.

Kerja sebagai doktor (walaupun hanyalah doktor muda@ intern) memang penat. Pergi ke hospital di pagi hari. Kadang-kadang sebelum matahari muncul, kita dah muncul di hospital. Follow up patient sepagi mungkin disebabkan ramai patient yang harus di periksa. Balik ke rumah dah petang, kadang-kadang senja. 

Kalau oncall, malamnya bersengkang mata menjaga patient. Rehat dan pejam mata pun hanya sebentar. Kadang-kadang, mencuri waktu untuk tidur. Tengah follow up patient, boleh pula tidur sambil berdiri. (P/S: Jangan ikut perangai ni..Yang pro je boleh buat ya..hehe)Itu belum berkejar ke sana sini menguruskan patient. So far, so good, doktor pun dapat menguruskan diri..turun mendadak berat badan disebabkan terlalu sibuk dan penangan rempah stress sehari-hari.

Penat memang penat. Stress memang stress. Namun dalam penat dan stress, ada hal yang membuatkan seorang doktor tersenyum dan hatinya berbunga bahagia.. Satu kata yang membuatkan seorang doktor bersemangat kembali, mukanya kembali berseri dan bertugas seikhlas hati. Dan saya bersyukur,  ditakdirkan menjadi salah satu dari insan itu.

.:TUGAS ITU LADANG PAHALA:.
Tugas dalam bidang ini bukan semata-mata sebagai doktor, bahkan tanggungjawab seorang muslim terhadap muslim yang lain.  Saya teringat pada satu kata di facebook yang dikongsikan oleh seorang teman sebelum saya oncall Ahad kelmarin. Bunyinya lebih kurang begini.

" Setiap kali ke hospital untuk bertugas , niatkan juga  ke sana untuk mengunjungi orang yang sakit. Insya-ALLAH, itulah ladang pahala kita."

Lebar senyuman saya membacanya. Alhamdulillah, ALLAH hadirkan peringatan terbaik, penghilang rasa penat dan ubat sakit-sakit badan setelah seharian di hospital. Serampang dua mata, pakej dua dalam satu untuk semua yang bergelar doktor untuk melaksanakan tugas sebagai muslim juga.

" Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami untuk menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersih ( yang memuji ALLAH), membaikkan/membaguskan sumpah, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarluaskan salam." 
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Itu pesan Rasulullah, itu tuntutan untuk seorang muslim. Dan seorang doktor, untungnya lebih dalam hal ini. Maklum sahajalah, doktorlah orang yang paling selalu bertemu dengan orang sakit. Nama pun doktor, mestilah tetamunya patient kan? Dalam sehari, kadang-kadang tak terkira berapa orang pesakit yang kita jumpa. Tambah-tambah kalau bertugas di ward, untungnya berlipat ganda walaupun sekadar tersenyum dan bertanyakan khabar sahaja.  Jadi, jangan lupa laksanakan adab menziarah orang sakit yang sudah synchonize dengan tuntutan follow up  sehari-hari.

1. Pegang orang sakit, tanyakan penyakit dan kondisinya
Ini wajib bila follow up pasien. Senyum, kenalkan diri dan peganglah pasien dengan hati. Periksa tekanan darah, nadi, respirasi dan suhu. Dengan melakukan ini, sudah terlaksana satu adab...Dan beruntungnya doktor, selain tahu kondisi patient, dia yang menentukan apa yang terbaik untuk patientnya..Berganda janji manis dari ALLAH kerana melepaskan saudaranya dari kesulitan berupa ujian penyakit..Best kan?

2.Doakan kesembuhan
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

3.Nasihat sebaik-baiknya
Doktor menasihati sesuai dengan pengetahuan dan ilmunya. Dan patient memang percaya pada doktor walaupun doktornya belum lulus pun. Jadi, nasihatilah baik-baik. Insya-ALLAH, sepatah kata kita akan mengubah seluruh hidupnya.

4.Hiburkan hatinya
" Cepat sembuh ya." Ini ayat paling selalu doktor katakan pada patient. Walaupun sekadar kata, patient sudah mampu tersenyum. Dan bila kita ucapkan dengan senyuman, berbunga hati patient. Jadi, jangan pernah cuek dan masam muka bila di depan patient. Jadilah penghibur terbaik untuk mereka.

Ada janji manis dari ALLAH atas segala tindakan, segala perbuatan dan segala keputusan kita. Jom, kita hayati bersama..

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Bersabda Nabi s yang bermaksud :

“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya
 (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)

Kepada semua yang bergelar doktor marilah senyum lebar-lebar..Yang tak jadi doktor, jomlah buat lawatan ke hospital melawat orang sakit.

P/S: 
1. Saya stase di Ruangan Non-Infeksi minggu ni..Setiap pagi semangat follow up patient walaupun something happen tadi..(",)
2. Ada baby bulat (3.8 kg) ketika saya oncall kelmarin...Comel ok.
3. Hidung dah start berlari, tekak dah start perit...Bakal jadi doktor sakit yang menjenguk orang sakit tak lama lagi..Serampang dua mata juga nih!
4. Emosi kurang stabil hari ni sebab badminton sukan SEA kalah...Aduh la.
5. Rajin menulis di blog, belum rajin menulis di buku nota...Tolong saya!

Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.Insya-ALLAH.
 Wallahu'alam.Wassalam.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.