.:Hand to give:.

10.11.11

.:Anakku Sayang:.

Bismillah..
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

+Mereka yang diuji...Moga tabah dengan ujian-NYA+

Betapa beruntungnya seorang wanita bergelar ibu yang menjaga anaknya..Ada unsur jealous dan dengki yang saya rasakan pada insan yang dah bergelar ibu...Saya yang hanya bergelar ibu doktor yang masih muda ni, hanyalah menumpang memberi kasih dan sayang pada anak-anak yang ada di Bagian Kesehatan Anak RSHS...Kiranya acilah juga kan kelebihan wanita tu untuk saya..Hehe, valid ke tidak ye? 

Valid atau tidak, Insya-ALLAH hari ni nak bercerita bab anak-anak tersayang sepanjang saya oncall@jaga Pediatric Selasa kelmarin. Sebenarnya saya berniat nak kongsikan cerita tu semalam tapi efek penatnya beroncall tu masih belum hilang.Hari ini pun, dari pagi nak menulis cuma tak tertulis-tulis..Banyak betul alasan kan?Hehe...Inilah muka yang cuba-cuba ceria post oncall....Ceria sebab dapat makan pizza kot!Hehe

+ Saya yang penat+
Selasa, 8.11.2011 saya oncall di Ruang Perawatan Anak Lantai 1@ A1 RSHS. Tak seperti bahagian lain yang boleh mengarut dan mengaret( lambat-lambat), di Anak oncallnya harus tepat waktu. Pukul 15.30 WIB selesai preseptoran, langsung lapor@check in di tempat oncall..Dan saya tercampak ke RA1@Ward setelah 2 kali oncall di Emergency..

Petang tu, alhamdulillah doktor residen yang jaga dengan kami baik-baik semuanya. Auranya tu dah terasa sejuk dan tidak menggentarkan hati sebaik sahaja lapor. Kami bertiga yang oncall di sana (Saya, Bendi, Wina). Dan takdir saya, saya di Perinatology menjaga tiny-miny little babies...Happy sungguh rasanya sebab babykan tak banyak karenah dan comel-comel semuanya . Dah terbayang-bayang dah santainya menjaga mereka.  Saya pun dengan senyum, melapor diri, Sebaik sahaja lapor di Perinatology, residennya memberi arahan kepada saya berbunyi:

" Dik, bayi di Perinatology kondisinya pada jelek semua. Jadi kamu follow up tiap sejam ya.."

Arahannya saya terima biasa-biasanya sahaja. Tak protes dan enjoy je. Nama pun oncall, kenalah buat kerja kan.. Saya pun memulakan sesi follow up petang tu. Di bilik Non Infeksi (N1), ada 4 bayi semuanya. Sebaik sahaja masuk, saya terus cari tiny miny little baby ketika saya oncall di EMG hari tu. Tak sabar nak tahu kondisinya dan nak mencegah kasih yang terputus beberapa hari kononnya...Cari punya cari, tak jumpa jumpa...Malas nak fikir, saya teruskan fllow up..

Kali pertama menguruskan bayi kecil mungil tu, saya agak skema dan memang skema sebenarnya. Satu bayi dalam 3-5 minit jugalah masa untuk saya periksa mereka. Selesai di N1, pindah ke bilik infeksi. Ada 8 bayi yang menanti, semuanya comel belaka. Dan kerana kondisinya, perlu perhatian lebih teliti. Maka, bermulalah kerja melihat dan memantau bayi berlapan ni...

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8...Lega, selesai juga kerja saya untuk jam pertama. Saya tengok jam, jam tengok saya. Tinggal 5 minit sebelum munculnya jam oncall kedua. ALLAH, penat rupanya menjaga bayi ni. Memang tak sempat duduk pun sampailah pukul 10. Pukul 10, kata residen, yang di N1 tak perlu follow up setiap jam..Follow up setiap 2 jam sebab kondisi bayi dan stabil..Lega, selega, leganya rasa hati.

Dalam lega tu, masiha da rasa tak tenang. Manakan tidak, bayi yang di N2 masih perlukan perhatian dan suka menangis. Kalau satu dah mula menangis, kawan-kawan sebelahnya pun join sekaki. Sabar jelah kan. Nak pulak yang kembar, memang tak menang tangan nak melayan. Oh ya, ada 2 pasang kembar kelmarin. Satu di N1, dan satu di Infeksi. Bayangkanlah betapa tidak menang tangannya melayan baby tu. Nak pula, masa menangis berjemaah tu residennya takde dan mak ayahnya tak ada di ruangan. Fuh!

Dan saya sendiri, ternanti-nanti nak berehat. Bayangkan dari pagi, masih belum ganti uniform dan dari awal oncall, cuma sempat duduk sekejap je.Itu pun duduk ala kadar je. Memang perlukan rehat, sekejap pun takpelah...Akhirnya , pukul 12 saya dapat rehat. Masa ni, dah tak ingat makan dan mandi. Yang saya ingat, hanyalah bantal je. Alhamdullilah, dapatlah tidur setengah jam sebelum menyambung perjuangan setengahnya lagi sampai ke pagi.

Selesai charge energy walaupun hanya 25%, saya kembali ke RA1. Sebaik menjejak kasi, ada arahan baru dari residen..Bayi kembar di bilik N1 kena follow up/jam juga disebabkan bayinya kurang rajin bernafas. Harus dirangsang, barulah bayi tu ada gerakan dadanya. Puas nak merangsang bayi tu sambil dipujuk mesra...Maka, bersambunglah episod tanpa rehat di pagi hari tersebut....ALLAH, dugaan!

Tik tok tik tok, pukul 5 follow terakhir patient. Happy dan bahagia benar rasanya...Pukul 6.15, kami diizinkan pulang. Keluar dari ward, kaki lemah, lesu dan lemas betul...YA ALLAH, penatnya baru terasa. Tapi kaki harus cepat melangkah...Saya hanya ada beberapa minit untuk balik, ganti baju dan masuk semula sebelum pukul 7. 

Nak pulak sekarang ni, ada ketentuan baru.  Saya yang oncall kena masuk semula sama seperti yang lain pada 6.30 untuk tandatangan..Terkejar-kejar hidup dibuatnya..Alhamdulillah, sebelum pukul 7 dah sampai di RSHS semula..Sempat tandatangan dan kembali ke RA1 untuk stase di INFEKSI..Saat itu, badan lemah betul dan hanya berharap ada tempat untuk meletak kepala sebentar...(",)

Hidup mesti diteruskan, kata saya. Walaupun penat, perjalanan hidup sebagai doktor muda masih berjalan seperti biasa. Dalam mengantuk tu, tetap ikut Visite Besar Respirology, preseptoran dengan kepala yang melayang. Alhamdulillah, pukul 15.30 tiba..Saya tersalah arah balik rumah, maka wujudlah gambar-gambar di bawah...Layan jelah hamba ALLAH yang kurang betul post oncall ni ye...Huhu
+ Rakan Kencan: story teller &listener +
Saya terpergi Domino's Pizza petang tu. Ada kencan dengan Kak  Tasha yang bakal naik taraf tak lama lagi. ( Congrats akak). Ada adik-adik junior juga sebagai pelengkap forum. Banyak story-mory nak dikongsikan dengannya. Kisahnya dan kisah saya...Apa kisahnya, biarlah rahsia ok! Kak Tasha sabar je melayan saya yang agak senget mengidam pizza domino's ni sekian lama. 

+SEBELUM:  Ije, Balkis, Hanisah +
Ini wajah-wajah  adik-adik saya yang masih kontrol ayu. Padahal semuanya dah lapar menanti pizza siap.

+ Semasa: Saya dah lapar+
Tak mampu mengontrol diri. Saya makan nasi kuning je pagi semalam. Tengahari tak makan, gara-gara memenuhi permintaan mata walaupun cuma setengah jam...Paling penting, dah lunas rasa mengidam nak makan pizza domino's ni ok. Alhamdulillah, tercapai juga impian nak makan pizza walaupun rasa mengantuk dan penat mendominasi..Hehe

+SELEPAS: Perut kenyang, hati senang+
Adik-adik saya dah hilang dah keayuan..Bersandar menghilangkan rasa penuh di perut agaknya. Ikut suka koranglah ye. Dalam sibuk melayan dan snap gambar kurang ayu ni, Kak Tasha cuit saya. Di suruhnya saya tengok meja sebelah. Ada apa?

+ Cute Baby+
Bila berpaling, ada baby yang comel yang tengah hilang arah. Siasat punya siasat, ayah dia nak beli pizza dan tinggalkan dia di lantai dalam strollernya. Serious awalnya saya ingatkan anak patung. Pandang kali kedua, anak patung tu bergerak-gerak. Confirm, ni anak bukan patung yang sihat wal'afiat. Hilang rasa penat menjaga baby sakit bila tengok dia yang sihat..

+ Naluri ibu doktor+
Baby ni sangat pandai bawa diri ok. Walaupun ditinggalkan tergeletak dalam strollernya, dia tak menangis pun. Bila diagah, cepat je senyum dan ketawa. saya yang memang dah lama rindu nak main dengan baby ni, apa lagi. Asahlah bakat semulajadi yang terpendam sekian lama ni. Bahagianya rasa tengok dia senyum dan ketawa. Ni baru anak orang, kalau anak sendiri....

Nanti bila dah ada anak sendiri, saya bagi jawapannya ya.Hehe..
Apa-apa pun, sayangilah anak kerana dengan kasih sayang adalah hal terpenting  yang diperlukan sejak dia lahir. Dan untuk bahagian ANAK yang ku sayang, masih ada 6 minggu untuk melewatinya. Saya berdoa moga dapat melaluinya dengan tenang dan tenteram..
Moga ALLAH permudahkan segalanya.Insya-ALLAH

P/S:
1. Baby tiny miny yang di EMG tu saya cari petang tadi di PERI dah tak ada..Kemanalah perginya ya
2. Sangat teringin nak oncall di PERI, nak sambut baby yang bulat gebu comel dan montel (",)
3. Saya  akan dapat anak buah baru 7.6.2012 nanti...Kalau lahir sehari awal dari tarikh tu, comelkan tarikh lahir dia?...
4. Rhesus -VE kan ada keturunan bule katanya..Baby ni ada iras muka saya tak?hehe


Wallahu'alam. Wassalam.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.