Assalamualaikum w.b.t
+ Heroes yang suka tidur +
Alhamdulillah, masih di 1 Muharram 1433Hijrah. Agak lambat menulis blog kali ni. Manakan tidak, banyak baby yang nak di jaga dan diurus. Ceh, macam anak sendiri je kan. Apa-apa pun, belum terlambat rasanya untuk saya dan anak-anak saya yang comel montel di atas mengucapkan selamat menyambut tahun baru Salam Maal Hijrah 1433 buat semua yang beragama Islam (",).
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 1433 Hijrah.Tahun baru, mestilah ada azam dan cerita baru kan. Apa cerita dan azam baru saya ye? Cerita paling terbaru, saya post oncall di Perinatology.Ini kali kedua saya menyambut tahun baru sebagai seorang intern dan kali pertama berhujung tahun lama, berawal tahun baru di hospital@rumah sakit. Dan seperti sinonimnya oncall perinatology, kami menjaga baby-baby yang sihat hinggalah sakit.
Sebelum oncall, sempat saya terfikir nak namakan semua baby yang baru lahir malam semalam dengan nama Muharram kalau lelaki, kalau perempuan saya nak namakan ISLAH. Alhamdulillah, 12 jam oncall ada 5 hero yang lahir. Sesuai dengan janji saya, saya panggil semuanya dengan nama Muharram.
Azam sebelum oncall, saya nak ambil gambar dengan semua baby yang ada. Cuma kenyataannya taklah seindah angan-angan. Bila pagi, dah penat dan kurang rajin nak kacau baby yang baru tidur, maka yang ada hanyalah gambar babynya sahaja. Tak adalah gambar baby yang didukung si Bunda doktornya ini.
Apa-apa pun, layan jelah gambar-gambar heroes saya yang bernama Muharram 1,2,5 ya. Muharram 3 tak ada dalam gambar sebab kondisinya kurang sihat dan Muharram 4 patient konsulen, maka dia duduk dengan mak dia. Yang ada ni hanyalah Muharram yang dijaga Bunda doktornya ni sampai pagi.
+Muharram 1: 3.8 kg+
Si bulat gebu ni lahir pukul 6.50 pm waktu Indonesia melalui sectio cesaria (SC). Sepanjang malam, kerja tidur je. Geram dengan dia yang bulat ni, ada jugalah saya kacau dia tidur. Bila dia bangun dan melalak, puas memujuknya. Cuma bila dah dapat susu, diam dan terus tidur semua. Kata orang, perut kenyang hati senang. Ye tak?
+Muharram 2: 4.2 kg+
Saya ingatkan Muharram satu dah cukup bulat, tapi si Muharram dua lebih sihat lagi. Si gebu yang agak confius sambil menyusu ni lahir tengah malam 12 lebih spontan pervaginam. Terkedu saya tengok dia, bukan senang nak keluarkan baby sebesar ni ok. Dia memang suka menangis, mungkin lapar mungkin juga terkejut dengan dunia baru.
Awalnya memang saya rajin pergi pujuk dan tepuk dia suruh berhenti menangis. Cuma bila dah pagi dan terlalu lama, saya biarkan je. Manakan tidak, bila dia start menangis semua baby lain ter"provoke" nak menangis. Alahai, tidaklah sanggup melayan sesi MENANGIS BERJEMAAH di kala badan dan lembik..Huhu.
+Muharram 5: 2.25 kg+
Muharram 5 yang dibungkus kain pink, ada ladybird. Yang ini lahir tru section cesaria juga atas indikasi gawat janin ( fetal distress) di pagi hari selepas azan Subuh. Comel lote, kecil je babynya. Disebabkan dia ni tiny miny, bolehlah share satu katil dengan baby yang lain. Kawan dia tu perempuan, lahir 25 hb lepas. Dua-duanya sama kecil, sama padan. Yang ni agak baik berbanding yang lain. Jarang menangis dan cuma merengek manja. Kalau tepuk, terus diam....
Untuk Muharram 1-5, moga semuanya jadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa. Sama juga untuk diri sendiri, jomlah jadi anak yang baik, yang berbakti pada mak abah kita semua sempena tahun baru ni. Insya-ALLAH.
Tahun baru, saya mestilah nak jadi saya yang baru. Baru dari segi niat, baru dari segi tekad. Insya-ALLAH
1. Jadi sihat dan kuat.
+Minum Milo, Anda Jadi Sihat dan Kuat+
Milo di atas tak ada kaitan dengan jadi doktor yang sihat dan kuat okay. Hanyalah hiasan Muharram semata-mata. FYI, Milo ni baru sampai ke tangan saya pagi tadi habis oncall walaupun dah pesan sebelum Ramadhan haritu. Kononnya nak minum Milo sempena puasa, tapi kenyataannya tak macam tu. Puasa wajib hingga puasa ganti dah habis pun, MILO ni tak sampai lagi ke tangan. Bila dah sampai ke tangan 1 Muharram ni, tandanya saya kena jadi sihat dan kuatlah...Iya ke?Hehe.
Actually, azam ni ada kaitan dengan saya yang sangatlah malas nak berubat bila dah sakit. Kisah sakit gigi, batuk dan selsema saya tu sampai sekarang tak hilang lagi. Macammana na reda kalau saya sendiri buat dek je dengan kesihatan sendiri. Jadinya, lepas ni wajib berubat. Kalau nak suruh patient sihat, doktornya wajib sihat dulu kan?..Erm!
2. Jadi orang yang bermanfaat dan berguna di dunia dan akhirat.
+ Sediakan payung sebelum hujan+
Payung biru berbunga-bunga saya tu dah 5 tahun umurnya. Sejak dari saya tahun pertama sampai sekarang, masih berbakti dengan tuannya. Sangat bermanfaat dan berguna untuk berlindung dari panas dan hujan. (Paling selalu guna time hujanlah sebab di Bandung, panas tak sepanas Malaysia.).
Beranalogikan payung biru saya tu, saya selaku tuannya wajib jadi bermanfaat dan berguna juga. Sebagai persiapannya, kena tambah ilmu dan tambah amal untuk menjadi lebih baik di hari mendatang. Insya-ALLAH, saya akan siapkan R.A.C.U.N untuk kegunaan sahabat koas lainnya. Doakan impian ni jadi kenyataan ya. Moga saya diberi sifat rajin dalam proses menyiapkan R.A. C.U.N ni.Apa simbolik di sebalik R.A.C.U.N, saya cerita lain kali ya.
3. Jadi orang yang lebih baik!
Ini wajib setiap hari. Jom kita cuba jadi anak yang baik, try jadi sahabat dan orang yang lebih baik dari hari semalam dan test diri sendiri jadi hamba yang terbaik selamanya.
Insya-ALLAH.
Bercerita pasal heroes, di kesempatan kali ni nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada hero di keluarga saya, Mohd Tolhah Salam binti Ibrahim esok 28.11.2011.
Kepada Etih Sayang:
Happy birthday. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH selalu.
(P/S: Etih saya ni sangatlah sweet...Nak tahu kenapa? Jeng..jeng, tunggu ya..Untuk Etih, jangan kembang..Hehe)
Oh ya, ada satu lagi kisah terkait dengan nak jadi orang bermanfaat tu. Azam tahun akan datang, saya nak rajin menulis dan membersihkan sawang-sawang dekat blog ini. Kalau perasan, setiap kali habis oncall rajin betul saya update blog kan? Kalau tak oncall, berhabuk dan bersawanglah blog saya ni. Apa kena ntah dengan diri sendiri. Dan sempena tahu baru ini, Insya-ALLAH saya akan kikis sawang-sawang terbiar dekat blog ni...Moga azam ni berkekalan la hendaknya. Insya-ALLAH.
P/S:
1. Saya oncall lagi Sabtu depan...kena tukar oncall coz ada kawan nak datang. ( Cik Adelin, ur agenda masuk my blog ni...Kira penting la plan nak mai sini tu..Jangan tak jadi datang Bandung ya!)
2. Next week rotation di Perinatology A1...Semangat!
3. Tak start lagi belajar untuk exam...Sila berazam dan merajinkan diri ya!
4. Asik jadi Bunda pada baby orang, bilalah nak bunda pada baby sendiri ye?...=(
5. Saya senyum sorang-sorang (",) setiap kali oncall coz teringat komen adik junior saya pasal baby ni suatu ketika dahulu..(Bila dah hilang senyum, nanti saya story k!)
Akhir kata, selamat menyambut tahun baru. Jom jadi lebih baik.
Wallahu'alam.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment