Bismillahirrahmanirram.
Sayangnya tak banyak masa nak menulis. Walaupun banyak masa, sayangnya malas nak menulis. Arini nak berkongsi pendapat tentang sayang. Sebenarnya isinya adalah dari blog lama saya: http://adaibrahim.wordpress yang dah menyepi. Sayang dengan n3-n3 yang ada kalo ditutup terus blog tu. Jadi, nak kongsikan dengan saudara semuslim yang saya sayang:
Sayang!
Kita bersemangat meneruskan hidup kerna kita punya nilai kasih sayang.
Kita beryukur akan hidayah dari Illahi kerna kita tahu Allah Maha Penyayang.
Kita mahu berbakti kepada mak & abah kerana wujudnya rasa sayang yang tak berbelah bahagi dari keduanya
Sayang seorang ibu &ayah pada anak-anak kerna anak-anaklah yang mengisi hari-hari dengan keceriaan!
Sayang seorang suami kepada seorang isteri kerna itulah jodoh ditetapkan Tuhan!
Sayang seorang teman kerna dari situlah kita belajar erti persahabatan!
Sayang terikat antara ADAM & HAWA kerna sayang itulah fitrah dalam menggembara & mencari ERTI KEHIDUPAN!
Kadang-kadang,kerna terlalu sayang,tak terluah dengan kata-kata.
Tak terbukti dengan harta benda, Tak tertafsir dengan sihatnya akal dan minda.
Berkasih sayanglah sesama insan dalam mencari keredhaan Tuhan.
P/S: JOM +++ AMALAN. Baca Surah Al-Kahfi dan banyakkan selawat yuk!
“Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan”. Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan]
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat.”
[HR al-Hakim dan Baihaqi]
[HR al-Hakim dan Baihaqi]
Wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment