.:Hand to give:.

28.10.11

3:30..Mantaps!

Assalamualaikum...
Jeng..jeng, ada topi nama glamour untuk tatapan semua walaupun dah expired zaman-zaman ber" oncall di Forensik.....Layan jelah ye nama saya ni sebelum saya melalut panjang lebar...Hehe (",)
:
+ dr.Ruby I....bukan Datin.Rubi ye...+
Alkisah mengarut saya pun bermula...Mengarut dan melalut di malam hari setelah selesai 5 hari di Department Pediatric@Bagian Anak. Okey anak-anak, meh dengar Dr.Ruby I sambung cerita  ye.. (",)..Hari ni Insya-ALLAH, nak bercerita panjang lebar tentang pengalaman di Bagian Forensik@Kedokteran Kehakiman dan Medikolegal yang dah masih tak tahu untung nasib@dubia Sabtu lepas. (Kenapa saya cakap gitu...nanti bila dah sampai waktunya, saya story okey)..Apa-apa pun, saya berharap prognosisnya: dubia ad bonam..Insya-ALLAH.

Kata orang:
Forensik tu santai bagai di pantai...Kat sini, tak terasa berat macam bahagian lain sebab semuanya santai..Just bila ada autopsy, hidup kurang best sikitlah...

Kata saya:
Betul..betul..betul..Saya setuju dengan statement tu. Dan inilah cerita versi saya di Forensik. (",) Best ke tak? Erm.....

Hari pertama di Forensik, saya dah ceritakan pada n3 sebelumnya...Di hari pertama still blurr dan blank, dah ada  7 bodies di autopsi..Mujurlah, beginner macam kami ni ditakdirkan jadi KULI KETIK@KK dulu. Kalau tak ada senior, terus jadi OPERATOR, tidak tahulah apa jadi dengan bodies tu..So far so good, hari pertama di Forensik walaupun awal paginya dah ada mayat baby yang dah menghijau menanti, ada kes pembunuhan di meja autopsy. Bau boleh tahan menyengat, ulat-ulat pun ada yang happy2 menggeliat. Dan kami selaku KK ni, hanyalah melihat..Hehe..Happy benar rasa hati sebab bukanlah kita yang menghadap langsung semua tu..(",)

Cuma, bila jadi KK @ Secretary dalam bahasa glamournya ni, kerjanya boleh tahan banyaknya. Di kamar autopsi, KK akan catat semua yang OPERATOR katakan. Semuanya yang akan dimasukkan dalam VISUM et REPERTUM (VeR)tu harus dalam bahasa awam. Pening jugalah awalnya nak adapt dengan new term tu. Tapi kata orang, alah bisa tegal biasa. Bila dah 2-3 kali dengar, dah OK dah....

Berbalik pada tugas KK tadi. Selesai autopsy@bila dah balik rumah, semua yang dah dicatat tadi kena type@ketik sesuai dengan formatnya. Saya dah lama resign kerja secretary ni amatlah terasa kelebaman tangan menaip. Tapi bila dah siap, LEGA. Senangkan kerja KK...Oho, siapa kata senang. KK ni kena tulis semua yang ada diVeR dalam status pink@REKAM MEDIS. Kerja ni menambahkan lebam jari-jemari..Huhu..Mujurlah ada semangat yang tinggi, selesai jugaklah kerja group kami menjadi KK.

+ Operators yang semangats+
Jumaat petang minggu 1, ada khabar yang kurang best. Katanya ada 5 mayat BULE@ Orang Putih@ Foreigner yang akan sampai. Disebabkan tamu banyak, dah kami tidaklah terlalu banyak, satu group akan jadi OPERATOR dan sekaligus KK untuk satu bodies. Bermulalah kerja saya sebagai OPERATOR FASHION. FASHION ni semua yang bukan dari badan bahagian dia. Dari label, pembungkus mayat, perhiasan, benda di samping mayat sampailah ke baju mayat.

Sebelumnya tengok OPERATOR buat kerja, rasa macam senang. Bila dah kena batang hidup, baru tahu untung nasib badan..Tak senang, tak tenang hidup sampailah semua benda yang ada kaitan dengan fashion settle didescibe...BASKET dibuatnya ok! Fuh, sabar jeklah kan.Tambah-tambah, cik operatornya agak PERFECTIONIST macam dr. RUBY I. ni..Sedetail dan semuanya nak dia tengok sampaikan seorang KK ni kata:

" Dengar jelah..Ada ni kan perfectionist."
Saya tak pasti tu pujian ke sindirian. Apa-apa pun tanggapan dia, maaf saya pinta. Sikap perfectionist tu satu dari kelemahan saya yang amat ketara. Maaf ye kalau penat menjadi KK saya yang agak perfectonist nih...(",)

Dan ditakdirkan ALLAH, most bodies yang group saya jadi KK tu bagian fashionnya memang banyak. Tak pernah sekali pun, TAMU kami tu datang tanpa baju. Paling sikit baju lengkap dengan anak-anak kecilnya. Paling banyak, baju 2-3 lapis dengan helmet yang dah pecah digilis treller. Fuh, mantaps kan? Alhamdulillah, ramai yang rajin memantu. Cepat sikitlah kerja kami. 

Yang paling saya tak boleh lupa, kes accident dengan kepala pecah. Dah dapat agak dah kepala TAMU yang terburai cuma tak sangka ada plastik warna hitam di sebelahnya. Fuh, berpeluh dibuatnya mendeskribekan plastik hitam berisi jaringan otak dan darah cair dan membeku di dalamnya. Seriau jugalah dibuatnya..Huhu.Memang sebelumnya, saya bergurau dengan kawan saya soal tu. Tak sangkalah pulak jadi betul-betul. So, moral of story: JAGA MULUT ELOK-ELOK..Hehe.

Mujurlah sepanjang di FORENSIK tak ada kes bunuh diri dengan nota@surat cinta/wasiat. Kalau tidak, lebam jugalah nak menulis di VeR. Setiap patah kata harus ditulis sesuai dengan tulisan. Tak kelakar  nak menulis:
" Pada baris pertama, terdapat tulisan berwarna hitam " UNTUKMU NENG SAYANG" 
di kala badan dah tak larat. Itu baru satu baris, kalau satu kertas kajang, operator dan KK boleh pitam kot.=)

Minggu pertama kami memang meriah, ada 16 TAMU semuanya. Minggu kedua, draf agak menurun. Dah di minggu ketiga, jumlah keseluruhan TAMU yang di autopsi 30 yang saya tulis di buku log. Sebenarnya ada 31 Bodies dengan 32 kali AUTOPSI. Fuyo, mantaps kan...(",)

3 minggu tu cepat rupanya. Sedar tak sedar, 22.10.2011 pun sampai akhirnya. Setelah 3 minggu bimbingan penuh debaran dengan dr.N setiap pagi, siang dan malam seriau menanti autopsi, malam-malam tak lena takut dapat oncall, akhirnya selesai juga rotasi di FORENSIK. Alhamdulillah.

Sama seperti bahagian lain, exam tetap ada. Exam mendadak hari Khamis yang saya jawab sesuka hati gembira tentunya. Manakan tidak, hanya niat nak belajar yang ada. Belajarnya tak pernah. Setiap malam, tumbang kepenatan. Siangnya pulak tak reti nak belajar dan buka buku. Buka movie dan game je..Hoho..P/S: Jangan ikut ilmu sesat ni...Kalau sekali-sekala, tak mengapa..Hehe.

Soal exam OK sebenarnya, cuma disebabkan tak ada persiapan, jawapannya jadi KO. Akibatnya:
Satu group kena denda menghadap dinding sampai habis exam..Hehe...(",) 
Kenapa semua menghadap dinding? Sebab jawapan yang Dr.N tanya satu tu ada di dinding tu. Dah lebih deg-degan bila dr.N nak jawapan tu sebelum dia balik rumah malamnya. Heboh dah kecoh kami mencari jawapan di internet. Rupa-rupanya ada di dinding yang kami selalu bersandar. Agaknya dia geram dengan kitaorang yang buat dek je dengan info-info tu,sampaikan dr.N suruh kami gantung frame tu leher. Ayoyo, gelabak besar rantai..Hehe.So far, tak ada apa-apa pun jadi. Tak ada pun denda menghadap dinding tu. Hanya ada tugas yang dah selamat dihantar Isnin lepas sambil-sambil bimbingan Resume Medis@ Visum Klinis yang merupakan syarat lulus di Forensik..

Alhamdulilah, Resume Medis1 1/2 kali bimbingan dan boleh print memandangkan dah dikejar polisi. Rabu, dapat tandatangan dari residen Bedah dan Dr.N. Semalam,selesai sudah tugas saya di Forensik. Lega, selega, leganya bila dr.N dengan rasminya menurunkan tanda tangannya di BUKU LOG HIJAU saya semalam. Senyum lebar, selebar, lebarnya sampai ke telinga. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya. Erm, nak tahu kenapa senyum saya sampai ke telinga? Sebab........(",)

1. Tinggal dua bahagian lagi yang perlu dilalui dan ditanda tangani sebelum habis koas.
2. Eventhough it already end, all memory wil remain in my mind & heart forever..Insya-ALLAH..Senyum lagi sampai ke telinga..Wahaha(memang takde kerja kan!)

Kesimpulannya: 3:30 is Mantaps...

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.