.:Hand to give:.

9.10.11

Oncall (",)

Assalamualaikum w.b.t.
+ Oncall..dr.Ruby In Action+

Dah lama betul blog saya sepi tak ada n3 ya. Terakhir post tentang SpPD, dan sekarang saya dah pun dapat dua lagi tambahan pada panggilan belakang saya. Alhamdulillah, dah selesai rotasi di Department Neurologi@ Saraf dan Psychiatry@Kedokteran Jiwa. Dan secara rasminya, dah ada gelaran Sudah Pernah@SpS dan SpKJ di belakang lama. 

Sekarang, saya di Forensik yang amat sinonim dengan " oncall" yang membuatkan hidup dilanda misteri. Manakan tidak, handphone jadi peneman setia setiap hari balik dari hospital.. Tak kira di mana, handphone wajib bawa walaupun cuma ke toilet.. Oncall yang tidak boleh beralasan apa pun. Dan kami selaku koas yang dapat call, harus on mata, on kaki, on kepala untuk menghadap mayat yang akan di autopsy.
Kalau nak tahu..erm, walaupun tak mahu tahu, saya tetap nak kasi tahu juga..hehe. Sampai ke hari semalam, dah ada 16 tamu yang di autopsy. Untuk pengetahuan semua, tamu adalah panggilan special untuk jenazah d Forensik. Hari pertama di Forensik, dah ada 4 cadaver, 2 mayat (tamu) menanti di pagi hari. Sebelum balik  pada sebelah petang, tambah 1 lagi tamu. Selesai hari pertama dengan 7 tamu. Dua hari kemudian, Forensik sunyi dan tidak ada tamu. Dan hari Jumaat, banjir semula dengan tamu. Kebanyakan dari tamu adalah kes kecelakaan lalu lintas. Dan ada 4 dari tamu hari Jumaat adalah foreigner yang datang melancong ke Bandung. Aduhai, sedihnya jadi keluarga mereka.

Erm, berbalik ke kisah oncall. Ada kisah oncall lain yang membuatkan saya tersenyum sampai hari ini. Kisahnya agak aneh tapi benar ya. Hari Khamis, ketika saya bimbingan dengan residen tentang visum ada panggilan yang masuk. Saya matikan sebab tak sopan dan tak sesuai dengan waktu. Tidak lama kemudian, ada sms masuk. Smsnya berbunyi begini:

" Selamat pagi. Saya ari dari PMI Kebetulan ada yg sdg membutuhkan A- dr RS Santosa. Apakah bisa..? Terima kasih."

Berulang kali saya baca sms tersebut. Tak percaya dan tak sangka. Kali pertamanya, saya dapat oncall dari PMI@ Palang Merah Indonesia untuk menderma darah. Berulang kali jugalah saya baca sms tersebut. Kurang percaya saya yang sedang di Forensik dapat oncall untuk setitis darah penyelamat nyawa.Tanpa fikir panjang, saya balas katakan setuju untuk menderma. Namun minta masa untuk ke sana kerana masih dalam tugas. Waktu tu, tak syukur pada ALLAH kerana akhirnya setitik darah saya Insya-ALLAH dapat membantu orang yang memerlukan.

Sampai di PMI, mereka dah tahu saya yang akan menderma. Tak perlu menunggu lama sebab tanda vital, hemoglobin semuanya normal. Darah akhirnya diambil. Dari petugas, saya dimaklumkan penerima darah saya adalah pesakit kanser otak yang mahu dilakukan tindakan operasi. Hemoglobin terakhirnya adalah 4g/dl sahaja. Terkedu sekejap dengar. Kata mereka, sebelum menghubungi saya sudah ada dua orang yang berdarah A- yang dapat. Cuma satu yang dapat menderma, satunya lagi tak dapat menderma kerana tekanan darah hanya 90/60mmHg. Dan syukur, mereka ada data saya yang kebetulan pernah berkunjung ke sana ketika saya masih rotasi di IPD sebelumnya. 

Kebetulan saya memang sudah pernah menderma darah sekali dan mereka ada data saya. Jadi, dapatlah saya membantu. Sebelumnya ketika saya berkunjung ke sana, petugas melarang saya menderma. Kata mereka, sayang kalau darah yang saya dermakan tidak ada menerima. Maklum sahajalah, jarang ada penerima darah berRhesus Negatif di Asia. Kalau tidak ada penerima darah akan terbuang sahaja.Dan saya sendiri harus menjaga diri sebaik mungkin kerana stok darah tersebut sangatlah terbatas. Kata dosen@lecturer saya: Darah Bule (Orang Putih)..Hehe.

Sebenarnya bukanlah darah orang putih pun sebab saya pun bukannya putih. Cuma Rhesus Negatif di banyak di negara Barat. Jadi kalau diperlukan, barulah penderma darah Rhesus Negatif akan dipanggil. Kira kes speciallah sebab darah saya ni tak boleh didermakan serutin orang lain yang Rhesus positif (+). Jadi kepada yang darahnya (+) rajin-rajinlah menderma darah. Insya-ALLAH, setitik darah yang anda dermakan akan menyelamatkan nyawa seorang insan. Moga ada kesempatan untuk saya menderma di masa akan datang. Insya-ALLAH. 

Oh ya, sempat petugas PMI bertanya kepada saya sebelum saya menderma darah.
" Kalau ada yang memerlukan, siap tidak di oncall".

Dan dengan senyuman dan penuh yakin, saya kata " SIAP".

+P/s+
~Bukan semua yang Negatif tu bagus..Hehe~
~Pesanan penaja: Orang yang rhesus - kalau nak ada anak ramai, kena nikah dengan rhesus - juga. Erm, di mana mahu ku cari insan begini?..Hoho, nampak gayanya terpaksalah masukkan kriteria golongan darah -VE tu dalam calon pilihan...Ayoyo!~

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.