Salam alaik.
Kata orang, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Setelah hampir 30 minggu meninggalkan bumi J-town @ pindah ke Bandung, semalam saya berkesempatan balik kampung untuk ambil ijazah Sarjana Kedokteran (SKED) yang dah siap. Sedar tak sedar, dah 4 tahun saya memijak bumi dan menjunjung langit Jatinangor a.k.a J-town ( nama glamour di kalangan student). .Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman yang berharga sepanjang 4 tahun lebih di sana. Insya-ALLAH, akan jadi kenangan dan pengalaman terbaik dalam hidup bak kata orang putih:
Hari ini saya sharekan gambar semalam, perubahan-perubahan ketara yanga ada di bumi J-TOWN sepanjang saya belajar dekat sana. Sedikit perbandingan dengan keadaan universiti dan J-town ketika pertama kali saya sampai dengan sekarang. Dah maju euy.. MAJU BERTAPAK-TAPAK KE DEPAN!
Kenangan pertama kali sampai di J-town: 29.8.2006
DUNKIN DONUTS: Hall mark sebaik sahaja sampai di J-town Senior saya, AIDA tunggu kami sampai dari Jakarta dekat sini. Tak tahu motifnya apa. Maybe, inilah tempat paling maju dekat J-town kot. KFC dan kawan-kawan yang lebih maju masa tu tak ada lagi (",)
Sebelah DUNKIN DONUTS, ada PANGDAM @ PANGKALAN DAMRI@ PERHENTIAN BAS. DAMRI tu nama bas awan yang ada dari J-TOWN ke BANDUNG. Harga tambang masa tu Rp 3000. Sekarang dah naik Rp500k, jadi Rp3500k. Kalau tukar ke RM adelah dalam RM 1.20 kot. Perjalanan ke BANDUNG dalam 1 jam 30 kalo macet, 1 jam kalo jalan tak jammed.
Kalau orang dengar tambang bas tu, mesti kata: MURAHNYA. Senanglah nak ke mana-mana! Tapi hakikatnya adalah.......
Inilah bas DAMRI yang dah banyak berjasa kepada kami especially bila kena pergi RSHS di Bandung. Time siapkan skripsi memang dua tiga kali berulang-alik ke hospital. Dan kepada driver dan konduktor bas, terima kasih banyak-banyak atas jasa anda walaupun ......
1. Tak ada radio...tapi ada orang sudi menghibur. Pengamen2 ni ada yang menyanyi best, ada jugak yang suara macam the beast, Tapi itu cari dorang nak cari rezeki. Dan kami sebagai penumpang, tahan telinga selagi mampu. Kalau dah tak tahan, buat-buat tidur. Walaupun kadang-kadang suara dorang masuk dalam mimpi...Inilah adat sebuah kehidupan (",)
2. Tak ada aircond @ a.c. Kalau nak dibandingkan bas sekarang dengan bas zaman dulu, banyak bezanya. Bas dulu uzur yang tahap kena hantar tempat besi buruk tu dah. Tapi still mampu berjalan di atas jalan raya dan bawa kami selamat sampai ke destinasi...Fuh, syahdu jek ayat!
3. Tak ada loceng untuk dipetik.....Aneh bin ajaib, pelik tapi benar. Bas DAMRI memang tak ada loceng dari dulu sampai sekarang. Kalau nak turun, silalah ke depan..kasi tahu pak cik driver. Dapat juga belajar lebih sopan..Ye ke? Mula-mula naik memang kaget, camne nak turun? Sampaikan suatu ketika nak menjerit suruh berhenti. Tapi seiring dengan waktu, kami belajar cara menggunakan semua besi yang ada dalam bas tu...Ketuk bsesi pemegang dengan duit syiling...turun..Habis cerita! Selamat sampai ke destinasi yang dituju yaitu UNPAD KAMPUS JATINANGOR!
Pemandangan pintu masuk utama. Bukan pintu masuk, pintu keluar utama sebenarnya. Pertama kali saya sampai dulu, rasanya tak ada signboard tu. Yang ada hanyalah pagar yang agak uzur. Tapi sekarang, ALHAMDULILLAH, dah tersergam indah...Tak akan sesat punya kalau nak ke sini sebab.....
Sebaik sahaja sampai dekat J-town, replika UNIVERSITAS PADJADJARAN kaler oren ni akan jelas nampak dekat depan mata. Zaman dulu, dekat sini ada hutan belantara lagi rasanya....
Sekarang dah berbunga2 cantik dan pokok menghijau. Zaman 2006 dulu, ada rumput2 kering jek...Lembu pun tak lalu makan kot masa tu!!
Time hujan dan panas, boleh guna susur gajah. Bukan hanya untuk gajah, manusia pun boleh guna susur ni. Dari pintu masuk sampailah ke Fakulti saya akak FAKULTAS KEDOKTERAN UNPAD.
Sambil jalan2 boleh menikmati pemandangan tasik ni. Masa saya datang dulu air dia kering kontang. Al-maklumlah musim kemarau..Sekarang, hijau dan sedap mata memandang!
J-town kekal dengan alam semulajadinya..Gunung-ganang sekeliling antaranya Gunung Geulis....Sebut pasal Gunung Geulis ni, sedih sikit. Tak berkesempatan nak trekking sebab diarhea dulu..Huhu...
Kalau malam-malam memang sejuk di J-town..Menggigil jugaklah dibuatnya...Tapi kalau dah lama dok sini, santai jek....Tapi tetap sejuk ok!!!
Pondok rehat dan ada kolam kecil untuk katak kot. Actually, kat sinilah tapak KOPMA@ KOPERASI MAHASISWA dulu...Yang ada di KOPMA ni macam-macam..Ada badge, T-shirt UNPAD dan makanan dia pun murah-murah...Tinggal kenangan jek..KOPMA dah pindah tempat sekarang ni.
Di sebalik dinding tu, ada stadium aka kompleks sukan. Masa saya datang dulu, rumput tengah tumbuh dengan gumbiranya. Sampaikan kawan saya cakap, kalau gajah check in dekat padang tu, kita tak perasan pun...Sabo jek la masa tu. Sekarang, dah terjaga rapi..Bagus2..
ATM CENTRE: macam2 atm ada...zaman dulu, hanya satu..BNI. Dan kerna itulah, saya buat akaun BNI juga..Sekarang ni say bye2 kat BNI, guna CIMB NIAGA...Sekarang, tak kisah apa pun BANKnya, yang penting duitnya ada!! Ye tak?
Gerbang pintu masuk student sehari-hari. Dulu tak ada gerbang, mak cik kuarng sihat rambut mengerbang je ada. Sekarang ni, takkan tersesat dah naik angkot kalo datang for 1st time...Paling saya ingat. kalau hujan jalan nak turun ke bawah tu memang banjir. Air dia pekat macam TEH SUSU. Dan paling tak boleh lupa, handphone saya jadi perisa tambahan TEH SUSU tu..Redha..redha..
JATOS: JATINANGOR TOWN SQUARE...The only mall at the town. Awal masuk 1st year, takde lagi bangunan ni. Tempat paling best untuk membeli belah masa tu adalah TOKO SABAR SUBUR @ SABSUB dan PASAR UNPAD@PAUN..Awal tahun 2007, barulah ada JATOS ni...N peristiwa paling tak boleh lupa, ahli rumah saya memborong 6 ekor ayam sekaligus memandangkan ada promosi masa tu. Kalau tak silap, seekor ayam harganya rp 12000 je..Memang sihat dan bahagia memasak dan makan ayam masa tu. Kalau dikenang2, macam nak buat kenduri kendara pulak rasanya..(",)
Jalan di J-town....Satu jalan berbagai kisah kehidupan kat sini...
Walau apa-pun kisah yang diukir, di sinilah tempat mimpi saya bermula...
Insya-ALLAH, kami mengingati J-town sebagai tempat yang mengajar saya erti ketabahan, kesabaran, menangis dan tawa dalam meniti kehidupan.. Mengajar saya supaya pandai memasak jugak..Kalau tak sampai ke sini, tak terlalu pandai macam sekarang kot!.Mungkin pandai masak maggi, nasi dan air panas je....
Dan kata cikgu BM saya pula;
PENGALAMAN adalah guru terbaik....
Ini hasil 4 tahun di JATINANGOR...Ijazah SARJANA KEDOKTERAN dan dengan rasminya tanggal 28 Juni 2011, saya bergelar Rubiatun Aduwiyah binti Ibrahim, SKED. ..ALHAMDULILLAH..
Sekarang, meneruskan perjuangan yang masih belum selesai...
and now, Rubiatun Aduwiyah binti Ibrahim, medical intern at Hasan Sadikan General Hospital...will finish my clinical next year..Insya-ALLAH
minggu ni minggu exam KULIT KELAMIN..esok mini cex..
Today is my 24th birthday...
Seriously, miss J-town so much...
J-town, town where the dream and journey to be a doctor begin..
Wallahu'alam
3 comments:
Anda student Malaysia yg study d Indo ya...? salam kenal dari saya.
Sila kunjungi blog sederhana saya untuk "jalan-jalan" keliling ranah Parahyangan (West Java).
visit
willylandscape.blogspot.com
Iya, Terima kasih willy for visit...salam kenal kembali
Bumi Parahyangan memang best :)
Mampir juga di site saya :)
Terima Kasih
Post a Comment