.:Hand to give:.

11.4.13

.: 1 bulan :.

Salam alaik
+ Masih kurus..Hehe+

Dah amat sangat lama saya tak menulis.
Maklumlah sejak balik Malaysia ni, busy-busy day sepanjang masa.
Awal balik Malaysia dulu, mengemas barang yang setimbun dari Indonesia. 
Dah siap mengemas, masa untuk mengemaskini tidur dan waktu rehat yang tak cukup dulu. 
Maka, terbalaslah dengan naiknya berat badan bagai di pam-pam.

Kalau nak tahu ( walaupun ramai tak mau tahu), berat badan saya naik hampir 10 kilo dari awal balik sampai mula kerja di Malaysia. Wah, memang bahagia betul balik Malaysia ni kan. Mana tak kurus kalau setiap hari hidup saya ni santai bagai di pantai. Hehe.

Mana tak best kalau:
1. Tak ada nak kena bangun seawal 4 pagi.
2. Tak kena bersiap seawal 5 pagi nak pergi tempat kerja.
3. Tak payah nak berkejar naik angkut dan public transport
4. Tak payah susah-susah nak curi masa g sarapan pagi
5. Tak payah pening nak fikir lunch and dinner
6. Tak ada assignment nak kena buat
7. Tak ada buku gemok kena baca.
8. Dan seangkatan dengannya.

Kalau saya tulis dan list satu-satu, memang tak cukup satu entry ni. Senang cerita, balik Malaysia jadi Raja Kapoor. Semua ada, semuanya dah sedia. Dan yang paling best, otak tak sarat sangat nak berfikir. Maka, terberkaratlah otak dengan jayanya sehinggalah....
Sehinggalah sampai satu saat kena masuk@ dipanggil masuk kerja dengan KKM.

Memang blurr dan  karat habis otak. Badan pulak beratnya saya je yang tahu masa tu. Wah, sangatlah tak best meningggalkan kerjaya menternak lemak ni rupanya. Padan muka sendiri sebab tak prepare dan terlebih enjoy. Huhu.

Saya masuk kerja 4.3.13. Masa ni okey lagi sebab still induction. Cuma penat jugaklah dengan jadualnya yang pack. Kehidupan bermula seawal pukul 6 pagi, berakhir 12 malam. 

Fuh, mantap.
Tak ada dah masa nak berguling sambil bermalas-malasan sampai tengahari. Semuanya kena ikut jadual dan punctual. Huhuhu. Tapi okey lagi sebab real life as doctor tu tak nampak lagi. 

Then, life is go on. 
Masuk kerja di HOSHAS Temerloh on 11.3.2013.
Oho, dah sebulan saya di HOSHAS Temerloh rupanya walau ber-MC. Tak sangka masa tu cepat berlalu. (",). 

Masa sebulan ni sangatlah mencabar.
Banyak sangat pelajaran yang sangat berharga nak dijadikan panduan.
Tak terkira dengan jari berapa banyak airmata yang dah menitik ke bumi.
Chewah, saya yang bukan ratu airmata pun dah berubah watak.
Kalau nak tahu kenapa, next time saya cerita k.

Sebulan ni saya dah kembali macam saya kat Bandung
Berat dah turun dengan jayanya..semua seluar baju lama dah muat tersarung kat badan. Wah, mantap kan kerja sebulan ni. Tapi itu sampingan je. 

Intisari yang lebih penting adalah:
Sebulan ini mengajar erti perjuangan.
Sebulan ini membuat saya kenal kawan dan lawan.
Sebulan ini jugaklah menuntut sabar dengan tekanan.
Dan sebulan ini jugaklah mengajar saya jadi doktor yang berpendirian.

Senang cerita,
Update 2013 ni banyak suka dukanya.
Moga ALLAh berikan saya kekuatan untuk hari mendatang yang lebih mencabar.
AMIN.

P/S:
1. Saya kena chicken pox...Waaa
2. MC Day4...tak larat dah nak cuti lama.
3. Rindu nak balik kerja..

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.