.:Hand to give:.

13.6.11

1/2+50%=1

Salam alaik.
Apa yang 1/2, apa yang 50%, dan apa yang dah jadi 1? Sebelum saya membebel panjang, jom layan gambar ni dulu:
 +Hanya ALLAH sebaik-baik penolong+


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup dan mengutip pengalaman demi pengalaman saat ini. Syukur juga kerana minggu exam yang sangat memenatkan dah berlalu. Keputusan dan hasilnya belum tahu, namun saya berdoa dan berharap semuanya baik-baik belaka. Dan hari ini, saya akan memulakan rotasi baru di bahagian baru: :ILMU PENYAKIT DALAM selama 9 minggu ke depan.


Berbalik kepada kisah 1/2 dan 50%. Selesai Radiologi dan Nuklir kelmarin, saya dan kawan-kawan membelek buku log hijau (penilaian P3D). Dah 1/2 darinya sudah bertandatangan, bermakna sudah 50% hidup sebagai medical intern kami lalui. Tinggal sebahagian lagi@ 34 minggu lagi yang harus kami lalui.

Banyak kisah dan pengalaman yang amat berharga sepanjang menjadi koas ni. Walaupun kadang-kadang menjadi koas racun, momen-momen tersebut akan menjadi guru paling berharga untuk masa akan datang. Dan pastinya, saya akan tersenyum-senyum sendiri bila mengingat pahit manis bergelar koas ni. Insya-ALLAH, saya akan kongsikan di sini kisah koas racun versi saya pada entri ini.
1. OBGIN:
Rotasi pertama yang penuh tawa. Awal saya dapat tahu saya akan memulakan koas di bahagian ni, terdegup kencang jantung. Teringat pada cita-cita nak jadi SpOG zaman-zaman muda dulu. Bila berdepan dengan kenyataan, cita-cita tu luntur sedikit demi sedikit. Pengalaman paling tidak boleh saya lupakan tentulah bila digelar " PEMBAWA SC". Dengar macam tak percaya, lama-lama percaya la juga. Manakan tidak, sepanjang saya oncall, susah betul nak dapat case normal delivery. Most of cases, semuanya yang ada complication dan tak harus dibawa ke kamar bedah. Di RSHS sendiri, kali pertama saya jaga 7dari 10 ibu mengandung tu harus dinaikkan ke OK. 

Sampaikan chief residen mengeluh, katanya siapalah yang bawa SC (sectio- cesaria) ni. Saya hanya mampu tersenyum. Tapi gelaran tu hilang bila saya dah dapat normal delivery. Walaupun masih ada kes SC, tapi tidaklah banyak seperti sebelumnya. Dan kami sekelompok adalah kelompok paling bertuah kerana harus ke 4 RS jejaring kerana masih ada yang tak dapat sambut baby. Sedih atau tidak, senyum jelah bila teringatkan kisah tu.

KESAN: Apa-apa pun, di bahagian ni agak sukar pada mulanya. Result midterm exam saya kurang memuaskan, jadinya di ujian akhir harus lebih berusahalah. Doa tidak putus, usaha harus berganda, syukur kerana lulus dengan nilai yang memuaskan bagi saya. Melihat perjuangan satu nyawa dilahirkan ke dunia membuatkan saya terkenang kegigihan seorang ibu dan menimbulkan rasa insaf dalam diri. Pengorbanan seorang ibu adalah hal tergetir dalam hidup. Dan kita sebagai anak harus menghargainya. Dalam berani tengok ND, seram juga bila nak jadi ibu esok-esok. Aduhai, macam mana ye nanti?Huhu

2.MATA
Bahagian kecil pertama yang amat melelahkan. Walaupun setiap pagi berulang alik naik angkot ke RS Cicendo, saya suka dengan bahagian ni. Rotasi di sini membuatkan saya super duper rajin. Mungkin terinspirasi dengan preseptor yang super duper rajin, mungkin juga tercabar dengan kawan-kawan segroup yang semuanya KOSAMBI (KOAS AMBISIUS). Dan dalam kata lain, saya pun terjadi KOSAMBI juga. Tak percaya, silalah percaya.

KESAN: Hasilnya, adalah nota tulisan tangan yang berwarna-warni yang saya tulis sendiri. Wa, rajin juga saya ni rupanya. Hasil ujiannya sangat memuaskan. Insya-ALLAH, optalmologi adalah satu bidang saya akan pertimbangkan kalau-kalau nak jadi specialist nanti. Sebab apa? Mungkin terkesan dengan kerjanya yang agak santai bagai di pantai sebagaimana kata salah seorang konsulen @specialist tempoh hari:

" Kerjanya senang, hidup pun tenang."

3.GIMUL 
Apa kata paling tepat nak describe bahagian GIGI & MULUT ni ye?SIBUK, sibuk dengan LI dan preseptoran dari pagi sampai balik. Busy-busy day pun iya juga sebab cuma ada dua minggu untuk cover silibus yang diajar kepada student KEDOKTERAN GIGI selama 3 1/2 tahun. Kali pertama cek mulut patient, tak terkata ketarnya tangan. Mujurlah mulut patient tu tak injured. Hehehe. 

KESAN: Jujur dan ikhlas, saya kurang setuju dengan rotation di sini memandangkan ini adalah kerja-kerja dr.gigi sebenarnya. Tak ada kuasa nak melawan dan tidak ada masa nak bertekak sebab semuanya sudah menjadi ketetapan fakulti. Saya jadikan kata-kata seorang konsulen sebagai motivasi dan inspirasi. Katanya: " Kalau mahu jadi doktor, harus tahu semuanya." Dan berjaya melewati bahagian ini akhirnya dengan senyuman setelah dua minggu muka kelat. Tak cukup rehat dan otak agak padat kena sumbat dengan macam-macam hal baru. (",). Hidup mesti diteruskan.

3. REMED
Saya excited masuk bahagian Rehabilitasi Medik ni memandangkan skripsi@minor thesis saya tahun keempat dulu saya ambil di bahagian ni. Saya juga berimpian nak jadi SpRM kalau ada rezeki nanti sebab nak teruskan thesis saya tu. Apa-apa pun, saya lalui seminggu tu dengan senyum lebar. Yelah, kata orang, bahagian ni santai dan senang nak lulus. 

Bab santai memang saya setuju. Kebetulan saya ditugaskan cari patient CEREBRAL PALSY. Mungkin terlalu santai, patient datang pun kurang banyak sampaikan hari RABU baru dapat patient. Melihat patient yang kurang sempurna, insaf sekejap. Tambah-tambah bila dengar cerita ibunya yang sangat tabah. Selain adik N, anaknya seorang lagi pun adalah kanak-kanak istimewa. Dia masih berharap dan punya keyakinan tinggi anaknya dapat dipulihkan walaupun waktunya mungkin lama. YA ALLAH, berikan ketabahan padanya.

KESAN: Bab yang paling membuatkan terkesan bila kami semua (12 orang) di pending result sampailah kami semua buat tugas. Kata konsulen, kami kurang faham dengan tugasan doktor umum dalam bidang ni. Ha? Terkejut punya terkejut, tugas kami hantar. Malangnya sampai sekarang belum tahu hasilnya. Dah saya highlightkan di sini, tugas doktor umum hanyalah merujuk patient kepada Bahagian Rehab Medik, memantau compliance treatment sahaja. Tidak lebih dari tu.

4.THT
Mantap! Di bahagian Telinga-Hidung-Tenggorokan, hidup memang superb bila dapat preseptor dan pembimbing yang agak killer. Seram dan suram jugalah hidup. Preseptor walaupun katanya garang tapi kenyataannya taklah begitu. Lega dan tenang sekejap rasa hati. Bila sampai waktu ujian, adrenaline peak memuncak naik. OMMA, saya exam awal dari orang lain dan ada tiga exam yang harus saya lalui. Bermula dengan periksa patient=OSCE, ujian lisan aka Oral Long Case dan ujian bertulis @essay. Penat kepala, penat badan dibuatnya!

KESAN: Pengalaman ujian dengan doktor killer yang betul-betul killer. Semput jugalah nak habiskan exam. Mungkin terlalu cuak barangkali, semua fakta dalam kepala hilang entah kemana. Akhirnya, saya tercampak ke laut disebabkan menjawab sesuka hati gembira. Dan paling tak boleh tahan bila penguji saya tu layan je saya mengarut. Dah lemas, makin lemas dibuatnya. Namun dalam lemas dan pening, alhamdulillah lulus juga. Syukur pada-NYA.

5. BEDAH:
Banyak tindakan dan pengalaman. Saya suka bahagian ni walaupun penatnya minta ampun kalau oncall. Patient tak pernah sunyi, sentiasa ada dan harus bersedia sepanjang masa. Tergantung kita nak atau tidak buat kerja sahaja. Pasang infus, kateter, NGT dan pernah jadi assistent pasang CTT ( Chest Tube) juga. Mencuci, menjahit luka dari yang sekecil 1 cm sampailah menjahit kepala. Pengalaman paling tak boleh lupa, berdepan dengan kematian seorang patient buat kali pertama. Moga ruhnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

KESAN: Terasa macam dalam series Grey's Anatomy. Terkejar ke sana, terkejar ke sini.  What ever it is, experience is the best teacher. Kalau tak ada pengalaman, mungkin sampai sekarang tak reti menjahit luka lagi.Reti jahit baju je. Dan saya terjatuh hati dengan tindakan ORTHOPEDI. Alat-alatnya cool betul, macam nak buat rumah dan repair kereta. Teringin nak jadi SpOT tapi rasanya kurang sesuai sebab memerlukan tenaga yang kuat. Erm, kalau nak terjadi SpOT nanti--nanti boleh tak ye?

 KULKEL~ANESTESI~RADIOLOGI~NUKLIR
9 minggu bermacam ragam. KULIT & KELAMIN:hati terbelah dua, antara suka dan sebaliknya. Hanya itu yang saya dapat katakan. ILMUnya banyak, preseptornya super duper baik.(",) Cuma ada juga hal yang kurang berkenan di hati. Apa itu, biarlah rahsia. Siapa yang dah masuk, mesti tahu. Yang bakal masuk, nanti tahu.

Antara kesemua bahagian yang baru berlalu ni, paling saya suka anestesi. Mungkin kerana situasinya yang menekankan agama dalam setiap hal. Setiap pagi, dimulakan dengan bacaan doa. Bila patient dihantar ke OK, dibacakan doa sebelum memulakan tindakan. Residennya juga tak pernah lupa mengingatkan kami supaya solat setiap kali waktu solat masuk. Tenang hati den!


Dan jujur saya katakan, saya melihat lebih banyak operasi berbanding di BEDAH. Mungkin kerana tempatnya dokter anestesi di OK, saya pun rajinlah naik ke OK. Bimbangan dengan LO dan melihat teknik2 anestesi umum. Seronok dan sangat menyenangkan berada di anestesi. Alhamdulillah, lulus dengan senyuman. 

Hidup di RADIOLOGI, hitam dan putih semuanya. Mungkin saya ni orangnya tak reti berimaginasi, rasa suka pada radiologi tu sampai selesai pun belum sampai. Belajar pun seperti selalu, last minute baru nak terhegeh-hegeh buka buku. Exam so far so good jugalah jadinya. ALHAMDULILLAH, ada bimbingan residen hampir setiap hari. Tidaklah nganga sangat saya bila exam.


Berstase di KEDOKTERAN NUKLIR setiap dua jam sehari. Hari pertama, langsung mencari kes. Pening punya pening siap jugalah tugas, presentasi hari Khamis. Jumaat esoknya ujian bertulis dan lisan dengan konsulen. Terkejar-kejar ujian Nuklir dan Radiologi. Alhamdulillah, hari Jumaat ujian selesai. Resultnya minggu ini baru keluar. Tak berani nak komen lebih dua bahagian ni. Cukup saya kata kan, BOLEH LA. LEGA BILA DAH HABIS.


1/2=50% fase kedua:
Hari ini bermula 34 minggu kedua. Sudah berada di IPD dan agak cuak nak menghadapinya. Mendengar cerita kawan-kawan, seperti biasalah ada manis dan pahitnya. Kenalah telan asam garam kehidupan pelajar ni dengan redha. Dalam susah, dalam payah, usaha dan doa tawakal jangan pernah putus. Dan pengharapan kita pada ALLAH S.W.T adalah hal yang tak boleh kita lupakan. Kerana ALLAH S.W.T sendiri mengingatkan kita dengan firman-NYA:

" Jika ALLAH menolong kamu, maka tidak akan ada yang dapat mengalahkan kamu,
tetapi jika ALLAH membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat
menolong kamu setelah itu. Kerana itu, hendaklah kepada ALLAH sahaja, orang-orang mukmin bertawakal." ( Ali Imran: 160)

Moga ALLAH permudahkan urusan kami menjalani fase kedua bergelar medical intern ini dan diberi kejayaan dan ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. AMIN.

Wallahu'alam.

1 comments:

Jada said...

Great post thank youu

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.