.:Hand to give:.

8.7.11

E!-PD!

Salam alaik.
+Nice scenery...bila la nak dapat cuti ni?+

Apa yang E! Apa yang PD? Tidak ada yang cantik, menarik dan tertarik nak dikongsikan di blog ni. Sekadar menulis dan memberi tahu semuanya baik-baik belaka walaupun ada juga yang tidak seindah bahasa berbunga pujangga. Cewah, jiwangs la pulak ye!

Erm, hari ni Jumaat..Penghulu segala hari! Dan dah saya sudah rasminya berada di penghujung minggu ke-4 Bagian Ilmu Penyakit Dalam @ IPD. Mungkin dah lama tak masuk department besar dan department OBGIN & BEDAH sebelum ni agak santai seperti di pantai, rasa semangat nak study untuk exam lambat muncul. Walaupun ada rasa cuak, tapi rasa santai lebih dominan. Tiap malam masih tidur lena dan terlajak dari waktu tidur yang sepatutnya.

Niat nak study memang ada...cuma, begitulah.
+Niat nak study, yang dapat hanyalah starD mata. Manakan tidak, baru buka buku, mata dah mengantuk. Last-last buku ke mana, saya ke alam mana+

Tiap hari tidur awal dengan niat study di awal pagi...cuma, begitulah.
+ Niat nak bangun 12 tengah malam, terbangun waktu jarum panjang tunjuk angka 12 dan jarum pendek pukul 4,5 pagi.Terkocoh-kocoh bangun mandi, solat dan bersiap pergi hospital semula. Tak sempat nak membaca banyak, cuma curi masa jeling buku waktu preseptoran. Kalau ditanya tak dapat jawab, senyum jelah sampai ke telinga...ayoyo!+

Niat nak siapkan nota ...cuma, begitulah.
+Niat nak buat nota ni memang berkobar-kobar sejak pertama kali masuk IPD lagi...Mungkin sudah terbiasa @terajin buat nota bahagian2 sebelum ni, maka saya tekad nak buat nota. Cuma sampai sekarang tak jadi-jadi lagi. Sebenarnya baru mula je...sekarang baru habis anamnesis. Baru mula pemeriksaan fisik dan sekarang ni terhenti di tengah jalan...Update blog dulu...pasni sambung balik. Mudah-mudahan saya dapat siapkan sebelum ujian LONG CASE hari Rabu 2 minggu lagi...Insya-ALLAH+
IPD v/s E!-PD!

IPD memang santai bagai di pantai sehari-hari. Kalau dibandingkan dengan BEDAH, rasanya BEDAH lagi hectic. Ada follow up, morning report (MR),  poli dan harus naik ke OK. Kalau di IPD, bezanya tak ada MR dan tak wajib FU patient setiap pagi. Cuma agak penat kalau oncall. Patientnya banyak dan bermacam ragam. 

Kalau oncall @ jaga di wad, kena siap mental dan fizikal. Manakan tidak, kitalah nurse kitalah juga doktor. Ganti infus, resep ubat dan segala macam ganti itu adalah kerja koas walaupun ada sebahagiannya bukan kerja koas. Mujurlah tak disuruh ganti cadar patient. Kalau tidak, kerja cleaning service pun jadi kerja koas. Ceh, meluah perasaan nih!

PD atau tidak di IPD. Rasa PD tu ada awalnya. Manakan tidak, dengan suasana santai setiap hari, rasanya boleh belajar dengan baik. Tapi realitinya, tiap hari belajar dalam mimpi. Rajin tidur je!Hoho.Buka buku, buku yang baca saya! Mungkin penat  memanjat tangga IPD ke tingkat 5 setiap hari memandangkan kaos tak boleh naik lift..hohoho. 

Satu lagi saya sangat la rajin makan.Dah makan pagi, tengahari makan lagi. Petang kalau perut bergendang, saya pun isi lagi. Bulat le jawabnya habis IPD nanti. Huhu. Apa-apa pun, nak kongsi resepi sesuka hati dengan anda semua..Nama glamour resepi ni adalah PUDING BUAH Eii-PD!hehe

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1. Buah-buah segar seperti
 +Strawberry yang merah menyala...pastikan rasanya manis...kalau masam, kurang best la puding kita nanti+

+Buah kiwi...ni takde kaitan dengan iklan Zaspery dekat TV ye...Kalau tak suka kiwi, gantilah dengan buah lain yang korang suka...Yang saya pernah try buah naga...Memang aum rasanya+

 
+Buah anggur hijau...Kalau suka anggur merah, guna yang merah..Saya dah try 2-2 dan anggur merah lebih superb..So, guna yang merah jek la sebab lebih manis+

+Susu rendah lemak sekotak ...kalau nak susu full krim pun boleh...terserah cik jah nak guna yang mana...cuma sukatannya adalah 3 cawan@ 700 ml+

  
+ Satu bungkus jelly...Memandangkan takde agar2 kat sini dan saya malas nak guna agar2, saya beli jelly.+

Caranya adalah:
1. Panaskan susu 700ml atas dapur.
2. Masukkan jelly
3. Kalau kurang manis, tambah gula secukup rasa.
4. Bila jelly dah agak menggelegak, masukkan buah2 segar.
5. Masukkan dalam acuan, sejukkan. 

Maka jadilah PUDING BUAH SUKA DALAM DUKA dibawah:

+ Aik! Biar benar sebab bukan ini puding buahnya. Ni kek birthday kawan saya yang sangat sedap rasanya...Bolehlah beli di PRIMA RASA BAKERY & PASTRY kalau mahu..hehe+

  
+ Inilah puding buah SUKA DALAM DUKA...Sebenarnya ini kali kedua saya masak puding ni. Rupa yang kali kedua ni tak seindang kali pertama...Cuma rasanya lazat berkrim, disukai ramai..hehe..Resepinya ringkas je, so bolehla cuba di rumah.+

Selesai kongsi resepi, selesai makan sesuka hati. Tapi hati dah mula cuak. Sampai hari ni, rasa PD dah takde. Cuak dah muncul, insaf dah timbul. Maklumlah, ujian dah tak lama. So,dah sampai masanya berubah memandangkan saya dah tidak PD lagi. Dengan lafaz Bismillah, saya menyambung nota ILMU PENYAKIT DALAM yang terbengkalai di meja.  

“Dan hanya kepada Allah hendaklah kalian bertawakkal,
jika kalian benar-benar orang yang beriman”
(Qs. Al Maidah: 23)

P/S: Saya tak beli tiket raya lagi, harganya sangat la mahal! Kalau raya dekat Bandung, jadi drama airmata la nampaknya!Huhu.

Wallahu'alam.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.