Salam alaik.
Alhamdulillah. Syukur masih diberi kesempatan menikmati hidup dan kesihatan. Banyak kisah dan cerita nak dikongsikan. Entri ni dah ada dari minggu kelmarin tapi tak sempat nak diedit dan diselesaikan. Semuanya kerana busy-busy day kembali lagi. Kembali dengan rutin pergi pagi, balik petang di Radiologi. Memang hitam dan putih hidup saya dua tiga menjak ni. (",)
Minggu ni dapat cuti panjang (4 hari), dapat melupakan gambaran radiologi dan expertisenya sekejap.Memang gembira dan seronok sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, pagi tadi ROCKERS aka Rombongan Cik Kiah ( girl only) dah berjaya menyelesaikan cabaran berjalan kaki dari Dago ke Lembang. Fuh, tak percaya rasanya. Tapi kena percaya juga ye!Dekat punya dekat, tak sedar dah jalan kaki 6 km. Terbakar jugalah lemak 200-300 gram.(",).Nanti saya ceritakan kisah Rockers tu panjang lebar di next akan datang ye.
Hari ni, insya-ALLAH nak berkongsi cerita soal musafir dan pengembara. Sedar tak sedar dah 5 tahun lebih saya merantau di negara orang. Satu tempoh yang lama dan setahun lagi akan kembali ke tanah air.Banyak perbezaan yang akan saya hadapi nanti. Salah satunya, saya harus menerima hakikat kembalinya saya nanti ( bercuti semester dan seterusnya), saya sudah tak berkesempatan lagi bertemu dan berkongsi cerita dengan TOK WE..
Untuk pengetahuan semua, TOK WE adalah ibu susuan emak saya. Dialah nenek tempat saya menumpang kasih setelah Wan saya meninggal dunia. Menjadi kewajipan kepada kami adik-beradik herus bertemu dengan TOK WE setiap kali pulang ke kampung dan sebelum meninggalkan kampung. Kata abah, nenek gantung nenek kami juga. Sebagai pengganti Wan, dia harus dilayani selayaknya sebagai seorang nenek kandung.
Kerana sudah dilatih sejak saya bersekolah menengah, saya tak pernah lupa dengan rutin tersebut. Hukumnya, wajib saya mengunjungi TOK WE dan meluangkan masa bersamanya. Satu sikap TOK We yang membuatkan saya kagum, setiap tahun dia akan memulakan puasa sunat Syawalnya seawal mungkin. Raya Aidilifitrinya hanya sehari. 2 Syawal dia sudah berpuasa enam. 8 Syawal dia meraikan raya puasa enamnya.
Pulang tahun lalu, TOK WE memang sudah kurang sihat. Sakit tua katanya bila saya berkunjung. Kami bercerita panjang petang itu. Dia menyuarakan rasa hatinya, katanya entah sempat entah tidak dia dirawat saya, melihat saya menjadi seorang doktor. Saya pujuk, katakan pada dia. Insya-ALLAH, andai ada kesempatan saya yang akan merawatnya suatu hari nanti.
Kita merancang, ALLAH merancang. Dan perancangan ALLAH adalah lebih baik.
Sabtu pagi, 28 Mei kelmarin saya menerima sms dari kakak saya. Katanya TOK WE masuk hospital. Langsung saya tanyakan beliau sakit apa. Kakak saya membalas:
" Dah final. Paru2 rosak."
ALLAH. Saya beristighfar panjang. Seingat saya, sebelumnya dia belum pernah mengalami masalah kesihatan yang parah. Tidak pernah juga emak saya bercerita kalau-kalau dia menghidap penyakit berat dan tidak pernah ada riwayat merokok juga. Saya bertanya lagi kepada kakak, memohon kepastian.Balasan kakak saya membuatkan saya diragut rasa bimbang.
" Dia kan dah lama sakit. Selalu makan ubat klinik je. Memang kena ada bantuan pernafasan. Kalau tak dia tercungap. Sedik tengok."
Sedih. Memang sedih dengan berita yang saya terima. Tidak sedap hati juga dengan khabar tersebut. Pengalaman di hospital membuatkan saya makin bimbang. Bukan mengandalkan kematian tapi andai sudah tiba waktunya kami sekeluarga harus redha dengan ketentuan-NYA. Saya menjalani hari sabtu tersebut seperti biasa. Cuma doa tidak putus dipanjatkan pada-NYA. Sempat juga berkongsi cerita dengan seorang teman. Dan ketakutan saya berganda.
Saya teringat pada panggilan telefon dari abah sebulan yang lalu. Abah meminta saya memujuk TOK WE untuk mendapatkan rawatan di hospital. Diminta saya menjelaskan prosedur dan rawatan yang akan diberikan jika ke sana. Saya jelaskan sebaik mungkin dan sekadar pengetahuan saya sepanjang menjalani klinikal di sini. Di akhir perbicaraan, saya tergelak mendengar permintaan TOK WE:
" Tolong pujuk abah. TOK WE tak nak pergi hospital."
Situasi itu sama dengan situasi di hospital sehari-hari. Karenah orang tua, dan orang sakit. Pujuk punya pujuk, berjaya. Akhirnya, abah bawa TOK WE ke hospital. Banyak hikmah menjadi pelajar perubatan rupanya. Dan tak rugi aku belajar BHP selama ni.Hehe.
Kembali ke topik asal.
Ahad, sebaik sahaja saya bangun saya menerima sms dari kakak saya.
" Tokwe dh x ada pg kol 5".
Innalillahi wainna ilahi raji'un. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. ALLAH lebih menyayanginya. Saya redha dengan pemergian itu. Namun, saya masih tak mampu membayangkan kepulangan saya nanti tanpa rutin mengunjungnya lagi. Saya pasti merinduinya, ceritanya, bebelannya dan nasihatnya.
Dia pergi, saya harus meneruskan hidup. Dan pemergian TOK WE menyedarkan saya akan hakikat kita hanyanya musafir dan pengembara di dunia ini. Kita kutip pengalaman, kita jalani kehidupan, kita syukuri setiap nikmat sebelum kita sampai di pengakhiran dan hentian sebagai seorang musafir di bumi TUHAN.
Maka, ikutilah pesanan Rasulallah:
" Jadilah kamu di dunia ini seperti musafir, bahkan seperti pengembara. Apabila engkau memasuki waktu petang, maka janganlah engkau menanti datangnya waktu pagi, dah apabila datangnya waktu pagi, maka jangan engkau menanti datangnya waktu petang. Ambillah waktu sihatmu untuk (bekal) sakitmu, dan hidupmu untuk (bekal) matimu.
(Hadith Riwayat Bukhari).
Al-Fatihah buat Tok We ku sayang. Moga ruhnya ditempatkan di kalangan orang beriman.Amin.
1 comments:
salam.
hr jumaat mlm (10/06/11), kon ada jumpa mak ngah kt umah pak cik mat. nampaknya dia masih sedih lg bila nampak kon. kata mok we ayah ali je yg suka. ntah lh.
Post a Comment