Salam alaik
Alhamdulillah, syukur pada ALLAH atas rezeki dan nikmat yang tak putus-putus dari-NYA. Masih berkesempatan menikmati hidup, masih punya kesempatan untuk berkongsi kisah suka duka dan cerita di blog saya ni.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni saya di bahagian Radiologi..Dunia yang sebelumnya penuh dengan efek sedatif hipnotik di Anestesi sekarang berubah menjadi warna hitam dan putih sepenuhnya.
" Putih itu bersih, hitam itu menawan".
Itu madah yang kita selalu dengar. Itu ayat-ayat yang sering diguna pakai di iklan-iklan. Namun bagi saya, apa pun warna kehidupan, kita harus jalaninya dengan gembira dan ceria. Insya-ALLAH.
Bila bercakap soal ceria dan gembira ni, saya nak kongsikan dengan semua betapa gembiranya saya bila hujung minggu menjelang. Salah satu sebab utamanya, ada cuti dan dapat lari dari hospital sekejap. Walaupun cuma dua hari, nikmatnya rasa macam dunia ni saya yang punya..Poyo jek kan?hehe.
Tadi dah salah satu, salah duanya ( BM hancur ni!!..hehe), saya dapat gunakan masa yang ada untuk memasak...memasak dan memasak. Memandangkan dua tiga menjak ni dah tak larat makan makanan luar, kami pun bertekad untuk memasak untuk stok seminggu. Dan minggu ni, semua makanan adalah berasaskan ikan..
Insya-ALLAH, saya nak berkongsi sikitlah resepi masakan ikan dari Pantai Timur yang dah selamat tersimpan di peti sejuk untuk santapan selama seminggu ni.
Bahan asas untuk memasak adalah seperti berikut:
- Ikan kembung 5 ekor: rebus dengan asam-->ambil isi--> ditumbuk halus
- Bawang merah 5 biji: Cincang/tumbuk halus
- Kelapa muda parut 250 gram
- Garam secukup rasa
- Lada hitam dua sudu makan
Bahan-bahan diatas disatukan dan diaduk sebati. Makan hasilnya adalah seperti berikut:
Untuk tambah rasa manis alami, bolehlah tambah bawang bombay yang dihiris.
Sebenarnya adunan tadi tu dah sedap dan boleh dimakan begitu sahaja. Tapi memandangkan kurang sesuai untuk satu minggu memandangkan kepala parut mudah masam kalau tak diolah dengan baik, makan terhasillah resepi-resepi di bawah. Satu adunan menghasilkan 3 resepi!
Bahan-bahan tadi boleh digoreng sebahagian, dan boleh langsung dicampurkan dengan bahan-bahan kerabu iaitu:
- Tauge Rp1000( kalau dekat malaysia RM1 la kot): tergantung nak banyak mana
- Tomato dipotong dadu
- Cili api dihiris nipis
- Bawang merah kalau rasa nak best lagi
- Gula/air gula sikit...
Campurkan dan rasalah nikmatnya.!!
Untuk yang rajin menggoreng, boleh goreng bahan asas tadi. Minyak sikit je, jangan banyak2 coz harga minyak dah naik dan kurang baik untuk kesihatan. Goreng sampai kuning dan naik bau. Untuk tambah rasa, bolehlah tambah serai yang diketuk dalam sambal ini.
Sambal ni selain makan dengan nasi, boleh juga makan dengan roti. Bila cerita pasal sambal ikan ni, saya jadi sebak dan emosi sikit coz teringatkan mak saya. Sambal ini adalah antara menu wajib yang akan mak saya bekalkan setiap kali balik ke Bandung. Sebenarnya saya tak pernah buat sendiri sambal ni bila balik Malaysia. Alasannya adalah itulah saat nak bermanja dengan mak dan makanan mak adalah makanan penuh kasih sayang dan berkah. Jadinya, dapat jadi pengubat rindu bila dah balik sini.Sob2!Walaupun saya dah reti buat, balik cuti nanti saya still nak request sambal ni pada mak.Hehe.
Untuk pengetahun yang belum tahu, solok ni selalunya dimakan dengan nasi kerabu. Kalau tak ada nasi kerabu, makan jelah dengan nasi putih.Nak buat dia senang je, masukkan bahan asas tadi dalam cili hijau yang dah dibuat bijinya. Kemudian kukus dalam 15 minit atau cili tu lembut. Bila dah lembut, masak dengan santan atas kuali sampailah santan tu sejat dan kering. Kalau nak masak dengan santan terus pun boleh! Tak kisah macammana caranya, yang penting menjadi dan dapat dimakan.(",)
Sekian, perkongsian cerita minggu ni. Siapa orang-orang pantai timur yang rindukan masakan ni bolehlah cuba, try dan test masak. Moga-moga dapat ubat kerinduan kalian. Apa-apapun yang kita makan, ingatlah pada firman ALLAH di poster di atas:
" Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika kamu hanya menyembah kepada-NYA". ( Al-Baqarah: 172).
Jom makan dan bersyukur pada-NYA!
Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita bersama.
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment