Assalamualaikum wbt...
Saya dah selamat kembali ke Bandung seminggu lepas. Balik-balik esoknya (12-3-2012)terus ada Judicium a.k.a pengumuman result koas @intern. Alhamdulillah, tak ada masalah dan saya boleh ambil exam final MDE ( Multidisclinary exam) & OSCE (Oral Clinical Examination). Exam ni adalah exam final, sefinal dan finalnya sebelum jadi doktor. Lepas ni dah takde exam dah, cuma kerja tidak bergaji je 6 bulan mendatang di rumah sakit di Jawa Barat ni. Insya-ALLAH.
Bila bercerita pasal final ni, memang banyak hal yang kurang best. Maklumlah, sebelum exam final ni saya bercuti dan balik Malaysia. Dah balik tu, faham-faham jelah. Rajin makan, tidur dan bersantai-santai je. Lupa dan kurang rajin membuka buku dan membaca. Entah apa kena, memang kurang ada mood nak study di rumah. Mungkin sebab lama tak cuti, jadinya bila ada cuti tak ingat dunia jadinya. Mungkin juga sebab rasa masa banyak lagi, jadi berfoya-foya dengan masalah jawabnya. Sedar-sedar, masa tu berlalu sangatlah cepat. 11.3.2012 dah kena balik Malaysia. Dan dengan bangganya, saya maklumlah saya baru habis buat soalan satu department je sampai habis cuti.
Bila balik Bandung, mulalah terkejar-kejar nak belajar. Memang berlari pecutlah saya menghabiskan past year question dan marathon membaca notes. Maklumlah ada 15 department lagi kena study. Alhamdulillah, kol 6 pagi hari Sabtu (pagi exam MDE) saya selesai membaca semua notes dan menjeling soalan. Dah namanya study last minute, maka walaupun dah baca sangatlah mudah lupa. Sampaikan bila jawab soalan exam, confius mana satu yang betul. Padan muka sendiri dan yang baca , sila amil iktibar ye. Apa-apa pun, exam MDE tu dah selesai dan tinggal menunggu keputusan ye. Mudah-mudahan, luluslah hendaknya..
Satu exam dah settle, satu exam lagi menanti. Rabu ni, saya exam OSCE. Exam OSCE ni menguji dan menilai kemampuan kami untuk handle patient. Memang cuak tingkat tinggi nak exam ni memandangkan exam ni wajib lulus. Kalau tak lulus, tak jadi doktorlah jawabnya. Dan disebabkan kami dah lama sangat-sangat tak pernah exam OSCE ni, memang kena usaha lebih banyaklah. Kena review buku-buku zaman Sked (teori) dulu yang dah lama terperam dalam kotak. Bila tengok buku tu, tersenyum sorang-soranglah saya. Maklumlah, tu kenangan dan tulisan zaman muda remaja. Banyak dugaan, ujian dan seangkatan dengannya yang harus dilalui sebelum sampai ke final year ni..Syukur pada ALLAH sebab dipermudahkan urusan saya hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.
Apa-apa pun, hari ni dah adalah hari wajib belajar. Sepatutnya wajib belajar setiap hari tapi faham-faham jelah ye. Dok layan movie, tertengok tV dan tertidur sokmo time nak study, maka jadi sunat belajar jelah sebelumnya. Bila exam dah makin dekat ni, kena berusaha lebih banyaklah. Nak-nak saya ni memang pengamal skim study last minute sejak dulu-dulu. Maka, mulalah episod jadi Zombie & Burung Hantu hari nii. Moga urusan ni dipermudahkan. Insya-ALLAH.
Dan kata-kata dibawah ni jadi azimat & penguat semangat saya untuk menghadapi bulan-bulan terakhir sebagai student ni.
" Kalau 6 tahun boleh bertahan dan berusaha bersungguh-sungguh, kenapa 6 bulan tak boleh?."
Yuk, semangat dan terus berusaha...(",). Kepada semua kawan-kawan batch 2006, ALL THE BEST & GOOD LUCK.
P/S:
1. Claim insurans saya tak dapat lagi..Ayoyo.
2. Handphone saya dah start meragam, macam tau je duit dah nak masuk..Adoi.
3. Kak Tasha dah selamat nikah, congrates..
4. My sis, Nana will getting married end of this month. Harap sangat boleh balik, tapi apakan dayaku..Huhu.
Wallahu'alam
Wassalam
0 comments:
Post a Comment