.:Hand to give:.

24.1.12

Sejarah....

Assalamualaikum wbt.
+ Setiap kesulitan pasti ada kemudahan+

Hari, minggu, bulan dan tahun yang berlalu adalah sejarah dalam hidup kita. Sama dengan detik waktu yang telah berlalu dalam hidup saya. Saya hidup dalam sejarah sepanjang bulan Januari yang lalu. Kalau sebelumnya, saya pernah tulis tentang Trauma, n3 kali ni akan merungkai trauma demi trauma yang dalam hidup saya. Dalam kata singkat, trauma bersejarah kot.(",)

Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM)@ Public Health dalam bahasa omputihnya adalah department kedua terakhir yang saya lalui sebelum lulus jadi doktor. Sebelum saya masuk bahagian ni, semua orang dok kata IKM tu santai bagai di pantai. Saya happy tingkat tinggi dengar statement tu walaupun kurang yakin dengan kata orang ni...Saya mulakan langkah dengan Bismillah, bermulalah hidup saya sebagai doktor muda di IKM 27 Disember 2011 yang lalu.

Minggu pertama, trauma ringan
Minggu kedua, trauma ringan-sedang
Minggu ketiga dan empat, trauma berat

Hidup semuanya bagai tak kena. Pergi ke Puskesmas di pagi hari, pulang ke rumah@kosan bila dah malam. Matahari dah takde, malam dah gelap gelita. Memang ala-ala zaman Sejarah dibuatnya. Manakan tak jadi sejarah bila:

  • Isnin hingga Sabtu masuk kerja di Puskesmas dari pagi hingga petang. Ahad tak pernah tak ada group discussion dari pagi hingga petang. Dipendekkan cerita, saya kerja dari Isnin hinggalah ke hari Ahad sepanjang 4 minggu lalu
+ New year & the old us..+
  • Malam tahun baru, hidup dengan report yang agak mereportkan..Main kejar-kejar dengan masa dan bukan saya yang menang. Jauh kena tinggal dek masa kot.
  • Setiap hari ada bimbingan@preseptoran dengan doktor IKM, hati dah kecut, jantung bergedup tak menentu. Dr. saya tu boleh tahan boleh garangnya. Hingga nak ujian akhir pun, kecut perut nak jumpa dia..Bukannya takut dengan penguji. Pelik tapi benar nih.
  • Saya tak pernah berani nak plan something good for my ownself. Hanya ikut peredaran masa dan ketika. Kalau ada masa terluang sikit, adalah masa untuk diri sendiri walaupun almost tak ada masa sebenarnya.
  • Setiap hari hanya tidur paling banyak 4 jam dan selalunya 2 jam sehari. Waktu tidur memang tak menentu. Even habis exam pun, still terjaga tengah malam coz rasa sangat banyak benda tak settle..Sob-sob
  • Banyak tarikh penting yang saya lupa sepanjang bulan ni. Birthday my sisters pun boleh lupa. Serious, ingatkan dah wish birthday depa tapi bila sampai petang baru sedar tak ucap lagi. To Wawa & Andak, happy belated birthday. May ALLAH Bless u all & have a great years ahead.Insya-ALLAH.
  • Banyak hal penting tak settle hinggalah habis IKM. Antaranya report polis hilang kard ATM & buat kard ATM baru. Padahal tak sampai sejam kot boleh settle benda tu..Huhu
+Kerja..kerja dan kerja.+
  • Banyak habis duit dan setiap hari ala hari wisata kuliner. Bab ni memang dugaan betul. Kebetulan duit saya tak boleh keluar coz kad ATM hilang, maka adalah bantuan kewangan dari abah. Terima kasih banyak-banyak abah. 
  • Hidup serba tak kena bila dr.E tak setuju dengan materi penyuluhan@presentasi kelompok kami. Padahal esoknya dah nak penyuluhan dan bahan dah siap. Mahu tak mahu, dalam masa 12 jam yang tersisa kami pulun buat kerja. Alhamdulillah, penyuluhan settle dan dapat hasil yang baik.
  • Pertama kali dalam hidup berlakon dan menjadi pelakon. Penat menahan ketawa dan berlakon jadi ibu mengandung. Nasiblah badan...
  • Malam sebelum exam, kami sekelompok sibuk menaip final report eventhough group lain dah settle dah boleh tidur lena. Pukul 7 pagi, baru settle print semua bahan dan berkejar-kejar g jilid. Alhamdulillah, settle jilid dan boleh baca sikit-sikit before exam
  • First time exam dengan otak kosong dan tak tahu apa-apa. Ini memang kes parah. Memandangkan group saya pernah dipertikaikan kemampuan kami dan dr.E sendiri kata tak tahu kami boleh lulus atau tidak before exam, tak keruan dibuatnya. Time exam, jawab jelah apa yang tahu dan menembak. Banyak yang tak kena dan habis exam still ada rasa takut dan cuak.
  • First time tunggu judicium dengan debaran menggila di hati. Takut tak lulus dan saya dah prepare dengan sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi. Seram sejuk tangan dibuatnya hari Jumaat lepas. Dan keputusannya adalah................
Banyak sejarah bulan Januari ni. Antara bulan dan pengalaman yang tak mungkin saya lupa sampai bila-bila. Keputusan IKM juga jadi sejarah bila kami semuanya lulus. Dan dalam sejarah hidup saya, dengan berakhirnya IKM tinggal satu lagi department yang harus saya tempoh sebelum jadi doktor. Moga ALLAH permudahkan segala urusan saya. Insya-ALLAH.


+Finally: hari terakhir di Kopo+

Dan sedetik dengan sejarah hidup yang agak tunggang langgang dan tak menentu, ada satu keyakinan yang hadir. Keyakinan pada janji ALLAH pada hamba-NYA yang tersurat dalam firman-NYA:

" Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan."

Saya yakin itu. Dan bersangka baiklah pada ALLAH dalam setiap sesuatu urusan kita. Jika bukan hari ini DIA hadiahkan kemudahan, Insya-ALLAH dipermudahkan jalan menuju syurganya. Insya-ALLAH.

P/S:
1. Saya akan bertugas di Family Medicine 5 minggu mendatang di J-Town, town where the dream begin
2. Gambar-gambar dan kisah wisate kuliner de IKM saya kongsikan di lain n3 ok
3. Saya baru nak buat plan hidup 2012 ni..Tak apalah terlambat sebulan kan dari tak buat langsung.

Moga perkongsian cerita ini bermanfaat buat semua.
Wallahu'alam
Wassalam

2 comments:

MaY_LiN said...

mencabar sungguh..
smg berjaya jadi doktor pakar bidan ya..
ye ke..?
hihihihi

adaibrahim said...

yezza...dah tukar dah ganti pakar sakit puan tu..huhu

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.