.:Hand to give:.

30.1.10

CoNfIuS!

Salam alaik.Hobi sepanjang zaman:menyawangkan blog seperti selalu.Alhamdulillah, punya kesempatan menulis dan terus menulis.Dan sejak saya bergelar penulis, menulis dah jadi salah satu rutin saya.Walaupun kadang-kadang tak punya masa, saya cuba sedaya upaya menulis.Menulis demi sebuah kepuasan dan menulis kerana saya suka menulis.apa-apa lah!

Hari ini saya menulis lagi.Menulis untuk memberi tahu bak kata saifulislam.com.Tapi saya menulis hari ini kerana saya keliru dan tak tahu.Keliru dan tak pasti dengan apa yang ingin saya tulis.
Dah saya keliru hari ni, ramai yang menyarankan supaya menulis secara serius.Tapi memikirkan saya tak punya banyak waktu seperti orang lain, saya lupakan niat tersebut.

Tapi bila ramai yang memberi sokongan, saya keliru dengan pendirian saya sebelumnya.

Kata mereka:
Kalau tulis dan publish, confirm ramai yang beli.

Kata saya:
Yelah tu.

Kata mereka:
Try la dulu..kalau dah diterima, gempak tu.

Kata saya:
Tak ada masa free.Entah gempak entah gempa.

Kata mereka:
Tulis jelah..sempoi bahasa dr.rock, insyaallah ramai yang berminat.

Kata saya:
Biarlah dulu.Nantilah saya fikirkan.

18.1.10

+aL-kIsAh+

Salam alaik.

Al-kisahnya, saya nak update blog ni dah lama dah.Niat masa dekat Indonesia lagi tapi faham-faham jelah.Nak berkejar-kejaran dengan exam dan minor thesis yang amat menguji jiwa dan diri, terlupa nak update blog.Walla, sedar tak sedar dekat hampir 2 minggu dah saya tinggalkan blog ni.Banyak nak dicerita dan dikongsikan tapi saya kumpulkan hingga ke ari ni.Arini nak share bab2 exam la dulu.Layan.

1.ExAmOuS
8 hari exam.Penat memang penat.Walaupun ada 3 subject ke kena baca tapi pening juga.

1.1 Community Research Program (CRP).
Memang exam paling pening pernah ada.Mana tak pening, ada satu slide je yang diajar sebelum exam menjelang.Tak tahu soklan macammana nak keluar.So, baca soalan mid-term n saya pulun baca semua slide yang ada.Bila soalan keluar, ada juga soalan baru.Bila masuk tang mengira-ngira ni, saya sabarkan diri.

"Orang masuk FK(Fakultas Kedokteran) sebab tak suka mate, sekali kena mengira bab-bab statistik lak".

Atoi, memang sesak kepala.Mana kan tidak, slide nih menurut dr yang ajar tu, tak akan ditanya di exam.Cuma membantu untuk kira population for minor thesis.Alhamdulillah, pagi exam tu sempat jeling sekejap sambil memandai2 masukkan rumus.Soalan dia memang straight to answer je tapi pening juga sebab dia berkias sket.

Dia bagi confidence interval=95%...dalam hati dok marah gak la sebab saya belajar benda ni tahun lepas.Dah berkarat dah kepala.Try gak explore calculator di depan mata.Tapi tak jumpa lak katne.Teknologi kureng membantu hari tu.Saya tibai je masukkan value dia 1.96.Then bila balik terus semak slide tu.Alhamdulillah, tembak punya tembak menyena gak.

Bila COMPRE paper ni, saya dapat agak dia akan masukkan soalan yang lebih kurang sama.Tapi sekarang ni dia trick sket la,dia suruh lak cari p(1-p) dia di mana ni margin of error dia.Gigit jarijelah.Tibai juga..alhamdulillah,mengena.

Moral of story:Belajar jangan sekerat-sekerat!Nak exam nanti sekarat!


2.1.10

+EdIt+

Salam alaik.
Menulis dan terus menulis.Mimpi apa ntah Cik Ada rajin bebeno berblog skarang ni.Azam tahun baru kot.Nak jadi yang terbaik dan cuba menyampaikan yang terbaik untuk semua.Insyaallah.
Hari ni nak berkongsi cerita pasal EDIT.Kalau dalam bahasa Melayu nya,kita panggil ape ye?EDIT gak kot.Makin kaya tatabahasa dengan perkataan asing.Hehe(tetiba jadi pembela bahasa lak ye..azam tahun baru gak kot)=).

Alhamdulilllah, tepat jam 11 malam Waktu Indonesia Barat (WIB) tadi, saya dah berjaya menyelesaikan skripsi atau nama glamernya minor thesis EDITED VERSION.Yang ni adalah minor thesis yang dah dihantar semalam dan diperbetulkan oleh Dr.Vitriana,pembimbing sana.

Banyak juga yang harus diperbaiki dan diperbetulkan.Al-maklum la saya ni kurang mahir menulis dalam B.Indonesia.Kalau mengayat cerpen dengan novel tu, boleh la kan.Kentam keromo aja jang!Hehe.Bila dibetulkan dr, term bahasa Inggeris yang dirasakan kurang tepat dalam B.Indonesia harus dimasukkan semula.Alhamdulillah, skripsi conteng2 saya sebelum ni saya save.Kalau tidak mengagau juga mencarinya.

1.1.10

~rAiNy dAy~

Salam alaik!
Blog baru,semangat baru.Boleh dikatakan makin rajin nak berkongsi cerita!
So,cerita hari ni berkisar soal hujan atau dalam b.Inggerisnya rain!Bukan Rain mamat Korea ye.
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru.1.1.2010!Kalau dekat Indonesia especially Pulau Jawa sekarang ni memang musim hujan.Kalau tak silap, iklim kat sini bukan khatulistiwa macam dekat Malaysia tapi iklim monsun tropika.Dan bila musim hujan melanda ni, memang banyak dugaan dia.Antaranya tak lain tak bukan, mata asyik nak tertutup je.Tidur memang sodap tapi nikmat tido nih akan hilang bila mengingatkan exam yang makin dekat.


Al-kisah bab hujan ni memang banyak.Pernah sekali,rasanya 2 tahun lepas dimana saya dalam flight nak balik ke sini, kabus tebal betul.Sampai-sampai penumpang flight tu diwajibkan pakai sealbelt(sabuk pengaman dalam B.indonesia) sepanjang perjalanan ke sini.Kalau dekat jalan,boleh juga berhenti sekejap tunggu hujan reda.Tapi kalau dekat awan biru nak berhenti kat mana?Memang cuak juga masa tu.Nak pula, ada 2,3 kali flight agak terumbang-ambing.Alhamdulillah, after 2 jam lebih sampai juga di Bandung.Lega.


Nangor dilanda hujan sekarang.Sama seperti petang tadi.Kisah petang tadi agak mengayat hati sikit la (walaupun tak la sadis mana).Hehe.Saja membombastikkan kata-kata.Memandangkan barang-barang dah banyak habis, saya ke Griya(mini market).Otw pergi, dah dapat rasa angin sepoi2 bahasa.Tenang dan damai perasaan.

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.