.:Hand to give:.

2.1.10

+EdIt+

Salam alaik.
Menulis dan terus menulis.Mimpi apa ntah Cik Ada rajin bebeno berblog skarang ni.Azam tahun baru kot.Nak jadi yang terbaik dan cuba menyampaikan yang terbaik untuk semua.Insyaallah.
Hari ni nak berkongsi cerita pasal EDIT.Kalau dalam bahasa Melayu nya,kita panggil ape ye?EDIT gak kot.Makin kaya tatabahasa dengan perkataan asing.Hehe(tetiba jadi pembela bahasa lak ye..azam tahun baru gak kot)=).

Alhamdulilllah, tepat jam 11 malam Waktu Indonesia Barat (WIB) tadi, saya dah berjaya menyelesaikan skripsi atau nama glamernya minor thesis EDITED VERSION.Yang ni adalah minor thesis yang dah dihantar semalam dan diperbetulkan oleh Dr.Vitriana,pembimbing sana.

Banyak juga yang harus diperbaiki dan diperbetulkan.Al-maklum la saya ni kurang mahir menulis dalam B.Indonesia.Kalau mengayat cerpen dengan novel tu, boleh la kan.Kentam keromo aja jang!Hehe.Bila dibetulkan dr, term bahasa Inggeris yang dirasakan kurang tepat dalam B.Indonesia harus dimasukkan semula.Alhamdulillah, skripsi conteng2 saya sebelum ni saya save.Kalau tidak mengagau juga mencarinya.


Edit punya edit.Akhirnya selesai juga.Syukur Alhamdulillah,siap juga mengedit bab 1 ni.Apa yang membuatkan saya terharu sangat-sangat adalah bantuan dari Dr.Vit.Saya baru maklumkan pada beliau pagi tadi dan malam sebaik azan Magrib berkumandang, minor thesis yang dah diedit dha dikembalikan kepada saya melalui email.Memang cepat tindakan beliau dan saya amat berterima kasih padanya.Terima kasih banyak Dr.

Dan ada juga kisah lain di sebalik EDIT-MENGEDIT ni.Boleh dikatakan, saya ni suka juga merosakkan gambar2 yang cantik jadi buruk.Dengan bantuan photoshop,macam-macam rupa gambar boleh jadi.(Ceh..macam iklan lak ye..Tak dibayar ni).Cuma satu kekurangan je, belum ada kamera sendiri.Nanti la save sikit bajet, saya sambar la 2,3 bulan lagi.Insyaallah.Kena memperbanyakkan gambar sempena tahun akhir belajar kat Jati-Nanger ni.Nanti kalau dah pindah bandung terkenang-kenang lak.

Demikian alkisah EDIT.Dan sempena tahun baru ni, saya nak edit diri saya jadi lebih baik.Sebab edit ni sering dikaitkan dengan improvement dan yang lebih baik, boleh la disebut juga sebagai satu islah dalam diri kita sebagai muslim.Dan islah ni memang dituntut dalam Islah.Kenapa kena islah,kena edit diri dan betulkan niat?Sebab kitalah yang menentukan baik dan buruk dalam hidup kita.Jadi, jom edit diri, bersama hiasi peribadi.

"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat
dan setiap orang akn mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya.
Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya.Barangsiapa yang hijrahnya kerana menuju dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin dia nikahi,maka hijrahnya itu menuju yang dia inginkan".
(Hadith Riwayat Bukhari)



0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.