Salam alaik!
Blog baru,semangat baru.Boleh dikatakan makin rajin nak berkongsi cerita!
So,cerita hari ni berkisar soal hujan atau dalam b.Inggerisnya rain!Bukan Rain mamat Korea ye.
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru.1.1.2010!Kalau dekat Indonesia especially Pulau Jawa sekarang ni memang musim hujan.Kalau tak silap, iklim kat sini bukan khatulistiwa macam dekat Malaysia tapi iklim monsun tropika.Dan bila musim hujan melanda ni, memang banyak dugaan dia.Antaranya tak lain tak bukan, mata asyik nak tertutup je.Tidur memang sodap tapi nikmat tido nih akan hilang bila mengingatkan exam yang makin dekat.Al-kisah bab hujan ni memang banyak.Pernah sekali,rasanya 2 tahun lepas dimana saya dalam flight nak balik ke sini, kabus tebal betul.Sampai-sampai penumpang flight tu diwajibkan pakai sealbelt(sabuk pengaman dalam B.indonesia) sepanjang perjalanan ke sini.Kalau dekat jalan,boleh juga berhenti sekejap tunggu hujan reda.Tapi kalau dekat awan biru nak berhenti kat mana?Memang cuak juga masa tu.Nak pula, ada 2,3 kali flight agak terumbang-ambing.Alhamdulillah, after 2 jam lebih sampai juga di Bandung.Lega.
Nangor dilanda hujan sekarang.Sama seperti petang tadi.Kisah petang tadi agak mengayat hati sikit la (walaupun tak la sadis mana).Hehe.Saja membombastikkan kata-kata.Memandangkan barang-barang dah banyak habis, saya ke Griya(mini market).Otw pergi, dah dapat rasa angin sepoi2 bahasa.Tenang dan damai perasaan.
Masa ni, langit dah agak gelap.Tapi pujuk hati kekonon hujan takkan turun.Yelah kan, pagi tadi hujan lebat membasahi bumi.Lena cek dibuatnya.Sampai dekat Griya, pilih-pilih barang, bayar dan balik.Masa nak balik, terfikir nak naik angkot.Tapi kena cari makan dan topup tu.Makan penting sebab seharian dari pagi tak jamah makan lagi.Memang lapar betul.Topup lagi penting sebab nak call mak dekat Malaysia.Menyampaikan dan meluahkan rasa cuak nak exam ni.Dan rutin saya,jadual ujian saya akan bagitahu dekat mak.Terima kasih emak untuk segalanya.
Fikir punya fikir, last-last tak jadi naik angkot.Lebih baik jalan kaki sambil-sambil buat senaman.Menyihatkan badan kekononnya.Masa nak balik ni, langit memang dah gelap betul.Tapi tetap yakin nak balik jalan kaki.Barang sikit punya banyak, last2 decide dengan Alin nak naik ojeg.Saya berpatah balik ke rumah makan Padang, sementara Alin tunggu dekat Indomaret.Jalan lenggang kangkung pada mulanya.Tapi sekejap ja bila hujan turun dengan lebatnya.Memang basah lenjun dibuatnya.
Tapi alang2 basah memang nekad nak redah hujan.Tapi barang yang agak berat dan macam-macam makhluk jadi halangan.Alik2, kami tahan angkot dan minta hantarkan sampai depan rumah.Memang berdaulat sungguh.Baju baru pakai dengan segala hormatnya masuk baldi,esok kena basuh.Tak puas hati juga.Apa nak buat,tak beringat terimalah padahnya.
Dan saya mengakui pepatah Melayu:Sediakan payung sebelum hujan.Kalau dah nak hujan,jangan keluar rumah(ni saya tambah)Hehe.Susah kalau suka merosak bahasa ni.Hehe.Itu satu side dari kisah hujan.Turun hujan, ramai yang mengeluh dan ada juga yang menyalahkan hujan.Tapi hujan bukan membawa hal yang buruk semata-mata dalam hidup.
Turunnya hujan kebumi amat dinanti pohon2 yang kekeringan di hutan.Satu rahmat pada makhluk-Nya yang tak pernah berhenti berzikir dan mengingati Tuhannya.Dan hujan turun kebumi itu memang satu rahmat.Itulah yang diketengahkan dalam Firman-Nya sebagai peringatan kepada kita, seorang hamba dalam Al-Quranul Karim:
Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya
Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah (dari langit)
Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya
lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian"
"Dan anggur dan sayur-sayuran"
dan zaitun dan buah kurma"
dan kebun-kebun yang rendang
dan buah-buahan serta rumpu-rumputan
(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu
('Abasa:24-32)
Maha benar kata-kata Allah yang Maha Agung.
Dan kerana hujan juga, akhirnya saya tersedar kan satu hal.Berfikirlah dari sudut pandang terbaik dalam hidup agar hidup kita lebih bermakna.Jadi akhir kalam, bersama berfikiran positif, Insyaallah hidup lebih proaktif.Amin
Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah (dari langit)
Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya
lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian"
"Dan anggur dan sayur-sayuran"
dan zaitun dan buah kurma"
dan kebun-kebun yang rendang
dan buah-buahan serta rumpu-rumputan
(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu
('Abasa:24-32)
Maha benar kata-kata Allah yang Maha Agung.
Dan kerana hujan juga, akhirnya saya tersedar kan satu hal.Berfikirlah dari sudut pandang terbaik dalam hidup agar hidup kita lebih bermakna.Jadi akhir kalam, bersama berfikiran positif, Insyaallah hidup lebih proaktif.Amin
0 comments:
Post a Comment