.:Hand to give:.

30.1.10

CoNfIuS!

Salam alaik.Hobi sepanjang zaman:menyawangkan blog seperti selalu.Alhamdulillah, punya kesempatan menulis dan terus menulis.Dan sejak saya bergelar penulis, menulis dah jadi salah satu rutin saya.Walaupun kadang-kadang tak punya masa, saya cuba sedaya upaya menulis.Menulis demi sebuah kepuasan dan menulis kerana saya suka menulis.apa-apa lah!

Hari ini saya menulis lagi.Menulis untuk memberi tahu bak kata saifulislam.com.Tapi saya menulis hari ini kerana saya keliru dan tak tahu.Keliru dan tak pasti dengan apa yang ingin saya tulis.
Dah saya keliru hari ni, ramai yang menyarankan supaya menulis secara serius.Tapi memikirkan saya tak punya banyak waktu seperti orang lain, saya lupakan niat tersebut.

Tapi bila ramai yang memberi sokongan, saya keliru dengan pendirian saya sebelumnya.

Kata mereka:
Kalau tulis dan publish, confirm ramai yang beli.

Kata saya:
Yelah tu.

Kata mereka:
Try la dulu..kalau dah diterima, gempak tu.

Kata saya:
Tak ada masa free.Entah gempak entah gempa.

Kata mereka:
Tulis jelah..sempoi bahasa dr.rock, insyaallah ramai yang berminat.

Kata saya:
Biarlah dulu.Nantilah saya fikirkan.

Dan sekarang, mungkin saya sudah lama berfikir.Bab risau penerimaan orang, itu memang terlintas di kepala.Kalau orang nak beli, ok la.Kalau berlambak di pasaran tapi malangnya tak ada orang suka, tak ke malu dengan sendirinya.Tapi lama-lama bila ramai yang menyatakan sokongan, insyaallah saya akn cuba.Menulis untuk memberi tahu dan menghilangkan keliru.

Insyaallah, saya cuba edit novel pertama yang sudah sampai ke penghujungnya di blog saya lagi satu.Nak hantar ke tidak, dah siap nanti, baru saya khabarkan.Kalau ada rezeki, insyaallah adalah karya saya di pasaran.Kalau tak ada, biarlah selamanya kekal sebagai simpanan.

Sekian, luahan hati setelah sekian lama menulis!Wassalam!

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.