.:Hand to give:.

18.1.10

+aL-kIsAh+

Salam alaik.

Al-kisahnya, saya nak update blog ni dah lama dah.Niat masa dekat Indonesia lagi tapi faham-faham jelah.Nak berkejar-kejaran dengan exam dan minor thesis yang amat menguji jiwa dan diri, terlupa nak update blog.Walla, sedar tak sedar dekat hampir 2 minggu dah saya tinggalkan blog ni.Banyak nak dicerita dan dikongsikan tapi saya kumpulkan hingga ke ari ni.Arini nak share bab2 exam la dulu.Layan.

1.ExAmOuS
8 hari exam.Penat memang penat.Walaupun ada 3 subject ke kena baca tapi pening juga.

1.1 Community Research Program (CRP).
Memang exam paling pening pernah ada.Mana tak pening, ada satu slide je yang diajar sebelum exam menjelang.Tak tahu soklan macammana nak keluar.So, baca soalan mid-term n saya pulun baca semua slide yang ada.Bila soalan keluar, ada juga soalan baru.Bila masuk tang mengira-ngira ni, saya sabarkan diri.

"Orang masuk FK(Fakultas Kedokteran) sebab tak suka mate, sekali kena mengira bab-bab statistik lak".

Atoi, memang sesak kepala.Mana kan tidak, slide nih menurut dr yang ajar tu, tak akan ditanya di exam.Cuma membantu untuk kira population for minor thesis.Alhamdulillah, pagi exam tu sempat jeling sekejap sambil memandai2 masukkan rumus.Soalan dia memang straight to answer je tapi pening juga sebab dia berkias sket.

Dia bagi confidence interval=95%...dalam hati dok marah gak la sebab saya belajar benda ni tahun lepas.Dah berkarat dah kepala.Try gak explore calculator di depan mata.Tapi tak jumpa lak katne.Teknologi kureng membantu hari tu.Saya tibai je masukkan value dia 1.96.Then bila balik terus semak slide tu.Alhamdulillah, tembak punya tembak menyena gak.

Bila COMPRE paper ni, saya dapat agak dia akan masukkan soalan yang lebih kurang sama.Tapi sekarang ni dia trick sket la,dia suruh lak cari p(1-p) dia di mana ni margin of error dia.Gigit jarijelah.Tibai juga..alhamdulillah,mengena.

Moral of story:Belajar jangan sekerat-sekerat!Nak exam nanti sekarat!


CRP ni memang banyak dugaan dia.Memandangkan nak buat minor thesis, semua student diajar macammana nak gunakan SPSS.Senang juga la, masukkan data n pilih nak analyze.Kekononnya nak uji tahap pengetahuan kami2, ada ujian lab.Yang ni memang besar dugaan dia.

Soalan yang keluar totally different with what we learn.Kebetulan saya turn yang terakhir, jadi berkesempatan nak explore lagi.Ada 6 jam saya dikuarantin di 3 tempat berbebeza.Belum penat dikuarantin, penat lak menaip.Malang sket bila kena masukkan data yang boleh tahan lambatnya, maka tak sempat la nak cari semua jawapan.Memandangkan saya orang Melayu yang masih berpegang pada adat resam, saya tikam je jawapan dia.Mudah-mudahan mengena la ye.

Erm,moral of story dia:Kalau nak mengajar, mengajar betol2

1.2.Bioethics & Humanities Program(BHP)
Exam ni seperti selalu.Sentiasa menguji iman dan kesabaran.Manakan tidak, slide dia boleh sikitnya, sama dengan soalan dia.Tapi makin teruji bila soalan yang keluar tu soalan mid-term dulu.Sampai ramai juga yang ingatkan soalan exam aritu tersilap soklan.Tu soalan COMPRE yang terbawa ke depan.Tapi apa nak buat, soalan dah depan mata..Nak tak kena jawab jelah.
Satu conclusion yang disepakati aritu:BHP takde soalan, tu dia dok ulang soklan yang sama.Erm, no comment.

1.3.Gastointestinal System
Exam ni paling superb.Manakan tidak, kredit hour dia besar juga.6 jam dan soalannya ada 200.Ada 3 jam 20 minit nak menjawab soalan.Penat memang penat.Nak pula saya bertekad siapkan minor thesis b4 balik msia, memang memperjudikan nasib gak la.Tak ada masa nak baca buku yang gemok-gemok, saya wajibkan diri saya baca 7 tutor guide yang ada.Alhamdulillah, 24h/1 day saya habiskan semua.Syukur.

Memandangkan masa dah suntuk, selalunya tak sempat nak menilai jawapan2 yang ada.So, hafal je soalan past year dengan harapan banyak la soalan dia repeat.Soalan repeat masa exam sebenar ada la.Tapi tak banyak...yang soalan baru2 dan pelik2 tu, kita tikam je.Huhu.Tak kisah apa la, yang penting saya nak habiskan exam secepat mungkin.Kemudian nak terkejar ke hospital, nak pinjam dan fotokopi buku Diabetes.Malang juga nasib bila library dah tutup.Saya dapat agak hal ni sebab exam start sejam lambat dari masa yang sepatutnya.Apa nak buat, berserah pada takdir jelah.

Balik rumah, packing back n balik Msia.So, sekarang kat Msia.Nak tak nak, saya kena siapkan Chapter 2 minor thesis sebelum rabu ni.Lepas tu, enjoy sket!Mudah-mudahan berhasil la.Amin.

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.