Assalamualaikum wbt!
Hari ini adalah hari pertama kami (Kelompok 5) di Puskesmas Situ.
Hari saya nak bercerita dengan foto Sumedang edisi I.
Jom intai2 gambar di bawah jom...(",)
+ Glass for 6+
Gelas di atas adalah harta perkongsian bersama. Actually, sehari sebelum ke Sumedang saya pergi shopping barang-barang keperluan. Niat utama nak beli tumbler sebab tumbler yang lama ghaib entah kemana. Dalam dok jejak kasih tumbler baru dekat Hypermart BIP, terjumpa dengan tumbler yang ada gelas kat atas. Ada 6 gelas, cukuplah untuk kami berenam.. Tengok, berkenan dan terus sambar. Saya punya tumbler yang kaler purple....(",)hehe!
+ Susun jangan tak susun+
Ni gambar pagi semalam, sebelum berangkat ke Sumedang. Masya-ALLAH, barang kami amatlah sangat banyak. Penuh Pregio biru ni dengan barang kami. Macam nak pindah tak balik Bandung dah. Maklumlah lepas ni, balik Bandung weekend je. Berkelana membawa diri SeJawa Baratlah lepas ni...Sob2!
Oh ya, inilah groupmate saya. Yang baju hitam Adib, baju petak-petak Fidot & baju putih Wang. Yang baju kuning tu bapak Supir. Tak ada kaitan dengan magang, just hantar ke Sumedang je. Dia orang busy susun beg, kami tolong tengok je...Kami kan insan yang lemah..Hahaha...(",)
+ Model jual beg ke?+
Setelah disusun-susun, inilah rupa pregio. Sendat, padat dan tak muat. My begs semuanya kaler coklat, Senang nak trace pasni..Hehe..Yang dok sibuk buat peace tu Shikin, punya penuh beg sampai nampak kepala dia je!
Perjalanan ke Sumedang semalam dalam 1jam 30 menit. Bertolak pukul 11.00 dari Bandung dan settle dapat kosan pukul 1.00 tengahari. Harga kosan pun boleh tahan okey. Satu bilik Rp500k dan kongsi bertiga. Alhamdulillah, ada yang pandai mengayat. Jadi, ibu kosan kasi discount 50k, jadinya sebilik jadi Rp450k (150k/orang).
+ Greeny scenary+
Ini permandangan dari tingkap bilik kosan. Gambar kosan nantilah saya update, lupa nak ambil gambar tadi...Hehe, macam-macam alasan kan? Erm, kosan kami untuk lelaki dan perempuan. Tapi kebanyakannya penghuni lelaki. Disebabkan kami nak duduk sekejap je, ibu kosan pun kata okey...Lagi pun, dekat dengan si bujang lapok bertiga tu..Senang kerja!
Kenapa panggil bujang lapok?
Sebab duduk sebilik bertiga, rasa macam cerita P. Ramlee pulak.Hehehe.
Sumedang tak sesejuk Bandung & Jatinangor. Malam tidur, terpaksa buka tingkap bagi angin masuk. Mahu tak mahu, weekend ni terpaksalah balik ambil kipas. Tak laratlah nak buka tingkap sebulan ni..Huhu..Memang pelik mulanya. Tapi after edisi siasat, kawasan ni kawasan tanah rendah. Suhu maksimal 24oC..24oC pun panas lagi..Hoho!
Itu kisah di Puskesmas Situ..
Sekarang lanjut ke kisah kami di sini pulak ye!
+ Kusyuknya+
Hari pertama di Puskemas hari ni dah dapat tugas. Kami di IKM@ Public Health sekarang. Start batch 2006, IKM dah ada tugas. Satu managemen, satu lagi Family Medicine. Untuk sekarang, kami buat kerja managemen dulu. Alhamdulillah, Kapala Puskesmas ( KAPUS) sangat baik dan membantu. Karyawan pun baik dan peramah..(",)
Syukur pada ALLAH, hari ni dapat data dah hampir lengkap. Esok, dah boleh start buat laporan. Moga ALLAH permudahkan urusan kami. Insya-ALLAH. Ha, ada great news juga. Kata KAPUS, secepatnya siap terus presentasi. Hari terakhir presentasi Rabu minggu keempat. Lepas tu, dia lepaskan kami. Jadinya, 3 hari lepas tu adalah hari sesuka hati gembiralah..Lalala.
+ Lemau+
Hari pertama magang ni memang penat. Kami ( Ikram, Shikin, Saya) puasa hari ni. Mungkin sebab dah lama sangat cuti & tak puasa, hari ini agak amat sangat lembik..Di Puskemas lepas ambil data, saya memang duduk merenung masa depan je sambil menunggu pukul 1. Tak sabar nak balik kosan & tidur. Maklum dah lama sangat cuti & berfoya-foya dengan masa. Bila dah start kerja semula ni, badan pun sakit-sakitlah terkejut..Aish!
+ Menghitung waktu+
Ini gambar-gambar takde kerja. Lama sangat rasanya nak sampai pukul 1. Pukul 1 tepat, terus angkat beg dan balik kosan...Sampai petang, tidur berjemaah. Alhamdulillah, hari ni dapat puasa Nazar sehari. Tinggal 5 hari lagi puasa untuk pass exam hari tu..
Saya pun tengah menghitung waktu ni. Dekat Malaysia dah pun masuk pukul 12 malam, maka rasmilah saya berumur JUBLI PERAK tahun ni. Moga ALLAH hidayahkan saya jalan terbaik dalam hidup. Insya-ALLAH. Baru sehari tinggal bilik di Bandung & berpisah dengan kawan, dah pandai rindu-rinduan.
Bak kata orang putih:
Absence makes the heart grow fonder..
Apa-apa pun, moga ALLAH permudahkan urusan kami semua 6 bulan terakhir sebelum jadi doktor ni.
Insya-ALLAH...(",)
P/S:
1. Selamat berjubli Perak untuk diri sendiri.
2. Saya wish nak handphone canggih baru dari abang2 saya, tak tu le leh dapat ke tak..(",)
3. Berjubli perak di Sumedang is dunno..Kita tunggu esok..Huhu!
2 comments:
Happy Birthday Ada!!! ^_^ nanti kitorang pun IKM yg 2nd kat sumedang..=)
thanks yah...(",)
Post a Comment