Assalamualaikum wbt...
Salam Aidilfitri 1433Hijrah
+ Episod raya di Embassy dengan geng balik bandar+
Hari ni 5 Syawal 1433H. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua. Alhamdulillah, tahun ni saya agak tabah beraya di rantau orang. Buat pertama kalinya, saya beraya di Embassy Malaysia Jakarta. Suasana raya di sana bolehlah tahan happeningnya. Makanan best & geng2 raya sama semuanya best belaka.
Cuma dalam rasa bestnya raya tu, ada satu perasaan tak best yang menganggu hari raya saya. Secara jujur, tulus dan ikhlasnya, tahun ni saya menyambut 1 Syawal dengan rasa 3S yang secara panjangnya adalah:
Syahdu, Sayu & Sedih.
Kenapa?
Oh kenapa?
Kalau nak mencari sebab memang banyak sebabnya.
Jom kita intai satu persatu sebab musabab raya 3S saya ni.
Salah satunya mestilah sebab saya tak dapat balik Malaysia. Maklumlah tahun ni semua adik-beradik balik beraya di Rantau Panjang & kumpul ramai-ramai. Cuma saya je yang tercampak jauh nun di tanah seberang. Apa boleh buat, saya kena redha ajelah dengan takdir ni.
Sebab kedua ni ada kaitan dengan ayat takdir yang saya cakap dekat atas tu. Takdir tu berlaku dah seminggu yang lalu. Cuma baru sekarang, saya ada kekuatan nak berkongsi cerita dengan semua. Secara ringkasnya, kisah itulah yang membuatkan raya tahun ni ber3S dan ada rasa ralat di hati ini. Chewah, ayat!
Alkisahnya, mari saya kisahkan untuk pengajaran semua.
Sebagaimana yang dah sedia maklum, saya sekarang sedang magang@intern@practical OBGYN ( Sakit Puan & Kandungan~not sure kat Malaysia pakai nama ape?haha) di RSUD Soreang. Dan hari Khamis minggu lepas saya telah pun bertugas malam@oncall buat pertama kalinya. Oncall hari tu menyimpan rahsia dari semua rasa ralat ni!Huhu.
Hari Khamis tu sayalah satu-satunya doktor yang bertugas malam di Ruang Dahlia (Wad OBGYN). Tak ada seorang residen dan doktor muda@koas yang bertugas memandangkan dia orang dah habis rotation. Maka, saya pun memujuklah hati yang gundah ini supaya tenang tenteram sepanjang hari sebelum oncall malam tu.
Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya ALLAH permudahkan urusan saya. Cuak jugalah kalau ada kes-kes yang complicated jadi malam tu. Kalau jadi apa-apa, sayalah yang kena consult dengan doktor specialist O&G. Bab-bab consult ni lagilah, tak pernah & dah lupa pun macammana nak consult. Huhu. Maklumlah saya dah tinggal ilmu OBGYN tu 2 tahun lamanya. (Note: OBGYN is my 1st rotation during clinical year). Semua ilmu yang ada tu dah berkarat dalam kepala & skills semuanya dah lupa. Ohoho. (Note: sangat bahaya ye jadi dokter camni! Jangan amalkan selalu).
Alhamdulillah, malam tu di VK (Ruang Bersalin) hanya ada dua calon partus ( ibu nak bersalin). Awal masuk, memang tak ada tanda-tanda nak bersalin lagi. Dan mengikut perkiraan kami ( saya & bidan) paling awal ibu tu akan bersalin hari esoknya. Jadi malam tu, kami pun agak santailah dari biasanya. Dapat tidur, rehat cukup & solat terawih seperti biasa.
Pagi 17.8.2012 pun menjelang. 17 Augustus adalah hari kemerdekaan Indonesia. Maka, hari itu adalah hari cuti seIndonesia. Seawal pagi lepas solat Subuh, saya dah mula follow up patient. Kalau tak start awal, memang lambatlah saya settle kerja. Maklumlah hari tu semua bed penuh & i'm the only doctor on the site that day.
Anamnesis
Keluhan: BAK/BAB/ASI/Pendarahan?
Pemeriksaan fisik
KU,TNRS, Abdomen, TFU, BJA/Luka Operasi
Resep ubat:
R/Cefotaxime 1g ampul No I
R/ Metronidazol 500mg vial No III
R/Ketoprofen supp
-------
R/Cefadroxil 500mg NO II/X
R/ Asam mefenamat 500mg NO III/XV
Dari satu patient ke satu patient, maka sampailah saya ke alkisah ralat ni. Seorang ibu muda, umur dalam 20++ yang hamil anak kedua, hamil pertamanya keguguran. Dalam bahasa mediknya diagnosis patient adalah G2PoA1 gravida 34-35 minggu yang dirawat konservatif atas indikasi bayi kurang bergerak sejak 1 bulan yang lalu.
Kalau tak salah saya, ibu ni mula dirawat hari kedua saya bertugas di Ruang Nifas. Dari awal dia masuk, orang lain yang pegang sebab kami bertugas berdasarkan bed patient. Memang hari sebelumnya, ibu ni ada complain bayinya masih kurang bergerak. Cuma bila cek bunyi jantung anak (BJA= fetat heart rate), semuanya okey dan baby still hidup.
Pagi tu, saya cek jantung baby. Awalnya okay, cuma makin lama makin tak terdengar dan menghilang. Lama jugalah saya cek ibu ni sebab nak pastikan yang saya dengar tu betul. So far so good, baby still stabil. Cuma disebabkan tak berapa pasti dengan kondisi janin, saya nak pastikan dengan USG. Jadi, dapatlah tahu kondisi janin lebih jelas.
Saya pun rencanakan pemeriksaan USG untuk ibu memandangkan hari sebelumnya ibu tu tak sempat di USG. Sempat juga saya berpesan dekat ibu supaya bercakap dengan baby dia. Kata saya:
" Ibu, ngomong ya sama bayinya. Bilang sama bayi, apa yang ibu rasa, apa yang ibu harapkan. Jangan diam aja ya. Bayinya udah bisa dengar apa yang ibu ngomong. Insya-ALLAH, bayinya bergerak aktif lagi nanti. Dia pasti mahu lihat ibunya juga."
Ibu tu senyum dan angguk kepala je. Memang ibu ni jenis diam sikit. Tak banyak cakap macam saya. Hehe. Cuma senyuman ibu tu dah buat saya puas hatilah. Maknanya, dia dengar cakap saya.
Erm, habis follow up semua patient, saya pun settlekan kerja yang tak settle. Tulis surat keterangan lahir baby yang belum ada, surat kontrol untuk patient yang boleh balik. Kemudian, baliklah ke Bandung dengan tenangnya. Penat dan pancit okay kerja seorang diri ni! Huhu. Saya memang tak tunggu residen baru masuk sebab dah pukul 9.15 pagi di hari cuti & mereka masuk lepas Zuhur. Tak sangguplah saya menunggu sampai tengahari.
Esok harinya, Sabtu saya masih kerja macam biasa. Pagi waktu FU tinggal dua ruangan je yang belum settle memandangkan residen OBGYN baru super duper rajin. Saya pun ikut ajelah dia yang rajin tu.
Kata kawan saya:
Kemudahan dan hikmah selepas hidup super duper hectic hari Jumaat.
Habis kerja di Nifas, saya pun mulalah menjenguk jiran2 di Wad Bersalin. Terkejut sangat saya bila ibu muda tu ada di sana. Dia dah start memules ( org melayu panggil merengat nak bersalin rasanya) macam nak bersalin. Peliknya, tak macam ibu lain dia menangis. Gabra saya dibuatnya. Saya pun beranikan diri tanya dekat residen.
Dok, ibu itu mahu diterminasi kehamilan?
Iya dik. Soalnya bayinya sudah IUFD.
ALLAH, nak terduduk saya dengar. Saya belek semula status@medical record dia. IUFD@ Intrauterine Fetal Death pukul 6.45 pagi. Dalam bahasa mudahnya, janin dia dah pun tak bernyawa lagi. Jadi, kehamilan dia harus diterminasi dan janin harus dikeluarkan dengan segera. Sungguh, besar dugaan ALLAH pada dia.
Ibu tu dah pun diinduce persalinan dia dengan misoprostol. ( Misoprostol ni ubat untuk rangsang kontraksi rahim). Memang sakitnya samalah dengan sakit ibu nak bersalin lainnya. Sampai ke detik nak bersalin, tak henti dia menangis. Saya yang tengok ni memang sedih dan ralat dalam waktu yang sama. Sangat rasa bersalah dengan peristiwa sebelumnya.
Kalaulah saya balik lambat sikit dan tunggu doktor residen sampai, mungkin kondisi bayi dah dapat tahu lebih awal....
Kalaulah saya konsulkan kes tu dengan BJA tak menentu tu, mungkin bayinya dapat diselamatkan.
Kalaulah itu...
Kalaulah ini...
Kalaulah...
Kalau nak disebut kalau yang saya rasa, tak akan habis sampai ke hari ini. Rasa sedih, rasa bersalah dan ralat tu tetap ada. Tapi berbalik lagi kepada kenyataan.
Kita merancang ALLAH merancang.
Perancangan ALLAH lebih baik.
Perancangan ALLAH lebih baik.
ALLAH menguji hamba-NYA sesuai kemampuannya.
Saya tahu dan faham hakikat tu. Dalam rasa sedih tu, saya pujuk diri sendiri. Pengalaman tu akan jadi guru terbaik saya sepanjang zaman. Pengalaman tu akan mendidik saya jadi doktor yang lebih baik lagi dari hari ke hari. Dan pengalaman tu membuatkan saya mengambil hikmah yang tersembunyi.
Kerana peristiwa itulah, saya tegaskan kepada semua rakan setugas saya ( doktor magang) supaya pastikan lapor apa tak normal dari follow up pagi pada doktor yang bertugas. Jangan takut macam saya. Jangan takut nak berkorban sedikit masa macam saya. Insya-ALLAH, sedikit pengorbanan tu ALLAH akan balas dengan rahmat kasih sayang-NYA.
Kerana peristiwa ralat itu jugalah, semua patient yang harus di USG harus di USG hari yang sama. Pastikan ingat pasien & bawa langsung ke ruang USG. Ingat bidan/perawat tapi dalam masa yang sama rasa bertanggungjawab dengan patient kita.
Kerana peristiwa ralat ini jugalah, saya mengenal erti redha & pasrah yang sebenar-benarnya. Memang sayu, syahdu dan sedih bila bayi tu lahir. Tak ada tangisan seperti bayi lainnya, tak ada senyum kegembiraan si ibu. Cuma ibu muda yang tabah tadi menyedarkan saya yang kita hanyalah hamba.
Ibu, yang sabar ya. Nanti dede bayinya jadi wildan tunggu ibu di syurga.
Hanya sepatah kata itu yang mampu saya ucapkan. Si ibu akhirnya tersenyum dalam rasa sedihnya. Moga ALLAH hadirkan ketabahan untukmu ibu. Katanya dia dah pasrah dengan ketentuan tu.
Ya ALLAH, tabahkan hatinya dengan dugaan-MU ini.
Ya ALLAH, jadikan di kecil wildan di syurga yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.
Ya ALLAH, jadikan di kecil wildan di syurga yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.
Dan bagi saya sendiri, ralat atau tidak hidup tetap harus diteruskan.. Saya masih bertugas di OBGYN hingga ke hari ini. Moga ALLAH kuatkan kaki saya, tabahkan hati saya dan permudahkan urusan saya di perjuangan yang masih panjang ini. Insya-ALLAH.
P/S:
1. Alhamdulillah, i was conducting baby delivery today~It felt great.
2. Terlalu lama cuti & saya pancit!
3. Duit Mara tak masuk lagi~terpaksalah minta duit pama nampak gayanya!
Moga bermanfaat
Wallahu'alam
Wassalam
0 comments:
Post a Comment