Assalamualaikum wbt..
+6 years and there is changes..Hehe+
Alhamdulillah, mencuri sedikit kesempatan yang ada untuk menulis dan berkongsi cerita. Sekarang dah 26 Ramadan 1433H. Tak sedar kan masa cepat berlalu. Rasanya baru je kita bertatih berpuasa hari demi hari. Melewati 10 hari pertama beradaptasi, 10 hari kedua dengan membentuk sikap peribadi dan 10 hari terakhir dengan muhasabah diri.
Tahun ini, saya berpuasa di perantauan seperti biasa. Dah tahun ke-6 berpuasa di bumi orang. Jadi kata orang dulu-dulu:
Alah bisa tegal biasa
Cuma sebagai insan biasa, alahan juga dengan rasa rindu yang tak tertanggung pada keluarga. Maklumlah bukannya senang nak hilangkan rasa bestnya tekak dapat makanan kasih sayang di rumah. Bukannya senang nak dapatkan ubat cuci mata macam-macam makanan di bazar Ramadan di Malaysia.
FYI: Tak ada bazar Ramadan di Indonesia & tak best!Huhu
Disebabkan rasa alah & tak tertanggung rindu u, maka saya pun pulanglah ke Malaysia selama hanya 4 1/2 hari bertarikh 28.7-1.8.2012. Fuh, memang semput, sesak dan penat nafas balik sebentar sekejap tu.
Untuk pengetahuan semua, sebab utama saya balik bukanlah sesuka hati gembira. Cuti sekejap tu adalah untuk menguruskan dokumen dua negara. Amboi, bunyi macam diplomat kan? Hehe..Diplomat ke tidak, saya balik tu untuk settlekan pasport, visa sambil melepas rindu. Okeylah kan, walaupun sekejap boleh jumpa pengarang jantung; mak abah saya.
Inilah kisah perjalanan penuh dugaan saya tu!
27.8.2012
Hari deg-degan di bulan puasa. Manakan tidak, saya baru perasan surat pengantar dari fakulti saya salah. Tajuknya yang sepatutnya berbunyi Permohohan Baru Visa B menjadi Perpanjangan Visa B. Mujurlah paginya saya cek dan syukur ada kawan di Bandung yang boleh uruskan surat tu di Eijkman ( Eijkman adalah nama jalan ofis fakulti saya.)
Hari tu kebetulan saya kerja setengah hari di Puskesmas Ciparay. Habis solat Zuhur, terus terkejar-kejar balik ke Bandung dari Ciparay. Tak henti doa sepanjang perjalanan surat sempat siap dan tak ada masalah jammed nak balik. Syukur, tepat pukul 3 sampai di Bandung.
Sampai je, terus berlari ke tingkat 4 Eijkman. Bapak yang uruskan surat tu memang dah siap nak balik. Saya terus dengan semangatnya tahan dia, beritahu sayalah orang yang surat salah tu. Syukur, surat dah siap di Tingkat1. Tinggal turun, cop dan ambil. Syukur dan lega, selega, leganya surat selesai. Bolehlah balik hari esoknya dengan tenang.
Note: Untuk yang wat surat pengantar Visa, sila potong perkataan perpanjangan masa mohon surat tu di FK ya. Kalau tidak, salahlah surat anda. Nanti tak pasal-pasal, senasib dengan saya. (",)Huhu.
28.8.2012
Pagi Sabtu, saya masih masuk kerja macam biasa. Dari Bandung memang berlenggang kangkung je. Pagi, balik kosan ambil barang yang masih tertinggal dan kerja macam biasa. Habis kerja, terus balik Bandung semula.
Saya memang dah lama tak balik. Jadi, agak lost dengan bab balik-balik ni.
1. Saya nak book teksi ke airport kol 6, tapi teksi only available at 5. Ambil ajelah daripada tak ada transport sama sekali.
2. Book laguage 15 kg je. Tak sedar diri bawa barang sebesar dan sepenuh-penuh beg. Bila timbang dah exceed, terpaksalah keluarkan barang depan kaunter. Segannya.
Moral of story: Berpada-pada kalau shopping balik Msia..Huhu.
3. Masuk Magrib, pelik orang kat airport cam tak nak berbuka. Pandang kiri kanan, baru perasan yang most of them non muslim. Mujur bawa bekalan fitbar. Maka, berbuka dengan Fitbar & Sariroti lah saya. Syukur, rezeki masih ada.
4. Sesampainya di Malaysia pukul 11++ malam, tak pasti arah nak dituju. Bapa saudara saya yang ambil sebab kebetulan dia pun nak balik Pahang. Malangnya, sampai sana saya baru sedar yang saya tak bawa duit syiling Malaysia walaupun sekeping nak contact dia. Alhamdulillah, ada sisa kredit nombor Indonesia. Lepaslah satu sms dan saya selamat jumpa dia. Selamat juga sampai ke Pahang.
Bila dah sampai Pahang, inilah saat paling bahagia. Mak dan abah sambut anaknya yang di rantau orang ni. Gembira dan sangat bahagia tengok muka mak abah dan cium dua-dua puas-puas. Senyum makin lebar bila mak dah siapkan Nasi Ayam & Ayam Percik. Saya yang memang lapar ni, apa lagi. Ngap ajelah semua makanan yang ada. (",)
Then, sempat mengintai anak sedara baru, Muhammad Afham. Sebiji, sejibon cam rupa anak saudara yang 1st Marha. Mana tak tumpahnya rupa kakak kalau tak ke adiknya. Wah, happynya. Syukur.
29.7.2012
Hari bersantai sedunia.
Wah, rasa dunia ana yang punya.
Masanya qada' tidur yang tak cukup. Hehe. Padahal dekat Ciparay, pantang ada masa mesti tidur. Mana boleh tahan kalau cuaca sejuk macam duduk dalam peti ais.
( P/S: Saya rindu Ciparay yang sejuk~nanti saya cite k)
Oho, back to Malaysia story. Hari Ahad tu Bunda akhirnya dapat juga gomol anak-anak sepuasnya. Marha awalnya takut dengan saya. Nampak je terus lari. Maklumlah, saya ni kan jarang ada dekat rumah. Bila dia tenung lama sikit, baru dia perasan saya ni Bunda dia. Maka, mulalah sesi menjejak kasih.
Part paling best, cium and gigit pipi Muhammad Afham. Wah, menggebu-gebu naluri keibuan. Chewah, ayat tak boleh tahan kan? Tapi serious, tengok baby ni memang rasa nak ada anak sendiri. Insya-ALLAH, when the time come I'll be the best Bunda ever. Amin.
And as usual, mulalah nak tunaikan part mengidam pergi Bazar Ramadan. Best part, kakak saya Wawa rajin melayan adiknya ni. Kami buat sejarah tak masuk dapur aritu, beli lauk dekat Bazar. Cuma masak nasi je. Tapi itulah, sedap mana pun makanan luar sedap lagi makanan dimasak sendiri. Huhu. Makan ajelah makanan yang ada. Syukur, masih ada rezeki kami. Alhamdulillah.
30.8.2012
Hari silaturrahim.
Saya pergi buat pasport, jumpa adik dekat Maahad Tahfiz dia yang baru & lapor diri dekat rumah Wan De.
Pasport buat 2 tahun je sebab November ni dah nak balik. It cost RM100. Nanti kalau tetiba ada rezeki duduk oversea lagi, buat pasport baru jelah. Cuma, kalau boleh tak mahulah sebab nak duduk Malaysia puas-puas. Hehe.
Adik saya, Najwa memang excited jumpa kakaknya ni. Iyalah, jumpa sumber inspirasi kan? Hehe. Memang perasan betul saya ni. Cuma bila jumpa adik ni, mestilah tanya dia:
Adik sihat ke tidak?
Ada masalah ke tidak?
kenapa jerawat masih banyak?
kenapa adik bulat sangat?
That question samalah dengan soalan kakak2 saya tanya dulu. Erm, nampak gayanya jadi soalan turun temurun pulak. But sharing is caring and I do care of my sister. (",)
Jumpa Wan De. Ini rutin wajib setiap kali balik Malaysia.
Soalan biasa Wan tanya: berapa lama cuti?
Jawapan: 4 1/2 hari je..
Sesak nafas katanya dengar saya cuti sekejap je. Erm, for real itulah cuti saya. Cuti yang di appove dengan sedikit ugutan~Lepas ni tak boleh sakit & kena masuk kerja tiap hari
(FYI: Dokter Magang macam saya ni hanya ada 3 hari boleh izin/cuti. So, saya dah guna semua balik Malaysia. No more excuses for absent from work~Susah kan nak jadi doktor ni..Huhu~ Nanti saya cerita bab susahnya tu k!)
Malamnya saya dah kena gerak ke KL coz esoknya, saya kena g Embassy Indonesia untuk urusan visa. Saya duduk rumah sepupu, Nana malam tu. Balik rumah habis settle pasport, terus kemas barang yang patut dan siap nak g KL pulak.
Paling terkejut bila mak dah siapkan macam-macam makanan untuk bekalan saya. Ada lauk ikan, daging singgang, daging goreng, sayur, kuih dan kawan-kawan. Rupa-rupanya ada miscommunication. Mak ingatkan saya nak terus balik Bandung after visa settle.
Oh mak, janganlah gitu.Saya tak puas lagi bermanja dengan mak okey! Kalau diikutkan hati ni, saya tak mahu balik Bandung. Nak berkepit dengan mak lagi.
Tapi apakan daya, perjuangan belum selesai. So, i went to KL that night.
31.7.2012
Visa~I'm Malaysian.
Seawal kol 8 saya dah sampai Embassy. Dah ramai orang yang tunggu nak wat Visa masa tu. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan dan visa dapat diselesaikan dalam satu hari.
( Untuk panduan visa untuk kawan-kawan dan adik-adik: I'll update later k~ Thanks to Kak Aimi for info before. It cost RM 170)
Sementara tunggu ambil visa petangnya, saya lepak dekat Ampang Park seorang diri. Jalan-jalan cuci mata. Baju leh tahan cantik cuma saya dah buat baju cantik untuk raya. Maka, jalan-jalan habiskan masa ajelah.
Petang nak g ambil visa & balik Pahang, pemandu teksi dok tanya saya camni:
" Nak balik kampung ke?."
Saya dok senyum je. Dalam hati gelak sakan.
" Taklah. Kampung saya dekat Pahang. Saya balik belajar je di Indonesia."
And after all, they will ask more about my study etc.
Layan jelah kan!
Dalam hati dok kata:
Agaknya aku punya Bahasa Melayu ni dah tak betul sampaikan orang dok ingat saya orang Indonesia. Alahai~kena betulkan lidahlah nampak gayanya before balik nanti.
Settle visa, kembali ke pangkal jalan beralamat di No 52, Kg Rantau Panjang.
Syukur lagi dan lagi sebab balik-balik abah dah belikan durian macammana pesanan saya masa otw balik Pahang. Maklumlah kalau di Indonesia, durian tu mahal ye. Memang telan airliur jelah nak makan. Kami ni kan doktor miskin. Huhu.
Syukur lagi dan lagi ada waktu & kesempatan untuk berkasih sayang. Sepanjang malam tu layan Marha & gomol Muhammad. Seriously, this feeling is everything (",).
1.8.2012
Home calling.
Malaysia belum suruh pergi, Bandung dah suruh balik sini. Apa boleh buat, my holidays already end.
Shopping, packing & miss everything day.
Perasaan bila nak balik Bandung macam biasalah. Berat hati tau. Cuma pujuk diri sendiri sebab dah tak lama nak balik Malaysia for good. Jadi ikhlaskan hati walaupun tak ikhlas mana. Sabar & redha ajelah.
Macam biasa, stok makanan wajib mesti bawak balik. Cuma sempena Ramadan, ada bonus sikit. Mak bekalkan lauk dan kuih berbuka puasa. Memang best makanan kasih sayang mak ni. Makin sihat dan bulatlah saya. (",)Hah, tak lupa ada bekalan tempoyak untuk dua bulan dan durian untuk kawan-kawan. Semua tu dah selamat masuk perut. Hehe.
Mungkin nanti saya update pedoman hidup di perantauan untuk orang yang merantau.
(p/s: banyaknya janji saya kan? fuh~larat ke tidak nak tulis ni?hehe)
---------------------
Selesai kisah 4 1/2 hari berkasih sayang versi saya.
Kalau dikira-kira sebenarnya 5 hari cuma ditolak perjalanan balik dari Bandung- Pahang, dapat 4 2 hari jelah. Walaupun sekejap, harap-harap dose kasih sayang ni dapatlah bertahan untuk dua bulan ke depan. Insya-ALLAH, nanti sebelum habis visa saya balik lagi untuk dapatkan booster pula. Hehe.
Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Saya masih di sini meneruskan hidup sebagai dokter magang di Bandung ni. Syukur Alhamdulillah, Family Medicine di Puskesmas Ciparay dah habis. Sekarang dah pun kerja di RSUD Soreang untuk Obgin.
Kalau dikira-kira sebenarnya 5 hari cuma ditolak perjalanan balik dari Bandung- Pahang, dapat 4 2 hari jelah. Walaupun sekejap, harap-harap dose kasih sayang ni dapatlah bertahan untuk dua bulan ke depan. Insya-ALLAH, nanti sebelum habis visa saya balik lagi untuk dapatkan booster pula. Hehe.
Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Saya masih di sini meneruskan hidup sebagai dokter magang di Bandung ni. Syukur Alhamdulillah, Family Medicine di Puskesmas Ciparay dah habis. Sekarang dah pun kerja di RSUD Soreang untuk Obgin.
Dah dekat nak raya ni biasalah, masih kerja dan mood raya macam takde. Cuma, erm hari berkasih sayang dengan patient tetap jalan macam biasa kan. Jadi untuk membuktikan saya ni doktor yang sudi berkasih sayang tu, saya nak ikhlaskan hati masuk kerja sehari sebelum raya nanti.
Wa, serious menangis dalam hati!
Wallahu'alam
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment