.:Hand to give:.

23.3.12

.:S.P.M:.

Assalamualaikum wbt.

+ Rindu marha..Agaknya dia rindu tak kat Bunda dia ni?+

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Hari ni hari cuti di Indonesia sebab hari ni adalah Hari Nyepi, satu perayaan orang Hindu. Untuk pengetahuan semua, di Indonesia memang akan cuti untuk perayaan agama. Maka, bertambah lagilah hari untuk merehatkan diri dan bersuka ria untuk saya yang dah habis koas ni...(",)

Cuti pun cuti juga, kerja saya masih melambung-lambung. Salah satu kerja yang tak habis-habis sejak lama dulu ialah menulis novel. Sedar tak sedar dah 2 tahun saya cuba siapkan novel saya untuk jadi versi cetak tapi malangnya sampai sekarang tak siap-siap juga. Maklumlah, setiap hari adalah busy-busy day dan hari di hospital. Baru sekarang ada masa berehat dan untuk diri sendiri. Mudah-mudahan, cuti ni dapat saya manfaatkan sebaliknya dan novel saya akan siap sebelum saya jadi doktor tahun ni. Insya-ALLAH.

Oh ya, bila cerita pasal nak jadi doktor, mestilah ada step by stepnya. And sebelum jadi doktor, sekali lagi saya kena berdepan dengan exam. Exam, exam dan exam. Alhamdulillah, Rabu lepas saya dah habis exam OSCE yang sangat menguji kesabaran...Huhu..Sekarang, tinggal menunggu result sama ada lulus atau pun tidak. Kalau lulus, Alhamdulillah selamat sudah jadi doktor. Kalau belum lulus, sila ambil exam semula.=( Apa-apa pun, saya berharap dapat rezeki terbaik dan bermanfaat untuk saya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH

Hari Rabu lepas juga adalah hari dapat result SPM di Malaysia. Saya teringat zaman-zaman SPM saya dulu-dulu. Sedar tak sedar, dah lebih dari 7 tahun zaman tu berlalu. Dan sekarang, tinggal selangkah dan setapak lagi mencapai cita-cita saya nak jadi doktor. Dan detik perjalanan nak sampai ke tahap ni bukanlah semudah yang orang nampak. Banyak getir dan ujiannya.

Dari SPM hinggalah sekarang, ALLAH uji tanda sayangNYA.

Saya teringat, masih ingat dan terus akan ingat detik masa tu. Memang saya dari awal masuk kelas Sains form 4 dah cita-cita nak jadi doktor. 

Kenapa? 

Mungkin disebabkan kerja doktor adalah kerja yang paling dipandang di bidang Sains.

Mungkin juga gaji doktor mahal dan tinggi.

Mungkin juga sebab ada niat nak membantu orang sakit dan yang memerlukan.

Semua sebab tu bergabung jadi satu. Jadi cita-cita dan impian saya. Nak jadi doktor ni, bukannya mudah dan enteng macam mimpi. Kena usaha giat, kena ada azam dan tekad dan harus diawali dengan kejayaan demi kejayaan dalam hidup.

Dan entah kenapa, saya memang agak berminat nak melanjutkan pelajaran di luar negeri. Mungkin nampak keren, mungkin juga sebab kata orang jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman. Maka, bermulalah detik belajar di form4 dan form 5 nak capai impian tu. Study, SPM dan dapat result.

Hari dapat result SPM, memang amat sangat mengejutkan. Malam sebelum dapat result, saya dimaklumkan oleh seorang cikgu saya, saya dapat 9A 3B. Zaman saya dulu, saya ambil 12 subjek. Satu malam tak boleh tidur, dok fikir apalah subject yang tak dapat A. Pagi dapat result, debaran tu makin menjadi-jadi. Nak dijadikan cerita dan sejarah, BM saya dapat B.

Sedih, kecewa bukan kepalang. Syarat nak apply belajar luar negara, wajib BM A. Dan yang buat saya amat sangat sedih adalah seumur hidup saya di Sekolah Menengah, saya tak pernah sekali pun dapat B dalam BM. Rasa macam tak percaya dah tak dapat terima kenyataan masa tu. Tambahan pula, saya ni adalah antara debater BM, wakil sekolah sampai peringkat negeri yang orang kenal. Glamour lah konon. Glamour tak glamour, makin orang kenal lepas saya dapat result SPM tu.

Manakan orang tak kenal, cikgu ingatkan junior saya jangan buat main-main dengan exam. 

" Jangan main-main dengan subjek BM. Tengok Kak Ada kamu. Jadi debater, tapi SPM boleh dapat BM B."

Fuh, memang mantap statement tu. Disebabkan rasa tak percaya, saya recheck semula result BM saya. Dan disebabkan BM dapat B, peluang nak apply any courses di luar negara tu dah tertutup rapat. Apa pun, hidup mesti diteruskan. Saya bawa diri dan hati yang lara ni ke Kolej Matrikulasi Pahang. Beberapa bulan lepas masuk matrik, barulah keluar keputusan exam yang saya recheck tu. Alhamdulillah, BM saya dapat A.

Masa tu, kawan-kawan saya memang dah start  kursus luar negara. Dari sekolah saya, ada dua orang yang dapat offer tu. Satu dapat offer perubatan ke Jordan, satu lagi dapat offer ambil engineering. Sekarang ni, both of them dah habis kerja kalo tak salah saya...

Jadi pelajar matrikulasi ni amat sangat mencabar. Masuk kelas di awal pagi dan habis petang. Itu belum lagi petangnya ada aktiviti kokurikulum. Apa-apa pun, itulah proses belajar dan membina diri sendiri. Belajar, belajar dan belajar. Kuiz, kuiz dan kuiz. Musim exam pun sampai..

Result Semester I saya keluar akhirnya.. Dan berawal dari result semester satu itulah, saya memulakan langkah untuk ke dunia perubatan. Beberapa minggu setelah dapat keputusan tu, ada pengumuman nama- nama yang ditawarkan course perubatan di Indonesia/India di bawah tajaan MARA. Dan Alhamdullillah, nama saya tercantum di senarai tu. 

Bermula dari isi borang, interview dan exam SPMB, langkah ke dunia pelajar perubatan tu makin dekat. Dan tentunya, perjalanan itu banyak dugaan dan ujiannya. Namun, hidup mesti diteruskan. Hari ni, tinggal mengatur satu langkah lagi untuk melepas dunia ni. Doa saya, ALLAH berikan kejayaan yang terbaik dan bermanfaat untuk saya di dunia dan akhirat. Insya-ALLAH.

Sijil Pelajaran Malaysia dan lama berlalu. Insya-ALLAH, lepas ni kalau lulus jadi doktor, dapatlah SPM yang satu lagi. Sijil Pinang Menikah mungkin..Hehe..(",) Moga ALLAH permudahkan segalanya..Amin.

P/S:
1. Duit cliam & elaun Mara saya dah masuk..Nak beli hp baru ke tak?
2. Judicium on Monday...Doakan ye..
3. 24 cases come out during OSCE...Kalau kena remed, wajiblah belajar semuanya..
4. Holiday make me lazy...Ayoyo..
5. Nanti saya sambung tulis cita dugaan-dugaan nak jadi doktor ni k..

Moga bermanfaat.
Wallahu'alam
Wassalam


6 comments:

Rafahiah Haron said...

Ada..kena habiskan before balik msia jgk novel Ada..sini printing kan murah..hehe..design cover siap2..nanti nak beli! :D

Anonymous said...

SALAM.ada, semoga Allah permudahkn usaha ada utk jd doc. isyah tuggy novel ada tau.ingt lg cita2 ada ms dkt kmph dl. nanti bla dh ampi waktu s.p.m tu jemput2 ye.

adaibrahim said...

Yah,insya-ALLAH...rasanya xleh printing sini sebab publisher yang akan uruskan..Ada tulis jek..Dun worry, nanti ada rezeki ada kasi free...insya-ALLAH

adaibrahim said...

Anon,
Sah kawan masa Kmph ni...Tq doakan kejayaan ada...Nanti kalo dah sampai waktu SPM, Insya-ALLAH ada jemput...=)

Unknown said...

Salam, kak ada, time bile akak mohon mara, bkn dah msok matrik? Erk
.tak paham. Mintak2 akak boleh reply. :)

Unknown said...

Salam, kak ada, time bile akak mohon mara, bkn dah msok matrik? Erk
.tak paham. Mintak2 akak boleh reply. :)

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.