.:Hand to give:.

8.11.11

Berkorbanlah....

Sekadar renungan buat kita bersama.
" Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka, dirikanlah solat karena Tuhanmu dan berkorbanlah." (Al-Kautsar: 1-2)

Korban, Berkorban dan Pengorbanan...Apa ertinya dalam hidup kita? Semua orang pastinya ada definisi sendiri...Dan bagi saya sendiri, berpisah dengan keluarga adalah antara pengorbanan terbesar dalam hidup saya di usia 20-an ni. Bergenang airmata setiap kali teringatkan mereka. Rindu, serindu, rindunya tau. Mujurlah ada gambar pengubat rindu.

+ Usrati: Rindunya+

Sedar tak sedar dah 6 tahun di rantau orang, dah 5 kali berhari raya qurban tanpa orang-orang tersayang. Tapi saya sedar itulah salah satu risiko dan cabaran bergelar anak rantau. Itu jalan yang saya pilih. Selaku orang yang membuat pilihan, apa pun yang terjadi kenalah hadapi dengan tabah..Aisyh, ayat skema kan? Hehe...Tabah tak tabah, kadang-kadang menitik jugalah airmata. Tapi itu kisah lama. Sekarang ni:

KATA ORANG TUA: Alah bisa, tegal biasa!
Kata orang muda: NO MORE TEARS!

Ceh, berlagak sungguh kan bunyinya. Bolehlah nak berlagak sebab hari raya Qurban cuma cuti sehari je...Kalaulah tak dapat cuti raya puasa@ aidilfitri, ada resepi rendang airmata jelah jawabnya. Semua makanan ada rempah sayu, sedih dan sadis .Oh tidaklah sanggup, saya beraya di Bandung setelah hampir sebulan puasa ala kadar. Tapi hakikatnya, walaupun cuma raya qurban, raya tetap raya dan saya tetap harus berkorban.

Apa yang dikorban, terkorban dan berkorban?
Joms telusuri kisah hari raya korban saya sepanjang di Bandung ni!
2006: Berkorban demi exam
Saya kurang ingat exam apa. Cuma yang saya ingat, musim tu musim exam dan saya tinggal seorang di rumah. Kakak serumah saya bercuti di Malaysia masa tu. Memang saya tak berniat nak memasak disebabkan tuntutan study yang masih belum selesai. Kenyang makan ilmu jek! (Iyolah tu=) Namun, atas permintaan seorang hamba ALLAH yang kebetulan mahu menziarah saya dengan sms bertanyakan saya masak apa hari raya, saya turun ke dapur juga. Hanya resepi SOTO ala kadar yang saya hidangkan...Apa-apa pun, saya bermood korban raya untuk exam tahun tersebut....Layanz!

2007: Berkorban demi semua
Bila dikenang kisah raya ni, sangatlah kelakar. Ada pengajaran dan pengalaman yang tak dapat dijual beli. Tahun ni buat pertama kalinya di Bandung ada majlis Qurban bersama untuk semua mahasiswa Malaysia di sini. Banyak yang kurang, banyak yang lebih. Kurang puas hati, lebih rasa marah. Mungkin kali pertama berprogram begini, semuanya agak kurang kena jadinya. 

Hampir berperang jugalah dengan pihak penganjur. Manakan tidak, kami serumah (ALPINA ANGGUN) kurang berpuas hati dengan keputusan pihak penganjur untuk buat program tersebut tanpa berbincang lanjut dengan kami. Maklum sahajalah, baru habis exam reproductive system (RPS) masa tu. Stress nak exam baru jek nak hilang dengan plan jamuan raya kecil-kecilan menjadi makin stress bila tau ada majlis qurban besar-besaran. Awalnya nak buat dek, tapi tidaklah best ye berkelakukan begitu. Maka setelah berbincang, ada kata sepakat. Alhamdulillah kesudahannya menyenangkan semua pihak. Kami serumah beruniform hijau sempena raya Qurban tu, menandakan damai dan permai je kami ni.
PEACE, NO WAR!
Mujurlah tak duduk bawah pokok pisang. Kalau tidak, orang mesti ingat duta pencinta alam.

2008: Berkorban demi cinta
Raya qurban yang agak memenatkan..Tahun ni bertemakan Qurban Demi Cinta. Perancangan majlis lebih mantap dan perjalanan majlis lebih baik. Kami mengambil iktibar dari pengalaman sebelumnya. Dan saya?...Saya memang gumbira sebab tahun ni kami serumah beruniform sama warna..Sutera peach ala pengantin di pagi raya...Sempatlah bergambar bersama sebelum menjelang majlis korban....

+ Alpina de Hearty+
Mungkin disebabkan dok bising complain majlis raya qurban tahun sebelumnya, tahun tu saya dilantik jadi KETUA AJK MEMASAK. Dan buat pertama kalinya, tertubuhlah MAK CIK GEMOK KATERING (MGK). Tugasnya agak berat mata memandang, lebih berat bahu memikul. Dari sebelum majlis sehinggalah bab kemas-mengemas barang....Maka, hayatilah kisah MGK dibawah ni. Hoho
+MGK yang tak gemok+
Nama je MGK, tapi tak ada seorang pun ahli tegar di bawah khemah yang gemok...Semuanya slim menyenang nasib tak dapat melaram berbaju raya di malamhari yang mulia tu..Di kala orang lain menikmati juadah, kami hanya mampu memandang kuali dengan muka selebet. Sob-sob..Sedihkan?

2009:Berkorban demi taqwa
Tahun pertama sebagai chef jemputan dan diberi kesempatan melaram sepuasnya. Tapi saya tetap saya, maka yang ada hanyalah saya berbaju T-shirt di pagi raya majlis Qurban Pesona Taqwa tersebut:..

Walaupun chef jemputan, tetap dikira chef ya...Kalau dah namanya chef, wajib hukumnya turun ke dapur memasak..Tengahari tu, saya memasak paru masak kicap sesuka hati gembira. Oh ye, kalau nak makanan kita masak, sila tambahkan perisa suka dan rasa gembira ya..Apa-apa pun, hayatilah kisah bergambar di bawah ye:
Ni bukan masak main-main, ni masak yang betul-betul tau. 

Sebenarnya saya cuma di suruh memasak makan tengahari. Tapi alang-alang dah turun ke bawah khemah, lebih baik check in sampai malam. Maka setelah malam menjelma, barulah semua MGK yang baru naik ke atas. Dan tahun ni murah rezeki jugak. Alhamdulillah, semua orang dapat duit raya 100k~RM40 seorang. Mujurlah naik sebelum YB balik. Kalau tidak, tetap murah juga...Murah bau asap & makanan...=)

2010 & 2011: Qurbanlah Seadanya!
Tahun-tahun bergelar adik koas yang super duper stress dan busy. Tahun lepas, saya di bahagian OBGIN ketika hari raya. Alhamdulillah, saya bercuti dan ada kesempatan memasak. Cuma meriahnya suasana qurban kurang terasa sebab tidak ada lagi kisah memasak di bawah khemah, riuh rendah gelak tawa ketika memasak bersama-sama. Suasana tersebut kekal di ingatan. Insya-ALLAH, selamanya.

Sebagai dik koas yang tak punya banyak waktu luang. Walaupun ada masa dan peluang, banyak terpakai melepaskan penat lelah dari rumah sakit, maka inilah suasana raya tahun lalu dan tahun ini. 
2010: Gambar ala Perantau

2011: Memang di perantauan
Walaupun suasanannya jauh berbeza berbanding di J-town dahulu, suasana raya tu tetap terasa. Tetap terasa nak masak something special walaupun hanya sebalang karipap airmata ok. Saya masak karipap untuk jamuan raya tahun ni. Yang bab airmata tu sebagai hiasan je. Hehe.Walaupun jumpa dengan kawan-kawan sekejap, cukup kot untuk mengubat rasa rindu berkongsi cerita dan berkumpul ramai-ramai. Kira okeylah tu berbanding dengan orang yang kena oncall di hari raya ( Saya pun terasa juga bab oncall raya tu memandangkan jadi chief oncall). Tapi, itulah pengorbanan yang harus dilalui saya setiap kali raya.....(",)

P/S:
1. Dah dua kali beraya pakai baju pink, nampak gayanya kenalah menjadi lebih ayu tahun mendatang

2. Sehari sebelum raya, saya post oncall dan tumbang...Mampu buat kuih karipap airmata je sebab dapat khabar dari kakak yang semua ahli keluarga lengkap di rumah...Saya seorang je yang takde..Huhu

3. Oh ya, jangan pernah malas nak berkorban untuk kebaikan orang lain..Insya-ALLAH, ALLAH permudahkan urusan kita...(Ada senyum di sebalik kata, nanti saya cerita..)

4. Esok harus berkorban tidur malam..Saya oncall di ward perawatan anak dari 16.30 petang-6.30 pagi Rabu

Apa-apa pun, berkorbanlah semampu kita...
Selamat hari raya qurban, maaf zahir & batin
Wassalam

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.