Assalamualaikum wbt......
Nikmatilah karipap dan kuih siput ini sebagai pembuka selera membaca blog saya ni.
.:Doh + Inti =Karipap:.
Untuk pengetahuan semua, saya post oncall semalam. Saya oncall di RA1, masih menjaga tiny miny little babies di perinatology. Penatnya seperti selalu. Kalau tak penat, bukan oncall namanya ya. Dan mungkin disebabkan terlalu penat, saya hanya teringatkan bantal je. Tak peduli dah dengan benda lain, tidur tu lebih penting. Makan pun sesuka hati gembira sahaja. Semalam, seharian saya tak makan nasi. Hanyalah mengisi perut dengan beberapa biji karipap masakan sendiri. Syukur, makan jugak kan?Alhamdulillah...
Sebenarnya karipap ni saya buat sebelum oncall sempena lawatan penuh cerita dengan seorang kakak kesayangan. Banyak cerita, banyak ketawa dan banyak juga nasihat berguna untuk saya. Terima kasih akakku, kerana mendengar celoteh saya yang kepoh ni..(",)Kepoh atau tak kepoh, hari ni nak bercerita kisah beranalogikan karipap. Kalau kisah karipap, saya tulis di blog lama saya. Boleh la baca di sana ya..(",)Rindu pula dengan kenangan tu.
Untuk membuat karipap @curry puff kata omputih, ada dua hal penting yang harus ada. Harus ada bancuhan doh dari tepung dan inti.. Intinya bervariasi. Kalau saya, saya dah tetapkan resepinya. Inti ayam dengan keledek@sinkong dalam b.Indonesia dan inti sardin dengan kentang. Kalau orang lain, ikut suka merekalah ya...Cuma berdasarkan pengalaman, kombinasi tu yang sedap & mantaps..Boleh la cuba kalau suka...=)Nanti saya kongsikan resepinya dan step by step membuat karipap ye...(P/S: Ingatkan kalau saya lupa)


