.:Hand to give:.

28.10.11

3:30..Mantaps!

Assalamualaikum...
Jeng..jeng, ada topi nama glamour untuk tatapan semua walaupun dah expired zaman-zaman ber" oncall di Forensik.....Layan jelah ye nama saya ni sebelum saya melalut panjang lebar...Hehe (",)
:
+ dr.Ruby I....bukan Datin.Rubi ye...+
Alkisah mengarut saya pun bermula...Mengarut dan melalut di malam hari setelah selesai 5 hari di Department Pediatric@Bagian Anak. Okey anak-anak, meh dengar Dr.Ruby I sambung cerita  ye.. (",)..Hari ni Insya-ALLAH, nak bercerita panjang lebar tentang pengalaman di Bagian Forensik@Kedokteran Kehakiman dan Medikolegal yang dah masih tak tahu untung nasib@dubia Sabtu lepas. (Kenapa saya cakap gitu...nanti bila dah sampai waktunya, saya story okey)..Apa-apa pun, saya berharap prognosisnya: dubia ad bonam..Insya-ALLAH.

Kata orang:
Forensik tu santai bagai di pantai...Kat sini, tak terasa berat macam bahagian lain sebab semuanya santai..Just bila ada autopsy, hidup kurang best sikitlah...

Kata saya:
Betul..betul..betul..Saya setuju dengan statement tu. Dan inilah cerita versi saya di Forensik. (",) Best ke tak? Erm.....

9.10.11

Oncall (",)

Assalamualaikum w.b.t.
+ Oncall..dr.Ruby In Action+

Dah lama betul blog saya sepi tak ada n3 ya. Terakhir post tentang SpPD, dan sekarang saya dah pun dapat dua lagi tambahan pada panggilan belakang saya. Alhamdulillah, dah selesai rotasi di Department Neurologi@ Saraf dan Psychiatry@Kedokteran Jiwa. Dan secara rasminya, dah ada gelaran Sudah Pernah@SpS dan SpKJ di belakang lama. 

Sekarang, saya di Forensik yang amat sinonim dengan " oncall" yang membuatkan hidup dilanda misteri. Manakan tidak, handphone jadi peneman setia setiap hari balik dari hospital.. Tak kira di mana, handphone wajib bawa walaupun cuma ke toilet.. Oncall yang tidak boleh beralasan apa pun. Dan kami selaku koas yang dapat call, harus on mata, on kaki, on kepala untuk menghadap mayat yang akan di autopsy.

14.8.11

Officially SpPD (",)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sudah 4 hari rasmi menjadi SpPD@ Sudah pernah Penyakit Dalam. Syukur pada ALLAH S.W.T atas kemudahan menghadapi bahagian penuh kontroversi nih. Banyak pengalaman manis dan banyak juga pengalaman pahit sepanjang 9 minggu di IPD.

Yang pahit, biarlah jadi sempadan dan iktibar menghadapi masa depan. Yang manis, biarlah saya ingat dengan senyuman. (",)
Sedikit sebanyak inilah kenangan yang membuatkan saya tersenyum!
~ALAHAI~

4.8.11

Masih Sama?

 Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, dah 4 hari kita di bulan Ramadan. 
Bulan yang sungguh istimewa, bulan penuh berkah, rahmat dan magfirah dari ALLAH S.W.T. Istimewanya bulan ini kerana di dalamnya terkandung malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Dan kita adalah insan-insan istimewa kerana diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan tahun ini.

Tahun ini saya berpuasa sebagai seorang doktor muda@ medical intern. Tidak banyak persamaan, tidak sedikit perbezaan dengan pengalaman sebagai mahasiswa tanpa kot putih tersarung di badan. 

16.7.11

Spirit!

Salam alaik.
 + Reminder:Long case on Wednesday..Stop play around!(",)+

Ujian Long Case menanti hari Rabu ni. Tapi saya tak cukup preparation lagi. Pening dah risau serta takut tambah cuak nak ujian ni. Dalam cuak-cuak tu, sempat lagi menjeling-menjeling dan bertentang mata dengan movie Nur Kasih The Movie. Sabo jek la dengan diri sendiri ..huhu.

Hari ni saya tak rajin nak bercerita pasal ujian. Tapi kurang malas juga nak berceloteh pasal kehidupan di IPD sekarang ni. Apa yang boleh saya kata, so far s good. Sekarang dah habis minggu ke 5. Sebahagian koas dah settle long case dan sebahagian lagi exam next week. Dan antara koas yang bertuah exam minggu depan tu saya. Saya yang tengah mengayat di blog tak sedar nak exam ni..hehe.

Kalau tengok di gambar di atas, ade stetoskop berjenama SPIRIT yang dah hampir setahun berjasa pada saya. Insya-ALLAH, saya akan terus ber"SPIRIT" menghadapi ujian mendatang. Dan minta didoakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya nanti. Insya-ALLAH.

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.