.:Hand to give:.

20.12.11

.:Ratu Airmata:.

Assalamualaikum wbt.
+ Doa Penerang Hati+

Alhamdulillah, dah selesai menggoreng kertas soalan dan menikam jawapan MDE Anak pagi tadi. Ada tikaman yang mengena dan ada juga kurang tepat. Tak kurang (mean banyakkan?) juga yang jawapan awalnya dah betul tapi saya buat jadi salah di akhir ujian. 

Itulah, tak mahu ambil iktibar dari ilham yang ALLAH bagi...
Kurang yakin dan percaya dengan instinct & pilihan pertama, alik-aliknya menyesal dah sudah..Hehe..Saya menyesal juga tapi biasa-biasa je sebab tahu carry mark dari MDE hanyalah 10% sahaja..Kalaulah lebih dari 10 %, jadi ratu airmatalah saya...Hehe..

Sebenarnya, saya jarang dan boleh dikatakan tak pernah jadi ratu airmata bila ada masalah bab ujian. Walau susah macammana pun, alhamdulilllah still mampu berlagak steady..Bagi saya, berusaha tu wajib sebagai seorang hamba. ( Saya study untuk MDE tu walaupun ala kadar je...hehe)..Namun, rezeki yang terbaik dan bermanfaat ALLAH dah tetapkan untuk kita. Jadi, apa pun keputusan dan pengakhiran usaha itu, kita berlapang dadalah sebab itulah rezeki yang ALLAH takdirkan...(",)

Habis membebel, sekarang saya nak jadi penglibur lara pulak. Sekalian, menghilangkan rasa di jiwa yang masih lara ni..

Nak tau kenapa, silalah tengok gambar di bawah ni:

+ Maafkan Delisa abi kerna membuatkan abi sedih+

Inilah yang membuatkan saya jadi ratu airmata semalam..Walaupun ujian ditunda, saya lebih berniat khatam novel ni sebelum MDE...Maklum sahajalah, review dari kawan-kawan saya yang dah membacanya positif belaka..Maka, saya pun terbelilah novel ni tengahari semalam sebaik sahaja tahu ujian ditunda...Bersemangat waja sungguhkan?

Novel Hafalan Shalat Delisa yang membuatkan saya berendam airmata selama 2 jam lamanya malam tadi...Menangis kali ni bukan menangis yang ayu tau..Menangis sampai keluar suara dan tersedu-sedan. Habis merah mata, merah muka dibuatnya. Mujurlah saya dapat habiskan dalam 2 jam, tidaklah terlalu bengkak mata. Sempat juga covel balik mata merah tadi dengan baca notes lecture untuk MDE..Hehe..Alhamdulillah, still mampu kontrol volume tangisan tu..Kalau tidak, tak pasal-pasal Ikram pelik dengan saya..Hoho..

Kalaulah ceritanya lebih panjang, lebih tragis, lebih menyentuh hati, pagi tadi saya pergi hospital pakai spek mata hitamlah jawabnya...Bahasa yang digunakan ringkas tapi cukup membuatkan hati terkesan dan airmata sesuka hati mengalir...

Kisah seorang gadis kecil 6 tahun ni membuatkan saya menginsafi diri sendiri, menilai nilai kasih dan cinta saya pada mak & abah selama ni...

Dan tepat pada waktunya, seakan ada kesinambungannya kisah ini dengan ayat Al-Quran yang saya jadikan doa ketika masih kanak-kanak Ribena dahulu..

Rabbisy rahli sadri
Wayassirli amri
Wahlul 'ukdatam millisani
Yaf qahu qauli..

Itu doa yang mak ajarkan ketika saya masih kecil, ketika saya masih bertatih mengenal huruf-huruf jawi, ketika saya baru merangkak memulakan bacaan Mukaddam saya..

Saat itu saya belum tahu ertinya, cuma menurut dengan taat setiap bait kata mak...Kata mak, doa itu doa penerang hati..Jadi, setiap kali mahu belajar skemanya harus dimulakan dengan doa itu...Dan saat ini, ajaran mak itu cukup mendalam maknanya..Cukup membuatkan saya tak terakam, tak terucap betapa bersyukurnya atas didikan itu.
(Nota: Maksudnya ada di gambar di atas ya)

Oh ya, mukaddam juga digunakan seorang UMMI di kisah Delisa..UMMI yang tak jemu mendidik anaknya supaya mengenal ayat ALLAH, mengenal peringatan terindah, mengenal tiang agama seawal usianya 6 tahun..

Dan sungguh titian dan kisah hidup DELISA dan keluarga membuatkan saya makin rindu, makin sayang, makin cinta mak & abah saya kerana ALLAH..


Nak rasa jadi ratu airmata, saya sarankan novel ni..Kalau malas membaca, bolehlah layan video di atas ni..Insya-ALLAH, akan keluar 22.12.2011..Satu-satunya movie yang saya tunggu & tak sabar nak tengok...Moga kisah ini dapat memberi pengajaran buat semua...

Kata DELISA:
Delisa sayang umi kerana ALLAH
Delisa sayang abi kerana ALLAH..

Dan apa kata kita?

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita..Insya-ALLAH

P/S:
1. Esok judicium Anak..Moga lulus dengan jayanya..
2. Saya dah lama tak masak tapi mengidam nak makan mee udang..Camne nih?huhu

Wallahu'alam
Wassalam

2 comments:

mizd said...

trailer delisa mmg best...xtau r kat msia ni kuar bile....agak2 nvel 2 ad jual kat msia x?

adaibrahim said...

2,3 bulan lagi kot...novel akak sure sangat..rasanya belum ada lagi..tapi try la cari..manelah tau kot2 jumpa

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.