Assalamualaikum wbt.
Sekadar renungan untuk diri sendiri & kita semua.
Nak jadi baik memang susah....
Tapi kita wajib dan harus jadi baik..
Kenapa?
Sebab fitrah kita memang baik & sentiasa nak buat baik.
Samalah macam bayi yang masih suci dari dosa ketika lahir di dunia ni..
Fitrah baik itu sentiasa ada dalam diri walaupun hanya sekelumit..
Bangun setelah rebah amatlah susah..
Tambah-tambah kalau kita dah jauh & lupa pada ALLAH..
Tapi ALLAH tak pernah jauh dari kita walau sejauhmana pun kita lari dari DIA
Kita buat kurang baik
Pasti akan ada perasaan yang menyeru kita jadi baik kembali..
Itulah seruan hati nurani kita
Hati yang tetap mahu bersih walaupun dah dikotori.
Jadi baik memang susah
Jadi kurang baik lebih susah lagi..
Antara kurang atau lebih baik
Kita pilih satu
Jom buat baik.
..Jom jadi baik..
.Jom jadi hamba ALLAH yang terbaik.
Jom sama-sama ikhlaskan hati dalam hidup kita.
Moga apa jua yang kita lakukan mendapat redha & balasan terbaik dari-NYA.
Insya-ALLAH
P/S:
1.Catatan seorang koas yang cuba buang sifat kurang baik dalam dirinya...
2. Saya dalam cabaran menjadi baik..Jom cabar diri sendiri jom (",)
3. Esok 10 Muharram..Puasa joms.
" Dari Abu Qatadah ra,
Rasulullah SAW ditanya tentang puasa Asyura (10 Muharram).
Baginda menjawab,
" Puasa tersebut menghapuskan dosa 1 tahun yg lalu."
(HR. Muslim)
Wallahu'alam.Wassalam
0 comments:
Post a Comment