.:Hand to give:.

14.8.11

Officially SpPD (",)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sudah 4 hari rasmi menjadi SpPD@ Sudah pernah Penyakit Dalam. Syukur pada ALLAH S.W.T atas kemudahan menghadapi bahagian penuh kontroversi nih. Banyak pengalaman manis dan banyak juga pengalaman pahit sepanjang 9 minggu di IPD.

Yang pahit, biarlah jadi sempadan dan iktibar menghadapi masa depan. Yang manis, biarlah saya ingat dengan senyuman. (",)
Sedikit sebanyak inilah kenangan yang membuatkan saya tersenyum!
~ALAHAI~

4.8.11

Masih Sama?

 Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, dah 4 hari kita di bulan Ramadan. 
Bulan yang sungguh istimewa, bulan penuh berkah, rahmat dan magfirah dari ALLAH S.W.T. Istimewanya bulan ini kerana di dalamnya terkandung malam yang bersamaan dengan seribu bulan. Dan kita adalah insan-insan istimewa kerana diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan tahun ini.

Tahun ini saya berpuasa sebagai seorang doktor muda@ medical intern. Tidak banyak persamaan, tidak sedikit perbezaan dengan pengalaman sebagai mahasiswa tanpa kot putih tersarung di badan. 

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.