.:Hand to give:.

14.8.11

Officially SpPD (",)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sudah 4 hari rasmi menjadi SpPD@ Sudah pernah Penyakit Dalam. Syukur pada ALLAH S.W.T atas kemudahan menghadapi bahagian penuh kontroversi nih. Banyak pengalaman manis dan banyak juga pengalaman pahit sepanjang 9 minggu di IPD.

Yang pahit, biarlah jadi sempadan dan iktibar menghadapi masa depan. Yang manis, biarlah saya ingat dengan senyuman. (",)
Sedikit sebanyak inilah kenangan yang membuatkan saya tersenyum!
~ALAHAI~

Di IPD, 1 group@ kelompok dibimbing oleh dua preseptor. Preseptor pertama saya adalah Prof. Zulkarnain Dahlan, dr, SpPD-KP. Prof Zul ni sangatlah semangat mengajar kami terutama penyakit-penyaki paru coz dia ni konsulen bahagian paru. Dah namanya Prof,mestilah otaknya superb & genius. Awal jumpa Prof, cuaks amat ingatkan dia ni serius orangnya.

Bila dah lama sikit,barulah tahu orangnya sangatlah suka bergurau & suka menyanyi. Dalam kata anak muda sekarang, GAUL ABIS LO! Seronok belajar dengan dia. Dan satu ilmu yang dia terapkan & ajarkan kepada kami adalah BODY MAPPING & ILMU MELIHAT. Dengan tengok, dah tahu patient sakit apa. Cepat, mudah & tepat. Preseptor kedua adalah Dr.Yovita, Konsulen dari bahagian Infeksi. Orangnya baik& lemah lembut.Tapi dalam baiknya, ada juga tegasnya. Orangnya sangat santai dan suka berbagi-bagi ilmu. Terima kasih Prof & Dr.Yovita atas ilmunya.

 ~STAMINA?~
Masuk IPD, Stamina kena kuat. Manakan tidak,koas @ dokter muda tak dibenarkan naik lif. Setiap hari naik 5 tingkat bangunan dengan menggunakan tangga. Penat-penat juga, tapi dah lama-lama dah okay. Cuma semput jugalah kalau dah terlambat. Moral of story: datanglah awal & tepat waktu.

~KOSAMBI?~
My groupmate dilabelkan sebagai kosambi @ koas ambitious oleh kelompok lain. Saya pun pelik dengan gelaran tu sebab rasanya tidaklah terlalu kosambi. Mungkin penilaian kosambi saya dah orang lain berbeza.Bagi saya, menjadi kosambi tak salah asalkan tak menyusahkan orang. 

Dan selagi mana kita bergelar student, kita kenalah bertanggungjawab dengan tugas kita sebab kita akan dipertanggungjawabkan dengan amanah kita. Kalau dah ada peraturan, silalah ikut. Kalau kita diwajibkan ke POLI, masuklah ke POLIKLINIK. Kalau orang suruh follow up, datanglah pagi-pagi tengok patient.It's all not only because we are kosambi, this all cause we have responsibility! So, jalankan tanggungjawab kita sebaiknya. (",) 

~EXAM~
 Ada dua exam besar di IPD. Long case pada minggu ke-5 & 6 dan ujian SOCCA ( Student Oriented Clinical Case Analysist). Dah namanya exam, kenalah siap apa yang patut. Untuk long case, saya pilih & dapat kes COPP( Chronic Obstructive Pulmonary Disease) since kes yang lain agak complicated & memeningkan kepala. Untuk SOCCA dapat kes Gouty Arthritis. Alhamdulillah, penguji baik & hasilnya juga baik. 

Satu pesan saya pada diri sendiri dan semua yang nak exam, jangan cuak. Kalau cuak, hilang segala maklumat dalam kepala. That what happen to me on that day. Disebabkan terlalu cuak, saya mengantoikan diri sendiri. Mujurlah pandai cover balik. Kalau tidak sendiri buat, sendiri tanggunglah akibatnya!

~KANTOI JE!~
Di IPD, santai bagai di pantai sehari-harinya. Cuma penatnya masih terasa & kadang-kadang adalah idea-idea nakal yang timbul. Dan entah kenapa, kalau saya ternakal sikit, cepat betul kantoinya. Jealous dibuatnya dengan orang lain yang tak pernah kantoi walaupun dah banyak kali buat nakal.

Pertama kali kantoi, bila sign attendance awal dari masanya. Baru sekali buat, dah kena bulat dan diberi amaran.Kali kedua kantoi ketika exam LONG CASE. Waktu presentation case ke examiner, dia tak puas hati dengan diagnosis saya disebabkan saya tak diagnosis banding@ differential diagnosis dengan ASMA. Maka, timbullah perbualan seperti berikut:
PENGUJI:Bagaimana kamu terlalu yakin dengan diagnosis kamu? Kamu lihat status ya?
ME: Iya dok!
PENGUJI (dengan muka terkejut) : Hah! Gimana tuh, saya juga belum lihat statusnya. Bukan seharusnya disimpan.
ME (Sengih cover): Saya lihatnya pas jaga (oncall) dr, waktu Follow Up pasien.
PENGUJI saya hanya menggeleng kepala dengan kepolosan saya yang menjerat diri sendiri. Nasib-nasib.

Kali ketiga kantoi, sehari selepas tau lulus IPD. Hari Khamis, kami ditugaskan ke Palang Merah Indonesia. Takut lambat ke sana memandangkan kami tak ada transport sendiri, saya putuskan untuk t.tangan attendance petang Khamis sahaj. Belum sampai waktu petang, saya dapat sms dari Ketua IPD. Katanya ruang t.tangan saya dicoret. Alahai kantoi lagi. Nampak gayanya, tak bolehlah buat nakal lagi pasni. Kena jadi baik sokmo. Erm!

~RACUN~
" RACUN" is special word to someone that cause trouble to people around them. Layan jekla lagu " KOAS RACUN" kat bawah ni:

Dasar kau koas racun, baru jaga eh udah tidur
PF nggak sopan santun, mentang-mentang pasien orang kampung

Kau asal inspeksi, kau asal palpasi, kau asal perkusi

Eh kau goblok sekali, tanpa auskultasi kau bilang tanpa rhonki
Eh kau tak tahu malu, pasiennya apneu kau malah happy-happy

Pasien kelojotan, matanya melotot
Lima menit kejang, kamu malah ngorok

Banyak-banyak kau gaya, nilai enggak pernah A
Dasar koas alay, kerjanya cuma santai

Sorry sorry sorry dek, Konsulen sudah tahu
Sorry sorry sorry gan, Kau ngulang tahun depan!

Tak kisah apa-apa pun, sama ada koas racun @ koas ambisious posisi saya sekarang ni, I'm officially Adaibrahim, SpPD rite now. Alhamdulilah. Malam ni masih oncall dan esok dah masuk bahagian baru. Moga ALLAH permudahkan urusan saya& anda semua. (",).
P/S:
1. Next rotation: SARAF~JIWA ~FORENSIK...Tak sabar nak masuk jiwa.Hehe
2. Terasa nak beli jubah butterfly untuk raya tahun ni..Tapi...Erm
3. Spek saya patah...Arini beli spek baru coz tak larat dah bermata coklat tua & menggoda.Hehe

Wallahu'alam & Wassalam

1 comments:

Anonymous said...

have fun wif ur koas life dek. welcome to hsemen world!

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.