.:Hand to give:.

16.7.11

Spirit!

Salam alaik.
 + Reminder:Long case on Wednesday..Stop play around!(",)+

Ujian Long Case menanti hari Rabu ni. Tapi saya tak cukup preparation lagi. Pening dah risau serta takut tambah cuak nak ujian ni. Dalam cuak-cuak tu, sempat lagi menjeling-menjeling dan bertentang mata dengan movie Nur Kasih The Movie. Sabo jek la dengan diri sendiri ..huhu.

Hari ni saya tak rajin nak bercerita pasal ujian. Tapi kurang malas juga nak berceloteh pasal kehidupan di IPD sekarang ni. Apa yang boleh saya kata, so far s good. Sekarang dah habis minggu ke 5. Sebahagian koas dah settle long case dan sebahagian lagi exam next week. Dan antara koas yang bertuah exam minggu depan tu saya. Saya yang tengah mengayat di blog tak sedar nak exam ni..hehe.

Kalau tengok di gambar di atas, ade stetoskop berjenama SPIRIT yang dah hampir setahun berjasa pada saya. Insya-ALLAH, saya akan terus ber"SPIRIT" menghadapi ujian mendatang. Dan minta didoakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya nanti. Insya-ALLAH.

8.7.11

E!-PD!

Salam alaik.
+Nice scenery...bila la nak dapat cuti ni?+

Apa yang E! Apa yang PD? Tidak ada yang cantik, menarik dan tertarik nak dikongsikan di blog ni. Sekadar menulis dan memberi tahu semuanya baik-baik belaka walaupun ada juga yang tidak seindah bahasa berbunga pujangga. Cewah, jiwangs la pulak ye!

Erm, hari ni Jumaat..Penghulu segala hari! Dan dah saya sudah rasminya berada di penghujung minggu ke-4 Bagian Ilmu Penyakit Dalam @ IPD. Mungkin dah lama tak masuk department besar dan department OBGIN & BEDAH sebelum ni agak santai seperti di pantai, rasa semangat nak study untuk exam lambat muncul. Walaupun ada rasa cuak, tapi rasa santai lebih dominan. Tiap malam masih tidur lena dan terlajak dari waktu tidur yang sepatutnya.

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.