.:Hand to give:.

31.12.09

+cOuNt -dOwN+

Salam alaik!
Count-down!
Sepuluh persepsi, seratus teka-teki dan seribu makna tersirat di sini.Kalau nak dekat tahun baru ni, semua orang excited menghitung jam, minit dan saat munculnya detik 12 malam 1 Januari.Ramai juga yang membuat niat baru, azam yang ingin dicapai dan mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk hari mendatang.

Tapi bagi saya sendiri, entah kenapa kedatangan tahun baru tahun 2010 kurang menyengat dan menyentakkan hati saya.Sampai-sampai saya lupa hari ni 31 Disember dan esok berganti tahun.Mungkin disebabkan cuti, saya kurang alert tarikh2 yang agak penting ni.Dan mungkin juga kesibukan yang melanda membuatkan saya lupa.

2009, banyak kenangan manis dan ada juga kenangan pahit.Dan seperti orang lain, saya mengharapkan kehadiran tahun 2010 akan memberikan seribu makna dalam hidup saya.Insyaallah.

Bercerita pasal count, banyak juga yang harus dikira.Dan berikut, hal-hal yang nak tak nak kena ingat dan akan diingat:

1.Exam:4hb start-11hb.
Kalau dah nak exam, kena la membelek segala buku2 yang berkenaan.Serik dah nak ambik skim belajar last minute.Alhamdullillah, study group dah mula.Sedikit sebanyak tahu juga pasal GIS ni.Kalau tidak, nganga jelah time nak jawab exam.Huhu.So, nak ucap terima kasih banyak2 pada semua kwan2 saya!=)Hehe!

2.Balik Msia:12hb-24hb
Bab balik rumah ni saya memang suka.Konon-konon tak pasti nak balik ke tidak.Sekadar berbasa-basi dengan mak.Mujur orang2 kat Msia faham niat tersembunyi tu.Boleh balik rumah.Lama sudah di perantauan ni(padahal baru 3 bulan), memang rindu sangat pada mak, abah dan keluarga.Dan benda yang buat saya tak sabar nak balik ada dalam gambar kat bawah ni.Wanna know?Meet Ibrahim's new family member.Si bulat ni namanya Nur Rauqah Marha binti Mohd Azrulfazli.Dah nak masuk 3 bulan dah.Makin bulat dan saya tak sabar nak balik dah gigit dia.Hehe.(Macam takde benda lain nak digigit!=)

3.My sis birthday:11,15 dan 31hb.
Hampir2 lupa sebenarnya pada birthday my sisters ni.Maklum la ramai adik-beradik2.Hehe.So, nak tak nak kena jugalah sedia bajet utk hadiah birthday dorg,Kalau bajet lari esok2, saya hadiahkan senyuman jelah!Hehe.So, Selamat Hari Lahir Wawa, Andak dan Anah!Ni ucapan world wide ni.Hehe

4.My bestfren makin tua:4hb Jan.
Syikin (walaupun ejaan ni salah),Happy 23rd birthday.Dah makin tua ni, matured sket na.Nanti masa birthday ang, kita kencan dengan kertas peksa na.Huhu!

Habis bab2 kira.Pasal down ni, saya rasa tak perlu diulas panjang2 kot.2,3 hari ni memang rasa down betul.Nak tahu sebab apa?Semuany ada kaitan dengan skripsi aka minor thesis yang amat menguji keimana.Mana tidak, saya kena mengayat dalam Bahasa Indonesia.Memang tunggang langgang la hidup.Step nak menyiapkan satu perenggan tu punya la lama.

1.Cari bahan dan tulis in english.
2.Betulkan ayat2 bahasa Inggeris mana tak betul (walaupun copy n paste je)
3.Next, buka Lingoes Translator(tq kat Encik Google yang membantu=)..
4.Buat new document, copy n paste ayat2 yang dah ditranslate En.Google.
5.Cek semua struktur ayat dia dan betulkan.Malangnya bila semua perkataan dia translate sebijik-sejibon..sampai2 islet of Langerhans jadi pulau Langerhans!Hehe.
6.Masukkan reference!Yang ni sakit sikit bila tersalah format kat End Note.Sibuk dok marah kat end note, rupanya salah sendiri.hehe.
7.Akhirnya, siap juga Chapter 1 hari ni setelah sekian lama memerah kepala!email dah send kat doktor, just wait for her response and comment!Mudah-mudahan, diterima!Amin.

Count dan down juga.Tapi masa tetap berlalu.Dan soal masa yang dah berlalu takkan kembali pada kita lagi.Jadi, gunakan masa akan datang dengan sebaiknya.

Renungan buat diriku dan semua:

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati untuk kebenaran dan nasihat-menasihati untuk kesabaran
(Al-Asr:1-3)

~Selamat Tahun Baru 2010.Moga kita bukan tergolong dikalangan mereka yang rugi.Insyaallah~

2 comments:

Najwa Jamal said...

haha, aku dah agak dah baby tu bkn ko punye. ngeh2, balik msia kalo dtg kl roger2 la aku. gerenti aku roger balik

adaibrahim said...

lek ju, aku takkan sorok kalo aku kawin esok.ko kan dah aku lantik jadi bridesmaid aku!Ok, kalo balik ,nnt aku calling2 ko..jgn lupa kasi phone no na!=)

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.