.:Hand to give:.

23.4.12

.: Situ Sini:.

Assalamualaikum wbt!

Hari ini adalah hari pertama kami (Kelompok 5) di Puskesmas Situ.
Hari saya nak bercerita dengan foto Sumedang edisi I.

Jom intai2 gambar di bawah jom...(",)

+ Glass for 6+

Gelas di atas adalah harta perkongsian bersama. Actually, sehari sebelum ke Sumedang saya pergi shopping barang-barang keperluan. Niat utama nak beli tumbler sebab tumbler yang lama ghaib entah kemana. Dalam dok jejak kasih tumbler baru dekat Hypermart BIP, terjumpa dengan tumbler yang ada gelas kat atas. Ada 6 gelas, cukuplah untuk kami berenam.. Tengok, berkenan dan terus sambar. Saya punya tumbler yang kaler purple....(",)hehe!

19.4.12

.:Sp-Koas:.

Assalamualaikum wbt!
My long vacation just end today. 
And i'm offically Sp(sudah pernah)-koas. Hehe. 
We just had our briefing today, which fullfill with lectures about ethics and law from morning to evening...Bosan tapi apa leh buat, sumbat ajelah! 


Enjoy our super bosan face below:
+ Besties: cik Nor & cik Yah+

Actually, this photos was taken during our rotation at Pediatrics few month before. 
Let me introduce them to all of you:
The purple cik Noriz & the brown cik Yah are my besties during medical intern. 
We are in the same group for last one and half tough years. 
We share a lot of sweet, sour and joyful moment together. 
I'll miss them for sure coz we are not in same group anymore for magang.

Magang, which is known as work for Indonesia goverment is our first step before we enter medical field as profesional. As i told before, we'll wok in district hospital in West Java for next 6 month  starting next week.My group consist of 6 people and we'll work at Puskesmas Situ, Sumedang for Public Health rotation. Then, we'll travel to Subang for next 2 month doing our Surgey and Internal Medicine rotation. 


May ALLAH ease our ways & we can graduate together next November.
 Insya-ALLAH


Erm, now come to membebel time in Malay. 
Actually, this entry is another half of doctor's real life story ( KATA KAMI) i wrote before...
Jom layan kisah suka duka kami ni....

9.4.12

.: Bukan Senang..:.

Assalamualaikum wbt...

Dah seminggu menyepi tanpa khabar berita. Kiranya dah hampir seminggu jugalah saya berjuang dengan exam remedial. Dan sudah hampir seminggu jugalah saya melafazkan rasa syukur tidak henti atas kejayaan yang ALLAH kurniakan pada saya..

Seperti yang saya maklumkan pada entry sebelumnya, saya failed kedua paper exam.Dan perjuangan untuk lulus kali ni memang berat. Bila saya khabarkan kepada mak tentang kisah saya ni, saya yang terkejut dengan respon mak.

Katanya:
" Tak apelah. Hari tu kan tak belajar. Sekarang ni belajar sungguh-sungguh."

Terkedu saya dengan respon mak yang amat sangat tenang. Maklumlah mak kenal sangat perangai saya yang sengal tak sudah ni. 

Iyelah, balik Malaysia penuh satu beg dengan buku. 
Sebeg buku jugalah tak berusik sampai balik ke Bandung semula..
Sabar jelahkan dengan perangai saya yang suam-suam kuku rajin nikan?

1.4.12

.: DIA Tahu Saya Mampu :.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, sudah masuk bulan baru hari ini..
Bulan April, bulan kelahiran saya 25 tahun lalu. 
Saya memulakan bulan ini dengan badan kurang sihat tapi hati tetap semangat..
Kenapa? 
Sebab saya tahu DIA tahu saya mampu hadapi ujian-NYA ini...

Perasaan sebaik tahu belum boleh jadi doktor?

Seorang kawan berkongsi rasa hati dengan saya:
" Ada, ang tak sedih ke?."

Saya tergelak dengan soalan tu?
Alahai, terbaik soalan tu...Terhenyak saya menjawabnya..

Mungkin sebab saya yang memanjang dok senyum, sok ketawa dan bergurau senda..
Dia fikir saya tak sedih barangkali
Aneh dan ajaiblah kalau saya tak sedih, tak rasa tertekan dan rasa rendah diri...
Pelik dan jelek benarlah emosi saya kalau tak rasakan itu...

Sampaikan rasanya nak undur masa...
Nak baiki semua kesilapan sebelum ujian yang buat..

Balik Malaysia, bawa buku..
Malangnya tak belajar banyak pun..
Kalaulah saya belajar sungguh-sungguh, mungkin.............

Masa exam MDE, rasanya jawapan 1st yang betul..
Tapi padam jawapan ganti jawapan lain,
Hujungnya gagal ujian sebab jawapan pertama tu yang betul...
Kalaulah saya ganti tak ganti jawapan tu, mungkin............

Masa exam OSCE, banyak step saya tak buat..
Padahal dah hafal dan tahu itu salah,
Kalaulah saya tak gelabah dan buat dengan baik, mungkin.........

26.3.12

.:Delay:.

Bismillah
Assalamualaikum wbt...

+ Azimat & Semangat+

Hari ini sejarah dalam hidup saya. Hari pengumuman hasil exam tempoh hari. Saya berdukacita memaklumkan saya belum lulus dan harus ambil kedua-dua exam Sabtu dan Selasa mendatang. Memang sedih, memang pedih menerima kenyataan itu... 

Namun, ada kata-kata menenang hati dan membuatkan fikiran saya positif semula.

1. UJIAN
ALLAH uji tanda kasih sayang-NYA.
Saya tahu dan yakin tu. 


Kegagalan hari ini tanda DIA sayang pada saya. 

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.