.:Hand to give:.

26.3.12

.:Delay:.

Bismillah
Assalamualaikum wbt...

+ Azimat & Semangat+

Hari ini sejarah dalam hidup saya. Hari pengumuman hasil exam tempoh hari. Saya berdukacita memaklumkan saya belum lulus dan harus ambil kedua-dua exam Sabtu dan Selasa mendatang. Memang sedih, memang pedih menerima kenyataan itu... 

Namun, ada kata-kata menenang hati dan membuatkan fikiran saya positif semula.

1. UJIAN
ALLAH uji tanda kasih sayang-NYA.
Saya tahu dan yakin tu. 


Kegagalan hari ini tanda DIA sayang pada saya. 

Dengan ujian ni, saya punya lebih masa mengadu dan berharap pada-NYA.
Dengan ujian hari ini, saya belajar erti bersyukur hanya pada-NYA.
Dengan hasil hari ini, saya yakin akan janji-NYA.

" Kita merancang, ALLAH merancang
Perancangan ALLAH lebih baik."

ALLAH Maha Tahu atas setiap sesuatu...
Dia tahu apa yang terbaik untuk saya, hamba-NYA yang amat lemah ni. 
Dengan ujian sebegini, saya akan lebih rapat dengannya. Hati yang makin jauh akan lebih berharap dan memohon pada-NYA.

" YA ALLAH, permudahkan urusan kami. Berikan kami kejayaan di dunia & akhirat."

2. DELAY
Kata konsulen @ guru saya di FK UNPAD tadi dan tempoh hari:

" Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda."

Seumur saya jadi medical intern, saya tak pernah gagal. 
Namun kegagalan hari ini jadi pencetus semangat untuk lebih berusaha untuk masa akan datang..

Kejayaan tu adalah rezeki yang ALLAH dah tentukan.
Mungkin masanya bukan hari ini, sudah takdir harus menunggu dengan sabar sedikit.

Sedikit tertunda supaya usaha saya lebih berganda
Sedikit lebih lama harus menanti supaya doa saya tidak henti.

Dugaan ini membuatkan usaha lebih giat, doa tidak seliat sebelumnya dan tawakal lebih ligat.

Saya yakin kejayaan yang tertunda tu akan sampai di tangan saya sedikit masa lagi. 
Dengan resepi usaha, doa, tawakal dan keyakinan, semuanya tak mustahil..

Moga urusan ini dipermudahkan..
Insya-ALLAH

P/S:
1. Congrats kepada semua kawan-kawan yang lulus...(",)
2. Doakan kejayaan kami yang sedang diuji ni ya..=)
3. After exam, kami akan bercuti2 Indonesia..Moga lulus dengan cemerlang supaya boleh cuti dengan tenang.
4. My sis, Nana will getting married this 31 Mac..Kalaulah boleh balik,.........

2 comments:

Rafahiah Haron said...

He wants us to do better! Xpe Ada, maybe kite blaja byk2 kali lagi bagus, hopefully it can remain longer or forever in our memory :D hehe. Next time bile dah jadi doc, ingat benda2 mcm ni yg akan buat kejayaan kita lebih manis :)

adaibrahim said...

Absolutely,usaha lebih utk dapat yang lebih baik...Insya-ALLAH, akan ingat seumur hidup pengalaman ni...

Insya-ALLAH, kejayaan ni lebih manis sebab kena lalui yang pahit dulu sebelum dapat...=)

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.