Salam alaik
Abu Darda ada meriwayatkan yang Rasulullah SAW ada bersabda:
"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-namamu."
(Hadith Riwayat Abu Daud)
26 Alpabet untuk dipilih membentuk nama seorang manusia. Macam-macam nama boleh dibentuk. Alhamdulillah, saya diberi nama yang cukup panjang, ada 28 huruf
( + nama abah)di pasport dan KTM( Kartu Tanda Mahasiswa):
RUBIATUN ADUWIYAH BINTI IBRAHIM
28 huruf + 1 ' di kad pengenalan dan sijil kelahiran.
RUBI'ATUN ADUWIYAH BINTI IBRAHIM
Terlalu banyak kisah yang nak saya kongsikan sebenarnya dari nama saya yang panjang berjela ni. Banyak jugak persoalan-persoalan yang timbul soal nama saya ni. Dan insya-ALLAH, hari ni saya akan bercerita panjang lebar DARI KERANA NAMA.
+1: ASAL-USUL+
Kata family saya, nama saya sempena seorang wanita sufi yang cukup terkenal dalam sejarah ISLAM: RABIAH AL-ADAWIYAH. Maka, saya diberi nama RABIATUL ADAWIYAH .
+2. MAKNA @ MAKSUD+
Saya tak pernah kisah dengan maksud nama saya ni masa kecik-kecil. Cuma yang saya tahu nama saya sempena tokoh wanita ISLAM jek. Bila di sekolah rendah, ustazah atau ustaz tanya, dengan bangganya saya jawab sempena tokoh tu. Tapi sayangnya saya pun tak tahu siapa dia sebenarnya. Disebabkan nak tahu, saya minta emak belikan buku kisah hidup RAA ni. Tahu kisah, tak tahu maksud nama.
Saya faham dan tahu maksud nama saya bila dah masuk sekolah menengah. Al-maklumlah sekolah agama yang mewajibkan pelajar-pelajarnya belajar BAHASA ARAB. Tingkatan 1, mengenal angka dalam bahasa ARAB, barulah saya faham.
" Oh, RABIAH tu empat rupanya".
Kemudian, mencari-cari pulak maksud ADAWIYAH. Kalau ditelusuri dari kisah RAA, dia diberi nama RABIAH sebab dia anak keempat. Kalau dilihat kisah saya, kurang bertepatan la pulak. Saya anak ke sembilan, mak dan abah kena bagi nama " TIS'AH" la. Hehehe.
Tak kisahlah, yang penting nama saya tu dah jadi RABIATUL dah. Kemudian, mencari maksud ADAWIYAH pulak. Kata emak, maksud nama saya penyembuh atau ubat. Hampir tepat kata-kata emak bila belajar tentang pekerjaan2 dalam BAHASA ARAB.
ADAWIYAH asalnya dari ADAWAT yang beerti UBAT. So, hampir sama la nama dengan SYIFA yang bermaksud penyembuh. So, boleh la pasni kalo nak panggil SYIFA juga..Heheh.
Dan bila difikir, ada signifikan la pulak nama saya dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Gabungan RABIATUL ADAWIYAH= EMPAT UBAT. Ubat apa, saya tak jumpa lagi. Nanti kalau dah jumpa, saya postkan kat sini. Hehehe.
Dan bila difikir, ada signifikan la pulak nama saya dengan bidang yang saya ceburi sekarang. Gabungan RABIATUL ADAWIYAH= EMPAT UBAT. Ubat apa, saya tak jumpa lagi. Nanti kalau dah jumpa, saya postkan kat sini. Hehehe.
~ubat cinta maybe!hehe~
+3. ALKISAH+
Sejak dari lahir, nama saya memang berubah-ubah. Masa tadika dan sekolah rendah, tak pernah ada nama tetap. CIkgu sekolah rendah tulis macam-macam versi nama saya. Sekejap ROBIATUN ADAWIAH. Sekejap RABIATUL ADAWIAH. Sekejap RABIATUL/ROBIATUN ADAWIYAH.. Tapi zaman2 kanak-kanak ribena tu, manalah fikir sangat benda-benda ni. Tak kisah apa pun nama saya, yang penting akhir tahun dapat hadiah sebab jadi antara "BEST STUDENT".
Bila dah cukup umur 12 tahun, masa ni excited bebeno nak buat kad pengenalan. Biasalah budak2 kan. Masa birthday saya, pagi2 tu dah minta izin cikgu nak pergi JPN. Bila sampai JPN, barulah sedar nama yang akan saya gunakan selepas umur 12 tahun adalah RUBI' ATUN ADUWIYAH BINTI IBRAHIM.
Aneh sebenarnya kalau didengar-dengar. Macam alien pun ade, kata kakak saya. Kata adik saya, ANTUWIYAH...ADUHAI, nasib2. Sedih jugalah mula-mulanya. Kemudian, selidik punya selidik jumpa juga penyebabnya.
+4. SALAH SIAPA?+
Nama yang dipilih untuk didaftar masa lahir dulu adalah RABIATUL ADAWIYAH. Namun disebabkan khilaf manusiawi, nama saya tu tertindih/tertindan. Kesalah tu adalah FATAL bagi pendaftaran.
Solusi/penyelesaian kes2 macam tu adalah dengan dilakukan cabutan nama. JPN akan melakukan pilihan nama bagi orang2 yang terlebih istimewa ni. Amboi, hebat la kekononnya sampai KERAJAAN PILIHKAN NAMA. Hebat tak hebat, hambik kau nama RUBI'ATUN ADUWIYAH BINTI IBRAHIM. Maka, bermula dari itu bermulalah hidup saya dengan nama yang agak aneh di pendengaran nih.
+5. TAK RELA+
Siapa rela nama yang best-best awalnya jadi nama macam alien kan? Untuk pengetahuan siapa yang belum tahu, saya tak pernah gunakan nama yang diberi KERAJAAN tu di sekolah menengah. Semua keputusan exam, saya guna nama RABIATUL ADAWIYAH. Sampailah suatu ketika, saya ditegur guru kelas saya ketika FORM 5. Katanya saya kena biasakan guna nama sebenar. Tapi saya kan degil, sampai sudah saya tak guna nama tu. Hahaha. Mujurlah kertas jawapan SPM dah bertulis nama, kalau tidak DUBIA AD MALAM lah result SPM saya.Huhuhu.
Zaman matrik, saya mulakan nama ni. Tapi nickname tetap ADA ( sama seperti dari kecil). Walaupun ada yang pelik, saya buat dek je. Kalau ada yang bertanya, panjang lebarlah saya membebel kisah nama saya ni. FUH, susahnya!
Tak rela punya pasal, pernah terfikir nak tukar nama. Especially bila memikirkan nama sekarang ni tak ada makna. Makna ADU sendiri adalah MUSUH. Huhu, tak mahu la maksud x best camtu. Tapi mengenangkan prosedur pertukaran nama yang bukan mudah, saya redha jelah ni.
Kalau dikaji2, boleh tahan sulit proses tu. Harus dapatkan surat akuan dari PESURUHJAYA SUMPAH. Kena naik mahkamah angkat sumpah etc. Komplikated bebeno kisahnya. Naik turun, naik turun mahkamah n JPN, belum tentu lagi boleh tukar. So ape boleh? Redha..redha!
+6. FINALLY+
Masuk ke UNPAD tahun 2006, saya dah teradaptasi dengan nama saya ni. Nickname je yang kekal. Tapi ada jugak pertanyaan macam di matrik dulu. Antara soalan-soalan glamer berbunyi begini:
1. Kok gak ada kata 'ADA' di nama kamu?
Saya sengih jek. Malas nak mengada-adakan cerita yang dah sedia ada. Huhuhu. Sampai ke clinical year, soalan yang sama masih berbangkit. Kadang2 pening jugaklah nak melayan orang2 yang bertanya nih.
Pernah terfikir nak gunakan nama depan coz INDONESIA memang gunakan nama depan. Kalau exam, malas nak mengelirukan doktor2, saya kenalkan diri as DR.RUBI. Hentam sahajalah, asalkan exam lepas. Bila masuk clinical year ni, malas nak pening2 dah. So, i'll consider to change my nickname to RUBI. People, please call me RUBI after this!huhuhu=)
Moral of story:
Pastikan masa register, nama anak anda ditulis dengan benar, tepat dan jitu.
Kalau tidak, bersiap2lah dengan nama2 yang INDAH NAN ANEH ye!
Kalau tidak, bersiap2lah dengan nama2 yang INDAH NAN ANEH ye!
Wallahu'alam.
4 comments:
macam x best ja panggil rubi...
Baby sye na ruby gak
Baby sye na ruby gak
Sama dgn sy la mslh sis ni. Nama sy pun ada makhluk Allah silap tulis masa daftar dulu. Patutnya Rabiatul Adawiyah tapi jadi Rabiatunadawiah. Punyalah susah org2 sekeliling nak eja. Nanti nk kahwin, kesian bakal suami nk sebut time akad nnti. ����
Post a Comment