.:Hand to give:.

2.1.11

~SABAR~

Salam alaik.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sabar dan terus bersabar.. Kerana terlebih sabar, blog saya ni dah bersawang-sawang jadinya. Dan hari ini, saya sabarkan diri dalam operasi menghias blog. Azam baru sempena tahun baru yang masih hangat dan mudah2an tidaklah hanya hangat.hangat tahi ayam je. Tahun ni saya nak  menulis sesuatu yang bermanfaat kepada semua yang sudi singgah dan menjengah blog ni. Insya-ALLAH.

2010 yang lalu berakhir dengan senyuman. (",). Setelah 9 hari menjalani rutin yang agak kurang menarik di bahagian GIGI dan MULUT ( nama glamournya;GIMUL), RS Hasan Sadikin Bandung,akhirnya lulus. Berkat keSABARan walaupun tidak sempat makan, LI setiap hari dan berkurung di tingkat 3 POLIKLINIK setiap hari, saya berjaya melepasi bahagian tersebut dengan hati yang sangat tenang. Alhamdulillah,

2011 datang, terlalu banyak hal yang menguji keSABARan sebenarnya.Kalau dilistkan, penat nak menulis. Bulan 1, bulan kesabaran:
  • Minggu depan ( 3-7.1) masuk bahagian REHAB MEDIK. Dikala angkatan 05 tengah best2 bercuti, kami2 06 dengan SABARnya menjalani rotasi seminggu di sana.
  •  13 bahagian lagi menanti. SABAR..SABAR....perjuangan masih panjang rupanya.
  • Birthday orang2 yang saya sayang bulan ni: SHIKIN, MY SIS: Wawa (11.1), Andak (15.1), Anah (31.1)...tak SABAR nak kasi something special..Insya-ALLAH.
  • 10-28.1 masuk THT. Dengarnya THT ni scary memandangkan konsulen2nya killer. Jadi berSABAR jelah menghadapi hidup dekat bahagian ni. Dan kena +++ SABAR memandangkan ada oncall. Katanya oncall tak macam oncall coz tidaklah banyak kerja macam bahagian lain. Jadi, layanz jelah.
  • Kena siapkan manuskrip (???) sebelum balik Malaysia. Dah berzaman-zaman berjanji, tapi tak siap2 lagi. Kepada publisher, SABARlah menanti. Kalau tidak ada aral menegak dan melintang, siaplah tulisan pertama saya tu. Insya-ALLAH
  • 31.1 balik Malaysia...Tak sabar nak jumpa family especially anak sedara tersayang. Siaplah Marha kena gigit dengan CIKDA dia ni!
KESIMPULAN: SABAR jelah!Erm 
P/S: Sabar jelah baca n3 ni..Jujur blank nak menulis coz lama sangat menyepi.Huhu.
Wassalam

0 comments:

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.