.:Hand to give:.

11.4.13

.: 1 bulan :.

Salam alaik
+ Masih kurus..Hehe+

Dah amat sangat lama saya tak menulis.
Maklumlah sejak balik Malaysia ni, busy-busy day sepanjang masa.
Awal balik Malaysia dulu, mengemas barang yang setimbun dari Indonesia. 
Dah siap mengemas, masa untuk mengemaskini tidur dan waktu rehat yang tak cukup dulu. 
Maka, terbalaslah dengan naiknya berat badan bagai di pam-pam.

Kalau nak tahu ( walaupun ramai tak mau tahu), berat badan saya naik hampir 10 kilo dari awal balik sampai mula kerja di Malaysia. Wah, memang bahagia betul balik Malaysia ni kan. Mana tak kurus kalau setiap hari hidup saya ni santai bagai di pantai. Hehe.

Mana tak best kalau:
1. Tak ada nak kena bangun seawal 4 pagi.
2. Tak kena bersiap seawal 5 pagi nak pergi tempat kerja.
3. Tak payah nak berkejar naik angkut dan public transport
4. Tak payah susah-susah nak curi masa g sarapan pagi
5. Tak payah pening nak fikir lunch and dinner
6. Tak ada assignment nak kena buat
7. Tak ada buku gemok kena baca.
8. Dan seangkatan dengannya.

Kalau saya tulis dan list satu-satu, memang tak cukup satu entry ni. Senang cerita, balik Malaysia jadi Raja Kapoor. Semua ada, semuanya dah sedia. Dan yang paling best, otak tak sarat sangat nak berfikir. Maka, terberkaratlah otak dengan jayanya sehinggalah....

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.