.:Hand to give:.

15.12.11

Rumah bertangga?

Assalamualaikum wbt.
+ Bunga tangan, dalam hati ada taman+

Alhamdulillah, saya dah selesai Mini Clinical Examination Pediatric (Mini CEX) Selasa lepas. Selesai mendaki satu anak tangga sebelum menjadi doktor di rumah sendiri. Doa saya moga ALLAH permudahkan urusan saya di sini. Insya-ALLAH. 

Rumah saya di Malaysia memang bertangga walaupun tidaklah terlalu banyak. Rumah di Bandung apatah lagi, lebih tinggi dan lebih banyak anak tangga yang harus didaki sebelum sampai ke bilik saya. Penat jugalah setiap hari dengan rutin tu. Tapi apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Dan kata saya, bukan senang nak jadi senang. Harus dan wajib berusaha dulu sebelum dapat apa yang kita inginkan. Tet, habis membebel. (",)

Itu kisah saya mendaki tangga sehari-hari. Insya-ALLAH, hari ni nak kongsi kisah tersirat di sebalik rumah bertangga dengan semua. Untuk pengetahuan semua, hari ini genap seminggu teman dari entry GALAU melangkah ke dunia baru. Dah selamat pun sahabat saya, Fiey menjadi seorang isteri, menyandang satu lagi tanggungjawab sebagai pendamping dan sayap kiri perjuangan seorang suami. 

Tahniah dan selamat pengantin baru! 
Moga pernikahan yang dibina diberkati ALLAH dan berbahagia hingga syurga.

Alam baru, dunia baru, pengalaman baru. Melangkah ke alam rumahtangga dalam bukanlah hal yang mudah. Itu kata saya yang belum berumahtangga. Mahu tahu mudah atau tidak, kenalah memulakan langkah dari sekarang ye tak? Hehe, menulis je berani. Padahal realitinya, kecut perut memikirkan bab jodoh yang memang rahsia demi rahsia ni. Siapa jodoh saya, bila nak jumpa dan macammana nak yakin orang tu adalah jodoh saya?Tetttttttttttt, yang pakar bab jodoh-menjodoh ni tolong jawab ya! (",)

Sebenarnya soalan serupa pernah saya lontarkan pada Fiey ketika jemputan walimahnya dulu. Dan itulah soalan kedua yang dah pun ada jawapan cuma belum saya kongsikan buat semua. Nak tahu tak soalannya apa? Jeng..jeng!

Bagaimana nak yakin dia adalah jodoh kita?

Soalan kedua ini agak berat sebenarnya bagi saya dan sahabat-sahabat yang sedang tercari-cari jodoh. Kenapa? Sebab jodoh tu rahsia ALLAH dan keyakinan itu wajib berlandaskan keimanan kita pada ALLAH semata-mata. Kalau kita yakin dan percaya pada ALLAH yang menakdirkan tiap sesuatu, kita akan yakin jugalah ALLAH dah kurniakan kita pasangan yang terbaik untuk kita. Jadi, sebagai persediaan melangkah ke depan, wajib hukumnya kita mengharap dan berdoa ALLAH berikan ilham dan petunjuk dalam hidup. 

Dan di sinilah letaknya kuasa istikharah dan pengharapan hanya pada ALLAH.(",) Berikut tips yang sempat Puan Fiey kongsikan dengan saya: 

 1. Yakin dengan usaha dan kuasa istikharah
2. Teruskan berdoa agar Allah berikan petunjuk 
 3. Zikir Ya Haadi Ya Nuur sekurang-kurangnya 500x sehari, niat moga Allah berikan petunjuk melalui ilham yang dapat kita fahami
4. Bersihkan hati kita dengan pelbagai amalan-amalan sunat, zikir, dan baca quran.

Bila sebut soal istikharah, orang kita (termasuklah saya) selalulah salah tanggap dan salah pengertian. Maka, wujudlah trend solat istikharah hanya dilakukan setelah bingung mengambil keputusan. Sebenarnya, kita harus mulai istikharah saat hati mula berkenan, jiwa mula tak keruan dan akal berselirat seribu pertanyaan. Jadinya, beristikharahlah seawal mungkin, mungkin sebaik sahaja kita bertemu dengan seseorang yang kita suka. 

Suka itu fitrah, cetusan hati yang ALLAH hadirkan pada kita. Dan sebaiknya rasa suka itu kita kembalikan pada pemilik hati ini. Kita minta petunjuk, serahkan pada-NYA apa yang terbaik untuk kita. Andai orang itu adalah jodoh dan yang terbaik untuk kita, mintalah pada ALLAH jaga hati kita, tunjukkan jalan ke arah penyatuan dua hati. Tapi andai dia bukan takdir kita, pohonlah pada ALLAH jaga hati kita dari rasa kecewa dan berikan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Dan saya akui, secara praktikalnya hal itu amat sulit dilaksanakan. Saya sendiri ada pengalaman bab hati dan perasaan ni. ALLAH sahaja tahu betapa susahnya berjuang melawan rasa hati sendiri. (",). Alhamdulillah, ada satu kata azimat dalam perjuangan tu.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, Maka katakanlah bahawa Allah adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran." 
(Al-Baqarah:186)

Kuncinya hanya satu, kembalilah pada ALLAH dalam setiap urusan kita. Samalah juga dengan urusan nak mendirikan rumahtangga. Harus berserah diri hanya pada ALLAH, harus berharap hanya pada dia. Kita mahu mendapat insan yang baik, kita harus berusaha menjadi hamba-NYA yang terbaik. 

Kalau mahu bersuamikan ustaz, cubalah mendidik diri dengan sifat seorang ustazah. ( Saya pernah ada impian ni...hehe). Kalau mahu jadi calon ibu mithali, didiklah diri semithali mungkin dari sekarang. Belajarlah dukung, dodoi dan mandikan bayi dari sekarang. Jangan bila dah keluar, baru terhegeh-hegeh nak buat semua benda! Ops, tersasul marah diri sendiri...Hehe...

+ Ibu doktor mithali..Boleh la+

Sebenarnya, tidak kisahlah siapa pun calon dan apa pun sifat bakal pasangan yang kita harapkan tu, kita ubahlah diri kita dulu. Kita cantikkanlah akhlak dan peribadi kita dulu. ALLAH akan tunaikan janji sebagaimana firman-Nya:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur:26)

Nak rumah bertangga yang cantik molek, kita mulakan memperelok bahan asas binaannya sendiri yaitu calon suami dan isteri dahulu. Sebab hal rumahtangga ni bukanlah satu perjuangan yang pendek, bukan sekerat jalan. Perjuangan dalam rumahtangga tu kalau boleh biarlah sampai ke syurga. Kalau boleh, rumah bertangga yang terbina jadi ladang kita beramal sebelum kita bahagia di syurga. Kita bina baitulmuslim, kita cuba bangunkan baitulmukmin juga.

Dan untuk wanita, nilai tambahnya di sini. Alam rumahtangga dengan janji pahala berlipat ganda untuk wanita. Di sini jugalah, titik tolak mahu ke syurga lebih dekat.

Apabila seseorang wanita mengerjakan solat 5 waktu,
berpuasa dibulan ramadhan,memelihara kehormatannya 
dan mentaati suaminya,nescaya dia akan masuk ke dalam syurga melalui mana- mana pintu yang dikehendakinya

Alahai, beruntungkan wanita yang dah menikah! Tapi untuk yang belum menikah (+ saya), la tahzan. Jangan bersedih hati dan yakinlah pada setiap janji dan kata-kata ALLAH. Sampai waktunya, jodoh tu akan tiba dan kita akan melangkah ke rumah bertangga juga. Dan sebagai persediaan ke alam itu, jom didik hati, jom hias peribadi dan jadi wanita yang diredhai. Insya-ALLAH. Jom mulakan dari sekarang sebab siapa tahu rahsia ALLAH tu terbuka buat kita esok hari...Jeng-jeng, sila jangan bertangguh ya! Apa-apa pun, moga ALLAH memberikan yang terbaik untuk kita...(",)

P/S:
1. Saya belum pos hadiah untuk kawan saya tu...Tak sempat memanjang nak ke pejabat pos..Kalau bagi lambat sikit okay tak?
2. Post exam yang sangatlah bahagia..Padahal, MDE tak settle lagi.
3. Ikram balik Malaysia, adik dia kahwin..Saya kirim ambil berkat sekawah..Hehe
4. Good luck semua yang exam esok & akan datang.
5. Gonna go shopping at Pasar Baru after this..Yeay!
6. Oh ya, saya baru join group BLOOD RHESUS -VE di FB..This group was created my Indonesian..I think maybe i'll create one for Malaysian soon...Okay tak?As preparation untuk rumah bertangga juga nih..Hehe

Moga perkongsian ini bermanfaat.
Wallahu'alam. Wassalam.

2 comments:

Sufi Intelek said...

to adda: Thanks for sharing our conversation last time..hehe..Semoga ia bermanfaat untuk ummat ini. Sama2 kita cuba mengislahkan diri kita supaya sentiasa menjadi hamba yang benar2 mempunyai sifat hamba.
Terima kasih juga atas doa dan ucapan..hehe..
hmmm..tak sabar nak tunggu hadiah dari bandung ni..hehe..
luv u lillahi taala..Moga Allah panjangkan umur kita utk bertemu kelak:)

adaibrahim said...

Sama2..may ALLAH bless ur marriage with mawaddah, sakinah wa rahmat..Luv u to ten..hehe

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.