.:Hand to give:.

24.4.11

J-town!

 Salam alaik.

Kata orang, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. 
Setelah hampir 30 minggu meninggalkan bumi J-town @ pindah ke Bandung, semalam saya berkesempatan balik kampung untuk ambil ijazah Sarjana Kedokteran (SKED) yang dah siap. Sedar tak sedar, dah 4 tahun saya memijak bumi dan menjunjung langit Jatinangor a.k.a J-town ( nama glamour di kalangan student). .Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman yang berharga sepanjang 4 tahun lebih di sana. Insya-ALLAH, akan jadi kenangan dan pengalaman terbaik dalam hidup bak kata orang putih:


Hari ini saya sharekan gambar semalam, perubahan-perubahan ketara yanga ada di bumi J-TOWN sepanjang saya belajar dekat sana. Sedikit perbandingan dengan keadaan universiti dan J-town ketika pertama kali saya sampai dengan sekarang. Dah maju euy.. MAJU BERTAPAK-TAPAK KE DEPAN!

22.4.11

Sayang (",)

Bismillahirrahmanirram.


Sayangnya tak banyak masa nak menulis. Walaupun banyak masa, sayangnya malas nak menulis. Arini nak berkongsi pendapat tentang sayang. Sebenarnya isinya adalah dari blog lama saya: http://adaibrahim.wordpress yang dah menyepi. Sayang dengan n3-n3 yang ada kalo ditutup terus blog tu. Jadi, nak kongsikan dengan saudara semuslim yang saya sayang:

Sayang!


Kita bersemangat meneruskan hidup kerna kita punya nilai kasih sayang.


Kita beryukur akan hidayah dari Illahi kerna kita tahu Allah Maha Penyayang.


Kita mahu berbakti kepada mak & abah kerana wujudnya rasa sayang yang tak berbelah bahagi dari keduanya


Dan dimensi sayang & Kasih amat luas.

~A Qoute to Remember~

Katakanlah : " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula . " ( Al-Kahfi:109)

.:Mind to Think:.